Featured Post

Petua Atasi Masalah Keputihan

  Petua Yang Boleh Dicuba Utk Atasi Masalah Keputihan.   Cara Pertama   Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu. Setelah mendidih ,biarkan...

Read More

Petua Elak Pitam

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Elak Pitam | Posted on 02-01-2015

0

Itulah peristiwa yang pernah che petua alami. Insiden pitam secara tiba-tiba.

Pitam ni, berdasarkan pemahaman saya, ada perbezaannya dengan pengsan. Orang yang pengsan merujuk kepada keadaan tak sedar untuk tempoh yang lama misalnya berjam-jam. Pitam juga membuatkan kita tak sedar tapi untuk tempoh yang lebih pendek misalnya beberapa minit sahaja.

Selalunya orang yang pitam, contohnya ketika dialami semasa sedang berdiri, pabila dah jatuh ke tanah atau ke lantai, akan segera tersedar semula – mungkin sebab dikejutkan oleh bunyi ‘gedebuk’ waktu terjatuh tu.

Dan, lazimnya juga orang yang nak pitam ni sebenarnya badan dia sendiri dah bagi tanda-tanda – contohnya terasa panas, atau badan tetiba berpeluh walaupun dalam bilik/dewan yang ada air-cond, kepala rasa pening-pening lalat dan mata nampak kelam.

Antara puncanya sebab badan letih sangat, tak cukup tidur dan sebab perut kosong – lupa nak makan sarapan dsb.nya.

Petua Elak Pitam. Jadi apa nak buat kalau rasa nak pitam?

Petua Elak Pitam

Jika terasa hendak pitam atau pening-pening lalat, cuba ambil seulas bawang merah. Tumbuk atau ketuk-ketuk bawang tu sampai pecah sedikit. Kendian hidu baunya. Biar aromanya menusuk hidung.

So, mana nak cari bawang? Hmm… pandai-pandailah sendiri. Atau pun, kalau dah malam tu tak cukup tidur sebab semalaman berjaga untuk ‘presentation’ esoknya atau selalu terlupa nak ambil sarapan pagi, elok lah sediakan payung sebelum hujan. Bawa 2-3 ulas bawang dalam beg tangan atau simpan jer dalam poket seluar.. hihi..

Selang-seli kan pula dengan aktiviti menggenggam tangan dengan sekuat-kuatnya supaya darah dapat mengalir lancar. Genggam dan lepas berulang-ulang kali. Buat pada kedua-dua belah tangan kanan dan kiri.

Pada masa yang sama, buat juga pada kedua-dua belah kaki. Cuba genggam sekuat-kuatnya dengan merapatkan jari-jemari pada kaki.

Lakukan demikian sehingga anda terasa lega seketika. Lepas tu cepat-cepatlah minum air kosong dan cari apa-apa benda untuk mengisi perut yang kosong tu.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Elak Pitam. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib !

Write a comment