Featured Post

Punca Masalah Pendengaran

  Punca berlakunya masalah Pendengaran kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan...

Read More

Merokok Punca Penyakit Kanser Hati

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Padah Merokok! | Posted on 19-06-2014

0

Untitledzzzzz

 

Rokok Merosakkan Hati Dan Boleh Menyebabkan Kanser Hati | Banyak orang tahu tentang kesan rokok ke atas jantung dan paru-paru.Walau bagaimanapun, apa yang mereka mungkin tidak tahu ialah menghisap rokok juga boleh menjejaskan hati. Toksin yang dijumpai dalam tembakau rokok membawa kepada keradangan kronik dan ‚parut‘ di dalam hati, yang seterusnya meningkatkan risiko untuk penyakit hati termasuk penyakit seperti Hepatitis B dan C, kanser hati dan ‚cystic liver.

 

Selain itu, merokok juga memberi kesan kepada cara bagaimana hati kita memproses alkohol dan ubat-ubatan, yang mungkin menyebabkan peningkatan risiko ketagihan arak serta ubatan secara amnya dan tahap toleransi individu tertentu terhadap alkohol.

 

Bagaimana Rokok Dapat Merosakkan Hati Anda

 

Bayangkan hati anda sebagai penapis semulajadi dalam badan anda. Ia bertanggungjawab untuk mencegah toksin yang berbahaya daripada memasuki aliran darah. Di samping itu, hati anda membantu badan me-metabolisma (memproses) gula dan karbohidrat, dan mengawal aliran hempedu, bahan yang membantu dalam proses penghadaman makanan.

 

Manusia tidak boleh hidup tanpa hati. Apabila proses semulajadi terganggu, sistem daya tahan badan menjadi lemah dan menjadi lebih mudah terdedah kepada penyakit dan jangkitan. N-Nitrosodiethylamine merupakan salah satu daripada banyak bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, yang boleh menyebabkan tumor di hati. Satu lagi kimia, N-Nitrosopyrrolidine, terbukti menyumbang kepada kanser hati. Arsenik, satu lagi bahan yang terdapat dalam asap yang anda sedut, juga dikenali untuk meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser hati.Merokok Punca Penyakit Kanser Hati.

 

Mengapa Anda Ketagihan Nikotin

 

Apa yang cukup pelik ialah, hati anda juga bertanggungjawab untuk menyebabkan ketagihan nikotin akibat merokok. Apabila anda menyedut asap rokok yang mengandungi toksin, hati anda menghasilkan enzim yang membantu badan anda untuk menyah-toksin (membuang toksin) tersebut melalui air kencing. Terdapat satu enzim yang secara khusus bertanggungjawab untuk menghapuskan nikotin dalam darah.

 

Oleh sebab hati anda menghasilkan lebih banyak enzim ini sewaktu anda menghisap rokok, di sebalik rokok yang banyak dihisap itu, banyak juga nikotin yang dihapuskan daripada badan anda dengan lebih cepat. Ingat bahawa nikotin adalah bahan yang paling penting yang menyebabkan ketagihan yang terdapat dalam asap. Ia bertanggungjawab terhadap ketagihan kebanyakan perokok.

 

Dengan setiap rokok yang anda sedut, badan anda menghasilkan lebih enzim ini dan nikotin meninggalkan badan dengan lebih cepat. Diulangi, ini bermakna bahawa, lebih banyak anda merokok, lebih banyak enzim dihasilkan dan nikotin meninggalkan badan anda dengan lebih cepat.

 

Walaupun perkara ini seolah-olah memberi manfaat kepada kesihatan badan, ia sebenarnya menyumbang kepada ketagihan yang lebih ketara – kerana nikotin yang meninggalkan badan begitu cepat menyebabkan badan anda memerlukan lebih lagi rokok, yang menyebabkan lebih banyak asap dihisap, dan lebih banyak lagi toksin lain yang merbahaya (selain nikotin) yang masuk ke dalam darah, seterusnya menyebabkan kanser, kerosakan hati dan lain lain.

 

Mujur, kajian menunjukkan bahawa dengan berhenti merokok, secara drastik mengurangkan risiko kesihatan. Selepas 15 tahun berhenti merokok, badan anda akan berada dalam keadaan yang sama seperti individu yang tidak pernah merokok. Jadi jika anda telah lama merokok untuk jangka masa yang panjang, ini mungkin masanya untuk berhenti merokok … sebelum terlambat.

Untitledjj

Tahukah Anda Merokok Punca Penyakit Kanser Hati ! Merawat Perokok Tegar. KLIK SINI !

Write a comment