Featured Post

Kesan Selepas Pembedahan

Selepas pembedahan, pesakit boleh mengalami beberapa kesan sampingan Selepas Pembedahan .  Kesan sampingan ini kebanyakannya adalah bersifat sementara sahaja.  Antaranya: Kebas Tangan   Semasa pembedahan untuk membuang lemak ketiak, terdapat beberapa urat saraf yang perlu dibuang.  Pembuangan...

Read More

Malnutrisi-Penyakit Kekurangan Zat Makanan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kekurangan Zat Makanan | Posted on 17-06-2014

0

Untitledznmbbb

 

Malnutrisi-Penyakit Kekurangan Zat Makanan. Makanan mesti dimakan secara bersederhana bagi mengelakkan pelbagai penyakit.

Berikut adalah beberapa penyakit yang diakibatkan daripada kekurangan zat makanan atau pun juga lebih dikenali sebagai MALNUTRISI.

 

Kebanyakan daripada kita beranggapan apa yang kita makan sehari-hari sudah mencukupi untuk melawan penyakit yang akan datang tetapi hakikatnya kita kekurangan banyak zat makanan untuk kita kekal sihat.. kerana di tubuh badan kita bukan hanya ada perut yang hanya ingin kenyang tetapi jantung, paru-paru, saluran darah, dan seluruh yang ada di dalam badan kita memerlukan zat makanan untuk kekal sihat dan beroperasi dengan baik dan apabila kita kurang mengambil zat makanan yang diperlukan oleh tubuh maka organ-organ badan tidak mampu beroperasi dengan baik.

Mari kita semak bersama-sama Apa akan terjadi apabila kita kekurangan Zat Makanan :

1- PROTEIN, akibat kekurangannya:

 

  • kepenatan
  • kulit serta rambut tidak berseri
  • melemahkan sistem imun badan
  • Pertumbuhan terbantut
  • Penyakit Aneamia
  • sembab Penyakit (Edema)

 

 2- KARBOHIDRAT, akibat kekurangannya:

 

  • Perasaan Letih
  • Kurang Tenaga

 

3- VITAMIN A, akibat kekurangannya:

 

  • Penyakit rabun malam, penyakit mata dan lain-lain’
  • Kulit kasar, rambut kering
  • Gigi terbantut dan juga tulang
  • Telinga Pekak
  • Insomia 
  • Letih
  • Mandul
  • Resdung
  • Paru-paru berair
  • Badan Kurus

 

4- VITAMIN B1 (TIAMIN/ANEURIN), akibat kekurangannya:

 

  • Lesu otot, lemah, letih
  • Hilang selera makan
  • kekurangan teruk menyebabkan penyakit beri-beri
  • Kanak-kanak menjadi bantut
  • Penyakit gentian saraf (neuritis)
  • Pembengkakan hati
  • Pelupa, Sembelit, Edema
  • Sukar bernafas / kebas kaki dan tangan
  • Gugup / gangguan Penghadaman

 

5- VITAMIN B2 (RIBOFLAVIN), akibat kekurangannya:

 

  • pecah-pecah
  • kudis di sudut mulut
  • penyakit gusi, lidah
  • kornea menjadi kabur

 

6- VITAMIN B3 (NIACIN), akibat kekurangannya:

 

  • Kulit menjadi tebal dan merah
  • cirit-birit
  • kemerosotan otak
  • gangguan fikiran

 

7- VITAMIN B5 (ASID PANTOTHENIC)

 

  • ketegangan
  • penyakit alahan
  • cepat beruban

 

8- VITAMIN B6 (PYRIDOXINE), akibat kekurangannya: Malnutrisi-Penyakit Kekurangan Zat Makanan.

 

  • sakit kepala
  • sengal sendi tulang dll

 

9- VITAMIN B12 (KOBALAMIN),akibat kekurangannya:

 

  • sistem saraf terganggu

 

10- FOLACIN FOLIC ASID, akibat kekurangannya:

 

  • kurang haemoglobin sel darah merah

 

11- BIOTIN, akibat kekurangannya:

 

  • Penyakit kuku nipis

 

12- VITAMIN C,akibat kekurangannya:

 

  • sering demam
  • selsema
  • skurvi
  • luka dan tulang lambat sembuh
  • penyakit mulut dan gusi

 

13- VITAMIN D, akibat kekurangannya:

 

  • sakit sendi-sendi
  • gigi rapuh dll

 

14- VITAMIN E, akibat kekurangannya:

 

  • menyebabkan serangan sakit jantung, barah, tekanan darah tinggi akibat kolestrol yang tinggi dalam darah

 

15- VITAMIN K, akibat kekurangannya:

 

  • menyebabkan pendarahan

 

KEKURANGAN GARAM GALIAN/MINERAL

16- NATRIUM KLORIDE, akibat kekurangannya:

 

  • lemah, letih lesu, kurang selera, kejang otot

 

17- KALSIUM, akibat kekurangannya:

 

  • penyakit riket
  • tulang lembut (osteomalacia) bg dewasa
  • rosak gigi
  • kemunduran tumbesaran
  • sentapan otot

 

18- PHOSPHOROS , akibat kekurangannya:

 

  • salah bina tulang
  • kumuhan dari ungkaibina karbohidrat terkumpul dalam tubuh

 

19- BESI , akibat kekurangannya:

 

  • penyakit mamai

 

20- IODIN , akibat kekurangannya:

 

  • Penyakit beguk
  • gondok (goitre)

Untitledjj

Malnutrisi-Penyakit Kekurangan Zat Makanan. KLIK SINI !

Write a comment