Featured Post

Rawat Sakit Lutut Dangan Bio Velocity

Sakit Lutut   Sakit lutut/ rawat dengan Selimut Cahaya Matahari pagi Bio Velocity adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai peringkat umur. Namun bukan semua sakit lutut itu berpunca dari sebab yang sama. Tujuan blog ini adalah untuk membantu pembaca mengenal jenis sakit...

Read More

Penawar Penyakit Sendi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Penyakit Sendi | Posted on 23-02-2015

0

Untitledzxxcv

Penawar Penyakit Sendi .Terdapat berbagai jenis penyakit radang sendi yang selalu dihadapi oleh pesakit dan yang paling kerap dihadapi ialah Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA). Berdasarkan keterangan dari Encik Ahmad, dapat saya katakan bahawa Encik Ahmad mungkin menghidap penyakit radang sendi jenis Rheumatoid Arthritis.

Menurut Yayasan Arthritis Malaysia, kebanyakan pesakit yang menghidap RA adalah dalam usia bekerja dan kesakitan itu mula ketara apabila pesakit mencecah usia persaraan. RA turut dialami kira-kira satu peratus penduduk Malaysia. Malah ada kira-kira 135,000 penghidap RA di Malaysia. Selain itu, ia turut memerlukan kos rawatan tinggi terutama di kalangan pesakit yang menderita bagi jangka masa yang lama.

Sepanjang pengalaman saya merawat pesakit RA di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ramai pesakit arthritis telah berjaya dipulihkan dimana sakit sendi mereka telah berjaya dikurangkan dan sendi kembali berfungsi dengan sihat dan kuat. Ini semua dengan usaha mereka sendiri mengamal ayat-ayat Al-Quran yang kami sarankan dan juga dengan doa dari pesakit kepada Allah saw memohon kesembuhan.

 

 

Pengenalan & ciri-ciri umum

 

Artritis bermaksud “radang sendi”. Ia sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.

Faktor usia turut mengurangkan kadar cecair sinovial didalam sendi. Ia adalah biasa di kalangan orang dewasa 65 tahun dan lebih tua, tetapi ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan bangsa.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang berjumpa dengan perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus didalam tubuh mereka. Ini adalah kerana kesan sakit gangguan sihir atau makhluk halus kadang-kadang sama dengan kesan penyakit arthritis. Selalunya bila jin-jin ini berada didalam tubuh badan pesakit, mereka akan berada di tulang belakang atau di sendi-sendi dan ini menyebabkan pesakit rasa sakit.  

Terdapat banyak kes di mana setelah pergi ke hospital dan menjalani ujian darah dan didapati normal, dan pemeriksaan MRI dan CT Scan pula menunjukkan tulang dan sendi dalam keadaan sihat tetapi pesakit mengalami sakit-sakit sendi dan bisa tulang. Di dalam kes seperti ini besar kemungkinan pesakit ada masalah penyakit gangguan.

Punca-punca penyakit radang sendi

 

Secara amnya, keradangan sendi boleh disebebkan oleh:

  • Penyakit autoimun (sistem imun badan tersilap menyerang tisu yang sihat)
  • Kecederaan – patah tulang
  • Sendi haus dan lusuh
  • Keabnormalan metabolic seperti gout
  • Faktor keturunan
  • Jangkitan bakteria dan virus

Radang sendi melibatkan kerosakan tulang rawan. Rawan biasanya melindungi sendi, membolehkan ia bergerak dengan lancar. Rawan juga menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti apabila anda berjalan. Tanpa jumlah rawan yang mencukupi, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan.

Tanda-tanda penyakit radang sendi

 

Radang sendi diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit reumatik. Ini adalah keadaan dimana penyakit itu berbeza pada setiap individu, dengan rawatan, komplikasi, dan prognosis dengan ciri-ciri yang berbeza. Penyakit ini boleh menjejaskan sendi, otot, ligamen, rawan, dan tendon, dan mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada kawasan-kawasan badan dalaman yang lain.

Osteoartritis (OA) -  Tanda-tanda terbentuk perlahan-lahan dan menjadi lebih buruk semakin masa berlalu. Terdapat sakit di sendi, sama ada semasa atau selepas penggunaan, atau selepas tempoh tidak aktif. Sendi akan menjadi regang, terutama pada waktu pagi. Pesakit mungkin mendapati ia lebih sukar untuk digunakan dan kehilangan fleksibiliti . Ketulan keras, atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin membengkak. Biasanya sendi yang terlibat adalah di bahagian pinggang , tangan, lutut dan tulang belakang.

Rheumatoid arthritis (RA) -  Pesakit sering mendapati sendi yang sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal. Jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah yang paling biasa terjejas. Gejala biasanya paling teruk pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kesakitan boleh berlansung selama 30 minit. Tangan boleh menjadi merah dan bengkak. Mungkin ada nodul rheumatoid (lebam tisu di bawah kulit lengan pesakit). Terdapat ramai pesakit dengan artritis reumatoid berasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan. Penawar Penyakit Sendi

Sendi yang lebih kecil biasanya lebih mudah terjejas. Selalunya pesakit dengan artritis rheumatoid mempunyai masalah dengan beberapa sendi pada masa yang sama. Radang sendi yang agresif boleh merebak dari sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki ke siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.

Secara keseluruhannya, gejala radang sendi adalah seperti berikut:

  • Sakit sendi.
  • Sendi bengkak.
  • Keupayaan sendi untuk bergerak semakin berkurangan.
  • Kemerahan pada kulit di sekeliling sendi.
  • Ketegangan, terutamanya di waktu pagi.
  • Kehangatan sekeliling sendi.

Rawatan moden

Rawatan radang sendi adalah bergantung kepada jenis radang sendi yang dihidapi. Diagnosis yang tepat meningkatkan peluang untuk rawatan yang berjaya. Rawatan yang disediakan termasuk terapi fizikal, ubat-ubatan anti-radang, ubat tahan sakit dan pembedahan.

Penyelidikan telah membawa kepada peningkatan besar dalam rawatan moden, yang kini boleh mengawal gejala bagi penyakit reumatik. Terdapat juga ubat-ubatan yang boleh membetulkan beberapa keadaan radang sendi. Ubat sering bermanfaat, tetapi mereka perlu digunakan dengan berhati-hati . Semua rawatan yang berkesan kadang-kadang boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi mujurlah kesan serius sampingan jarang berlaku. 
Pembedahan mungkin diperlukan dan digalakkan jika kerosakan kepada sendi anda cukup teruk menyebabkan kesukaran dalam kehidupan seharian anda, dan apabila rawatan lain tidak membantu. Penggantian sendi boleh dilakukan dengan berjaya. Banyak sendi yang berbeza, termasuk pinggul, lutut , bahu dan siku, berjaya digantikan pada pesakit radang sendi yang kronik. Terdapat juga beberapa pembedahan untuk melegakan kesakitan atau pembedahan rekonstruktif lain yang boleh membantu.

Selalunya doktor akan mengesyorkan kursus terapi fizikal untuk membantu mengatasi beberapa gejala radang sendi seperti hidroterapi dan fisioterapi. Penjagaan kesihatan adalah perlu untuk mengimbangi risiko dan faedah setiap rawatan, berdasarkan keperluan dan keadaan peribadi anda.

Rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Setiap susunan tubuh badan dijadikan seimbang dan dengan ukuran yang tepat. Di dalam tubuh badan anak Adam itu pula Allah ciptakan 360 sendi supaya mudah untuk bergerak dan melakukan berbagai-bagai gerak kerja. Demikianlah betapa halusnya ciptaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang bergelar manusia.

 

Dari Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah rha. bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “Setiap manusia keturunan Adam diciptakan di atas 360 persendian. Barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih dan beristighfar kepada Allah, menyingkirkan batu atau duri atau tulang dari jalan, memerintahkan kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran sejumlah persendian itu maka ia telah berjalan menjauhi api neraka.” (Riwayat Muslim, Kitab al-Zakat, hadis No. 1675)

 

“Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat dosa) terhadap Tuhan kamu Yang Maha Pemurah. Tuhan yang telah mengatur kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya diadakan anggota itu) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki, Dia susunkan kejadianmu.”

(al-Infithar: 6-8)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit radang sendi akan diberi ayat-ayat berikut untuk

mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

  • Surah Qaff ayat 16 hingga 45
  • Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60
  • Surah Shod ayat 34 hingga 61.
  • Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28.

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu Surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu Surah Adz Dzariyat tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.

Penutup

Kepada semua pesakit radang sendi, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat penyakit radang sendi. Janganlah menganggap penyakit radang sendi itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

 

“Berubatlah, karena tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula ubat penawarnya, selain dari satu penyakit, yaitu mati”

(HR Abu Daud dan At-Tirmidzi dari sahabat Nabi Usamah bin Syuraik).

Dalam pengalaman kami merawat pesakit radang sendi, ramai di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi emosi, mental dan fisikal. Kebanyakkan pesakit dapat merasakan perbezaan ketara dimana badan terasa lebih sihat dan jiwa lebih tenang setelah berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah penyakit radang sendi itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt.

InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah radang sendi ini.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Penawar Penyakit Sendi. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Mengatasi/Merawat Penyakit Sendi !

Write a comment