Featured Post

Petua Sakit Batu Karang

Petua Sakit Batu Karang .Secara asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhirnya ‘membentuk’ batu. Pemendapan pelbagai zat kimia di dalam air kencing pada keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya batu-batu kecil dikenali...

Read More

Petua Atasi Masalah Perut Tak Selesa

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Masalah Perut Tak Selesa | Posted on 31-12-2014

0

Punca ketidakselesaan perut nie sebenarnya ada bermacam-macam. Ia boleh terjadi disebabkan batu hempedu, radang selaput dalaman, radang selaput di perut dan pelbagai lagi faktor dalaman, yang kalau ada sesapa yang kerap merasakan rasa pedih-pedih kat dalam perut, eloknya pergi jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.

Ada pun punca-punca lain yang buat perut berasa tak selesa termasuk juga sebab makan benda-benda pelik yang tak boleh diterima oleh perut ataupun satu lagi disebabkan oleh sebab tak makan langsung atau lambat sangat makan yang akhirnya menyebabkan perut tu masuk angin.

Di sini che petua kongsikan pula beberapa petua yang orang tua-tua amalkan kalau menghadapi masalah ketidakselesaan perut. Hmm… kalau rasa susah nak buat ikut cara tradisional nie, minum Eno pun selalunya berkesan juga…

Petua Atasi Ketidakselesaan Perut

1.   Ambil buah nenas tua. Parut dan perah airnya. Senang cakap, blend buah tu buat jus nenas. Minum airnya 2 kali sehari.

2.   Sediakan buah mempelam @ mangga. Buang kulit dan parut isinya. Campurkan 3 sudu air masak dan tambahkan sedikit garam kepada mangga yang telah diparut tu, kendian kacau. Perah airnya dan tapis hampasnya. Minum air ramuan nie 2 kali sehari dengan dos lebih kurang dua sudu besar sekali minum.

3.   Sediakan 15 gram halia, 5 butir bunga cengkih, 10 gram temu hitam dan 10 gram jeruk kulit limau mandarin. Bersihkan kesemua bahan tu dan rebus dalam 500ml air hingga tinggal 200ml. Biarkan sejuk dan kendian tapis air rebusan tersebut. Minum 2 kali sehari.

4.   Sediakan 5 biji buah duku. Salai hingga menjadi hitam kemudian tumbuk sampai jadi serbuk. Lepas tu bancuh serbuk tu dalam secawan air panas. Minum 2 kali sehari ketika masih panas airnya sehingga rasa memulas dan tak selesa tu hilang.

5.   Bancuh kopi O tanpa gula dalam segelas air panas dan biarkan ia sejuk dengan sendiri. Minum 2 kali sehari.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Atasi Masalah Perut Tak Selesa. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Masalah Perut Tak Selesa !

Write a comment