Featured Post

Cara Atasi Sembelit

    Berikut adalah 6 cara untuk merawat sembelit dengan cepat 1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya...

Read More

Penyakit Batu Dalam Hempedu

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Batu Dalam Hempedu | Posted on 11-03-2015

0

Untitledzzxxccc

 

Penyakit Batu Dalam Hempedu .Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.

Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?

Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.

Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.

Apakah batu karang hempedu?

Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.

Penyakit Batu Dalam Hempedu .Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:

  1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
  2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
  3. Diet.  Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
  4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
  5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
  6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.

Anemia hemolitik. Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.

Tanda dan gejala

Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.

Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.

Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Penyakit Batu Dalam Hempedu. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Batu Dalam Hempedu !

Write a comment