Featured Post

Tahukah Anda Kos Rawat Tekanan Darah Tinggi Mencecah RM2k-5k Setahun

  Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah jenis penyakit baru. Hampir semua orang pernah tahu atau bahkan mengalaminya. Tetapi, berapa banyak yang tahu pasti apa yang menjadi faktor penyakit darah tinggi pada seseorang?   Berikut adalah 10 faktor yang boleh meningkatkan...

Read More

Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Demam Denggi | Posted on 29-10-2014

0

Untitledzxs

 

 

Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi! Mengikut Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang situasi semasa demam denggi di Malaysia bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini (dari 1 Januari hingga 30 Jun 2012), sebanyak 11,794 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 1,501 kes atau 15% berbanding 10,293 kes bagi tempoh yang sama tahun 2011. Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 24 kematian akibat demam denggi dilaporkan bagi 2012 berbanding 18 kematian pada 6 bulan pertama tahun 2011. Negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi ialah Selangor (5,422 kes) dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,129 kes), serta Johor (846 kes).

 

Statistik di atas amat menggerunkan di mana kes demam denggi dan kematian akibat demam denggi meningkat dengan begitu banyak. Oleh itu, wajarlah kita semua mengambil langkah yang berkesan untuk mencegah demam denggi yang bahaya ini.

 

Nyamuk aedes penyebar virus demam denggi

 

Kita semua tahu punca wabak demam denggi ialah nyamuk aedes yang mudah membiak dalam air bertakung yang jernih di kawasan perumahan dan tempat kerja.

 

Spesies nyamuk aedes ini amat mudah dikenali kerana ia mempunyai kaki dan badan yang berjalur hitam putih, serta aktif pada waktu pagi dan petang. Nyamuk ini boleh menyebarkan wabak demam denggi hanya melalui gigitannya.

 

Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi. Tanda mudah bagi mengenali seseorang itu dijangkiti wabak demam ini ialah:

 

1. Demam panas secara tiba-tiba dan berpanjangan.
2. Bintik-bintik merah di kulit.
3. Sakit-sakit sendi di seluruh anggota badan.
4. Sering loya dan muntah-muntah.
5. Hilang selera makan dan kuantiti air dalam tubuh. Jika ini dibiarkan berterusan, pesakit akan menjadi kurus kerana turun berat badan.

 

Jika terdapat tanda-tanda di atas, segeralah pergi ke hospital untuk berjumpa doktor, membuat ujian darah, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, sebelum terlambat. Ramai yang mati akibat demam denggi kerana mereka ambil mudah kalau rasa demam, walaupun sudah demam beberapa hari.

 

Bagaimanakah cara untuk mencegah wabak demam denggi?

 

Cara yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah:

 

1. Luangkan masa 10 minit di hujung minggu bagi membersihkan kawasan persekitaran rumah, terutamanya longkang, saluran air hujan, kolah dan pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa eloklah di tanam (kalau ada tanah) atau dibuang secara betul dan diikat elok-elok sebelum dibuang. Bagi barang-barang yang boleh menakung air dan masih berguna, pastikan ia diletakkan dalam keadaan terbalik (tertangkup).

 

2. Memberi kerjasama kepada pihak yang datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan anda. Semburan fogging ini bertujuan bagi memastikan telur nyamuk aedes dalam air bertakung akan musnah dengan semburan racun tersebut. Oleh itu, pastikan anda menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan asap semburan masuk ke dalam rumah.

 

3. Bagi kolah atau tempat ditakungi air, ubat jentik-jentik juga wajar digunakan bagi membunuhnya dengan meletakkan ubat tersebut di dalam kolah atau di saluran air hujan.

 

4. Bagi mereka yang alah dengan gigitan nyamuk, penggunaan kelambu semasa tidur amat digalakkan kerana ia dapat mengelakkan gigitan nyamuk dan seterusnya mengelakkan ahli keluarga yang tinggal serumah mendapat jangkitan virus denggi yang bahaya ini.

 

Ingatlah, “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI” dan “CEGAH SEBELUM PARAH DAN TERLAMBAT”.

Untitledjj

 

Berikut Adalah Info Mengenai Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat Demam Denggi Melalui Kaedah Semulajadi !

Write a comment