Featured Post

Tahukah Anda Gout Disebabkan Oleh Pengumpulan Asid Urik

Pengenalan Kpd Gout Disebabkan Oleh Pengumpulan Asid Urik   Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.  Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.  Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin)....

Read More

Derita Pesakit Radang Hati

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Radang Hati | Posted on 07-03-2015

0

Untitledzzxxc

Derita Pesakit Radang Hati .LULUH rasa hati Mohamad Shahriza, 21, apabila dia dimaklumkan oleh jururawat bahawa dia disahkan menghidap penyakit hepatitis C pada pertengahan tahun lalu.

Berita yang menyedihkan itu sekali gus merentap perasaan Shahriza yang begitu bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menamatkan pengajiannya di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kelantan.

Dia yang kini sedang memasuki semester dua pengajian kejururawatan itu mula merasa rendah diri, tidak bersemangat dan hilang kepercayaan diri untuk meneruskan hidup.

“Berita mengenai penyakit hepatitis C yang saya alami ini diketahui pada bulan Jun tahun lalu selepas saya menderma darah di sebuah hospital di Kelantan.

“Seorang jururawat telah menghubungi dan memaklumkan mengenai penemuan virus hepatitis C dalam darah saya.

“Ketika itu saya baru masuk semester dua. Sejurus mengetahui mengenai penyakit saya itu, hidup saya mula berubah,” katanya mengimbau kejadian tersebut.

Ekoran keadaan tersebut, pihak hospital telah merujuk kes Mohamad Shahriza kepada doktor pakar untuk rawatan.

Katanya, doktor pakar yang melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas dirinya mendapati penyakit tersebut perlu diberi rawatan segera dan boleh dirawat sehingga sembuh kerana masih di peringkat awal.

Kecuaian

“Keadaan fungsi hati dan virus hepatitis C yang menjangkiti saya dipantau oleh pakar berkenaan untuk masa ini,” ujar anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu.

Mengimbas jangkitan itu berlaku, Mohamad Shahriza mendakwa dia mungkin mendapat jangkitan virus berbahaya tersebut ketika melakukan latihan amali kejururawatan ketika di semester satu awal tahun lalu.

“Mungkin disebabkan kecuaian saya ketika mengendalikan pesakit semasa di semester satu saya dijangkiti virus berkenaan tanpa disedari.

“Namun, saya bersyukur dapat mengetahui mengenai jangkitan virus hepatitis C ini lebih awal (peringkat tiga) dan saya difahamkan 90 peratus penyakit ini boleh sembuh apabila dirawat dengan ubat khas,” katanya.

Seorang lagi pesakit yang mengalami simptom kekuningan hepatitis ialah seorang pesara kerajaan, Nona Tahrin, 56.

Pada awalnya, Nona disahkan menghidapi penyakit batu karang hempedu pada awal tahun 2010.

Sejurus mengetahui mengenai penyakit tersebut dia mula berusaha mendapatkan pelbagai rawatan baik kaedah moden mahupun alternatif.

Derita Pesakit Radang Hati .“Selepas mengetahui mengenai penyakit batu karang hempedu yang di alami, saya mula resah dan tidak tidur lena.

“Penyakit tersebut sentiasa bermain-main di fikiran dan mengganggu perjalanan hidup saya yang kini usia warga emas. Selepas berfikir panjang, saya cuba mengambil sejenis ubat herba untuk membantu memecahkan batu karang terbabit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada mulanya keadaan kesihatan Nona berjalan seperti biasa, namun pada tahun 2011 badannya mula menunjukkan tanda-tanda kekuningan.

Apabila itu gejala itu berlaku, Nona mendapatkan pemeriksaan lanjut di sebuah klinik.

 

RISIKO golongan homoseksual dijangkiti hepatitis B adalah 10 kali ganda.

“Selepas pemeriksaan dan rawatan, doktor mendapati kekuningan yang saya alami ini mungkin berpunca daripada kesan sampingan ubat-ubatan herba yang diambil,” katanya.

Justeru, doktor menasihatinya supaya berhenti mengambil ubat herba tersebut buat seketika.

“Selepas saya berhenti mengambil ubat herba tersebut, tubuh saya kembali normal dan tidak kuning lagi.

“Imbasan tomografi yang dilakukan juga mendapati batu karang hempedu yang saya alami telah hancur,” kata pesara kerajaan itu.

Secara amnya, hepatitis bermaksud radang hati. Apa-apa sahaja yang boleh mengganggu fungsi hati secara asasnya boleh menyebabkan hepatitis.

“Virus hepatitis yang lazim menyerang hati secara khusus ialah jenis A, B, C, D dan E.

“Bagaimanapun, ada faktor-faktor lain yang boleh mengganggu fungsi hati,” kata Pensyarah kanan dan Pakar perubatan, Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazri Mustaffa ketika dihubungi.

Bahan toksik

Antara penyebab penyakit hepatitis adalah penggunaan ubat-ubatan yang tidak teratur dan sistem imun yang tidak terkawal.

 

KEKUNINGAN pada kuku antara simptom hepatitis.

Pendedahan kepada bahan kimia yang berlebihan seperti alkohol, kadar lemak hati yang tinggi (steato-hepatitis) dan batu hempedu antara puncanya. Menurut Dr. Nazri, cara jangkitan hepatitis itu bergantung kepada penyebabnya. Penggunaan ubat-ubatan atau bahan kimia secara berlebihan juga boleh merosakkan sel-sel hati akibat pendedahan kepada bahan toksik.

Batu hempedu menyebabkan tekanan yang tinggi pada hati akibat aliran hempedu tersumbat boleh merosakkan organ tersebut.

“Ada banyak faktor yang mempengaruhi risiko penyakit itu antaranya termasuk umur pesakit, kesan daripada penyakit lain, tahap pendedahan kepada punca hepatitis,’’ katanya.

Hepar atau juga dikenali sebagai hati berfungsi sebagai penapis bahan toksik, pengawalan berkaitan pembekuan darah dan penyingkiran sel-sel matang daripada sistem peredaran darah.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Derita Pesakit Radang Hati. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Radang Hati !

Write a comment