Featured Post

Pengesahan Awal Kanser Payudara

Pengesahan Awal Kanser Payudara. Sejauh manakah keintiman anda dengan mahkota kewanitaan anda, payudara? Andai ditanya bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara (BSE – breast self examination), agaknya, apakah jawapan anda? Lupa kerana sudah lama tidak melakukannya atau...

Read More

Petua Merawat Darah Tinggi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Darah Tinggi | Posted on 04-01-2015

0

  • Sering rasa sakit kepala, terutamanya ketika bangun dari tidur.
  • Rasa berdengung pada telinga.
  • Kerap rasa pening.
  • Gangguan pada penglihatan.

Mungkin benar keupayaan seseorang mengawal ‘kemarahan’ atau tahap emosinya ada kaitan ngan penyakit darah tinggi nie, tapi kalau ikut kajiannya punca utama terjadinya penyakit darah tinggi adalah disebabkan pemakanan.

Punca-punca yang boleh menyebabkan risiko penyakit darah tinggi

  1. Banyak sangat makan garam. Err.. maksudnya penggunaan dan pengambilan garam yang berlebihan dalam masakan dan makanan. (Nota: ada ker orang yang makan garam saja.. hehe)
  2. Banyak makan daging, ikan dan sayuran yang disalai (dibakar).
  3. Gemar makan bahagian otak dan buah pinggang haiwan yang lazimnya amat kaya dengan garam.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate.
  5. Boleh juga disebabkan oleh tekanan emosi dan keadaan sekeliling yang menyebabkan “stress”.

Apa sekali pun, bagi mereka yang menghidap darah tinggi, janganlah terlalu risau. InsyaAllah ada petua yang boleh diikhtiarkan untuk mengatasi masalah darah tinggi nie terutamanya bagi yang masih di peringkat awal.

Petua Turunkan Darah Tinggi

Sediakan satu batang pokok belimbing tanah. Rebus dan minum airnya dua kali sehari.

ATAU

Ambil satu mangkuk bulu jagung. Rebus bersama dua gelas air. Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih kurang satu gelas.

Minum air rebusan bulu jagung tersebut sebanyak 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti setiap hari. Jika diamalkan berpanjangan dengan izin Allah paras darah tinggi akan mula menurun.

ATAU

Ambil tujuh pelepah daun cermai. Rebus dengan satu liter air. Sebaik saja air mendidih cepat-cepat keluarkan daun tersebut.

Bila dah sejuk sedikit, minum air rebusan tu dua kali sehari. Cuba tanya doktor samada terdapat perbezaan, sebelum dan sesudah mengamalkan petua berkenaan.

ATAU

Ambil satu gelas air kelapa muda. Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau hingga sebati dan minum. Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menurunkan kembali paras darah tinggi.

ATAU

Amalkan makan dua ulas bawang putih setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya. Bawang putih tu perlu dibakar terlebih dahulu.

Satu cara lagi ialah ambil tiga ulas kecil bawang putih. Tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak. Kendian minum setiap hari selepas bersarapan. Amalkan setiap hari selama seminggu. Dikatakan hasilnya sangat berkesan, insyaAllah.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Merawat Darah Tinggi. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Untuk Merawat Darah Tinggi !

Write a comment