Featured Post

Teknik Yang Betul Mandikan Bayi

  Teknik Yang Betul Mandikan Bayi. Bersiap Sebelum Bermula   Sediakan tuala, pakaian bersih, produk penjagaan bayi, napkin atau diapers. Tutupkan aircond atau kipas dan pastikan barang keperluan berada berdekatan sebelum memandikan baby.     Jangan Tinggalkan Baby Bersendirian Dalam...

Read More

Petua Kekal Bertenaga

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Bertenaga | Posted on 04-08-2014

0

Untitledzzzcc

 

10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga

 

Tak mahu rasa penat? Ingin hidup lebih ceria dan bertenaga? Amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

 

Jangan tinggal sarapan pagi

 

Percaya atau tidak, sajian pertama bagi setiap hari adalah sajian yang paling penting. Ia menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat, makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

 

Makan sedikit tetapi lebih kerap

 

Kajian telah membuktikan bahawa makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap sebenarnya lebih menyihatkan dan memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang banyak, yang sering membuat anda merasa letih dan mengantuk! Ambil makanan ringan yang menyihatkan setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

 

Bersenam

 

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.Petua Kekal Bertenaga.

 

Beri sel anda makan

 

Jika anda selalu merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda-tanda yang sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi cepat letih. Cara terbaik untuk merasa lebih bertenaga adalah menambah diet kita dengan makanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

 

Makan makanan tinggi tenaga

 

Masukkan makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam dan daging tanpa lemak dalam diet anda.

 

Minum air

 

Minum air dengan kerap.

 

Minum jus

 

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Ia akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

 

Kurangkan penggambilan kafein

 

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga adalah mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan ianya akan membuat anda gelisah.

 

Vitamin

 

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

 

Galian/Mineral

 

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian atau mineral, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda.

Untitledjj

Berikut Adalah Petua Kekal Bertenaga. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Yg Membantu Anda Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Gaya Hidup Sihat Secara Semulajadi !

Write a comment