Featured Post

Punca Pedih Ulu Hati

  Pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada…pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang. Apakah penyebab masalah pedih...

Read More

Punca Penyakit Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 25-09-2014

0

Untitledzzzzzzzzzzzzzz

Punca Penyakit Kencing Manis! Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.

Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.

Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkandan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis… Jenis 2!

Adakah Itu Salah Gula/Glukosa?

TIDAK!!!

 

Kerap saya dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga.

Kita orang Asia, kita perlu makan nasi untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan boleh melawan penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis yang sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah hilang sejak keadaan kencing manis dia menjadi ketara. Anda tentu akan terkejut dengan jawapannya!

Antara kes ketara yang saya pernah dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan! Malangnya, kehilangan berat badan ini tidak menjadikanpesakit tersebut rasa lebih ringan dan bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan letih daripada sebelum ini.

Sila Makan Nasi!

 

Makan Nasi!!! Tapi perlu bahagikan waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya adalah, kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu bahagi 1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada 1/3 mangkuk nasi setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan lonjatan glukosa darah dan bagi masa untuk badan anda memproses sumber tenaga tersebut.

Anda dicadangkan supaya makan nasi ‘Brown Rice’ dan bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown Rice mempunyai gentian fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat kekenyangan itu tahan lebih lama. Saya tahu nasi Brown Rice ada sejenis bau (yang serupa makanan kering untuk ayam belaan) yang tak seberapa sedap. Anda boleh cuba letak beberapa cubing bawang putih ke dalam beras Brown Rice itu semasa anda masaknya, bau wangi bawang putih boleh menutup bau pelik Brown Rice itu. Punca Penyakit Kencing Manis!

Dari segi lauk, anda perlu kurangkan memakan masakan yang berdaging dan berasa ‘berat’. Tukar ala lauk anda kepada yang lebih ‘ringan’. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

___________________________________________________________

Masalah Perubatan Moden

 

Setakat ini, tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis ini! Hakikatnya, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit Kencing Manis Jenis 2 TIDAK akan wujud! Ini adalah kerana para saintis dan pakar perubatan masih menuju pada arah yang sama! Mereka masih melihat masalah ini dari sudut fikiran yang sama seperti 50 tahun yang lepas.

Ubat! Ubat! Ubat!

 

Mereka lebih fokus pada mencipta Ubat daripada mencari punca sebenar penyakit ini. Anda tahukah siapa yang merupakan penaja utama semua ‘kajian’ saintifik mengenai pelbagai penyakit? Syarikat Membuat Ubat yang kaya raya itu!

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:

Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin. Kesan sampingan yang biasa dialami adalah masalah cirit birit.

Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.

Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.

Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Anda rasa mana satu antara ubat-ubat ini adalah semula jadi? TIADA satu pun! Ubat perangsang pankreas cuma memaksa ia berkerja O.T. untuk menghasilkan insulin yang lebih banyak! Begitu juga dengan ubat yang cuba meningkatkan sensitivi reseptor insulin pada membran sel. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi apabila anda paksa satu kuda lari berterusan tanpa berhenti atau rehat?

Semua ubat tersebut target pada pengurangan glukosa dalam darah. Tiada satu pun yang cuba untuk mengatasi punca sebenar Rintangan Insulin!

Untitledjj

Berikut Adalah Punca Penyakit Kencing Manis. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Merawat Kencing Manis Bio Velocity Ajaib !

Write a comment