Featured Post

Mengapa Wanita Sakit Senggugut Ketika Haid

    Mengapa Wanita Sakit Senggugut Ketika Haid. Orang kata kalau nak tahu rasa sakit bersalin, period pain adalah gambarannya. Kalau betul begitu nak tahan sakit senggugut pun kena tahan nafas..apalagi sakit bersalin. Bulan ni yang paling menyakitkan..nak mengiring sakit belakang, nak terlentang...

Read More

Penyakit Kayap

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kayap | Posted on 13-03-2015

0

Untitledzzxxcccc

Penyakit Kayap .Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas..

Kayap atau herpes zoster adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

  1. Umur yang semakin meningkat iaitu 50 tahun ke atas.
  2. Kelemahan sistem imunisasi (pertahanan badan) yang berpunca daripada jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat (seperti ubat steroid).

 

Lebih kurang 10 hingga 30 peratus individu akan menghidapi penyakit ini sepanjuang hayat. Kayap berpunca daripada pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox).

Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, virus ini menjadi aktif semula dan menyerang urat saraf serta manyebabkan keradangan saraf.

Antara tanda awal penyakit ini ialah:

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang terlibat, hingga mengakibatkan demam, keletihan dan sakit kepala.

Tanda-tanda ini dialami sebelum tanda-tanda kulit yang lazimnya dialami 80 peratus pesakit dan akan berterusan untuk tiga hingga lima hari.

Pada peringkat awal, akan ada tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan pada bahagian saraf yang terlibat.

Selepas 1-2 hari, tompok merah akan menjadi gelembong air kecil kekuningan. Dua hari kemudian, air itu menjadi semakin keruh dan akhirnya kering.

Kulit kering (crusts) itu akan jatuh dengan sendiri dalam masa satu hingga dua minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda lazim penyakit ini termasuk gelembong air pada urat saraf pada satu bahagian badan.

Penyakit Kayap .Jika anda didapati menghidap penyakit ini, jangan ambil mudah dan perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan komplikasi seperti berikut.

1. Jangkitan kuman

Jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelembong air di kulit antara yang akan dihadapi. Kadang-kadang gelembong itu mungkin merebak ke kawasan lain. Ini selalunya berlaku kepada pesakit yang lemah system imunisasi. Pesakit ini mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

2. Menjadi buta

Jika kayap melibatkan bahagian muka, mungkin memberi kesan kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).

3. Sakit yang berpanjangan

Komplikasi kronik yang lain adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi itu selalunya dialami pesakit yang lebih tua (65 tahun ke atas). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi lain termasuk mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Jika anda menghidap penyakit ini, rawatan segera perlu diambil bagi meredakan kesakitan, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkkan komplikasi penyakit.

Beberapa kaedah bagi meredakan kesakitan penyakit ini termasuk:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air.
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal antiinflammatory drugs (NSAIDs) misalan diclofenac.
  3. Menggunakan ubat neuroactive seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir.

Ubat ini lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit yang mengalami penyakit kayap teruk beserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Penyakit Kayap. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Kayap !

Write a comment