Featured Post

Rawatan Buasir

    Rawatan Buasir! Masalah buasir pada golongan dewasa adalah perkara biasa, namun tidak ramai yang sanggup bercerita mengenai masalah pembuangan air besar dialami disebabkan ia berkaitan dengan bahagian sulit.   Bagaimanapun, apabila ada antara rakan yang sudah menjalankan rawatan...

Read More

Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 27-09-2014

0

Untitledzzzzzzzzzzzzzzzz

 

 

Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil!

Makan sarapan yang berkhasiat


Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara. Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.

Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang


Makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Anda juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.

Makan makanan berserat tinggi
Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. Ini dapat membantu mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:

 

  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.


Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil! Makan yang lima ini

Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.

Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu

 

  • gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • panggang makanan berbanding goreng;
  • buang lemak pada daging atau ayam.

Jangan tinggal waktu makan
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.

Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis
Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain. Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Anda boleh cairkan jus buah dengan air. Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.
UntitledjjBerikut Adalah Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil. KLIK SINI Untuk Merawat Kencing Manis Dengan Bio Velocity Ajaib !

Write a comment