Featured Post

7 Tanda-Tanda Migraine??

    Tanda-tanda migraine     Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata.  Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2. Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap. Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan...

Read More

Kencing Manis Akibat Lebihan Gula

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 21-02-2015

0

Untitledzwergbbbb

Kencing Manis Akibat Lebihan Gula .Selama ini kita kerap dengar pesakit kencing manis kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi.

Ramai yang mengikut arahan tersebut 100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi samakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.

Apabila keadaan menjadi semakin teruk di mana fungsi organ-organ seperti buah pinggang dan mata menjadi semakin merosot, emosi pesakit akan mula tukar menjadi panas baran dan kerap rasa sedih. Sila bersabar dan cuba fahami dan rasai perasaan mereka. Perubahan emosi atau personaliti pesakit adalah tanda-tanda dia sudah mula putus asa dan masa ini merupakan cabaran yang paling susah bagi keluarga pesakit.

Kisah Hidup Pesakit Kencing Manis Di Klinik ABC…

Pesakit Kencing Manis:

“Dok, kenapa bacaan glukosa dalam darah saya masih tinggi walaupun walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat yang Dok bagi tu?”
Dok:
“Ohhh… Anda perlu faham bahawa kencing manis ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja.”
Pesakit Kencing Manis:
“Maksud Dok adalah saya terpaksa jumpa Dok setiap bulan untuk mendapatkan ubat-ubat pengawal tu?” Kencing Manis Akibat Lebihan Gula
Dok:
“Yah betul. Anda mesti datang ke sini untuk uji bacaan gula darah anda dan ambil ubat anda”
Pesakit Kencing Manis:
“Apa!? Maksudnya setiap bulan saya terpaksa datang untuk dapatkan ubat atau suntikan yang mahal tu sungguhpun ia terbukti tidak boleh menyembuhkan masalah kencing manis saya?”
Dok:
“Mmm… Nampaknya ia merupakan satu-satunya pilihan yang ada pada kamu.”
Pesakit Kencing Manis:
“… … …”

Hakikatnya… Anda rasa doktor atau pakar-pakar lain akan rekomenkan cara (jika dia tahu) yang boleh sembuhkan masalah kencing manis anda? Mungkin ada segolongan kecil pakar yang betul-betul ikhlas akan cuba cari penyelesaian untuk masalah anda, khasnya kalau dia sendiri sedang rasai kesengsaraan kencing manis ini.

Malangnya, bukan senang untuk bertemu dengan doktor yang betul-betul mengambil berat tentang masalah kamu. Ini hakikat hidup, mereka memang tiada masa untuk kaji secara mendalam tentang penyakit kencing manis ini. Kerja mereka adalah ikut standard prosedure yang dipelajari bertahun-tahun lepas. Penyakit ‘A’, guna Ubat ‘A’. Penyakit ‘B’, guna Ubat ‘B’. Bacaan gula darah tinggi sangat? Suntik insulin saja!

Ini bukan hendak kutuk pihak tertentu, tetapi anda tengok sendiri apa yang jelas. Mereka untung berpuluh-puluh atau ratusan ringgit dalam masa beberapa minit saja dengan ulangi benda yang lebih kurang sama. Mereka tinggalkan pejabat dengan kereta mewah balik ke rumah besar mereka, manakala anda perlu merangkak masuk dan melompat keluar klinik dengan kaki dan dompetyang sakit!

Jangan salahkan doktor anda atas kegagalan untuk membasmikan masalah kencing manis anda, ini adalah kerana mereka berada di dalam satu sistem perubatan yang dipengaruhi oleh syarikat-syarikat pembuat ubat dari negara barat. Syarikat-syarikat inilah yang menaja kebanyakan kajian sains perubatan dan penciptaan ubat baru di institusi-institusi pendidikan perubatan.

Doktor-doktor moden yang kita jumpa sekarang adalah Pakar Perubatan yang dihasilkan oleh institusi-institusi perubatan yang disokong oleh korporat-korporat perubatan besar secara tidak langsung. Jadi, ia sudah jadi satukebiasaan atau kewajiban bagi para doktor untuk guna macam-macam ubat dalam amalan mereka. Kalau tiada ubat dijual, tiada keuntungan yang boleh digaut dan seluruh sistem perubatan moden akan runtuh!

Sejak kecil lagi, kami sudah disuap dengan satu anggapan bahawa kita mesti pergi jumpa doktor dan ambil ubat apabila kita sakit. Anggapan ini mempunyai impak yang begitu besar sehingga ia turut menjadi satu kewajiban bagi semua orang untuk jumpa doktor apabila badan kita rasa kurang selesa.

Apabila ‘kebiasaan’ doktor untuk mengguna ubat bertemu dengan ‘kebiasaan’ kita untuk jumpa doktor, maka wujudlah satu industri yang sungguh menguntungkan, khasnya bagi syarikat-syarikat perubatan dari negara barat.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Kencing Manis Akibat Lebihan Gula. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Kencing Manis !

3 Cara Mudah Mencegah Penyakit Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 21-12-2014

0

Untitledzzzbbb

3 Cara Mudah Mencegah Penyakit Kencing Manis. Kalau dulu, penyakit kencing manis ni selalu kena kat orang tua je kan, tapi sekarang ni tak dah ok. Sebab ada kawan top yang baru berumur 20+- (umur adalah rahsia…kiki) dah mengidap penyakit kencing manis ni. Memang tak nafikan la si dia ni memang kuat minum manis. Die ni kalau minum tak pernah nak air masak. Semua nak air mahal je. (tak nak kalah… haha)

Macam top takdela obses sangat semedang je nak minum manis. Selain daripada berjimat, hehe… mungkin sebab lain adalah kerana dan sedia manis dah kot. Jadi tak payahla nak tmbah lagi kemanisan tu kan? *ok perasan.. :p. Jadi, selain kita kurangkan gula, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk mencegah penyakit kencing manis atau bahase saintifiknye diabetis? 3 Cara Mudah Mencegah Penyakit Kencing Manis.

  1. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan - Seorang yang memakan 2 kali sehari sayur-sayuran atau buah-buahan dapat mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 2 kali ganda daripada yang tidak memakannya. Walaupun terdapat gula didalam buah-buahan, tetapi ia tidak merbahayakan kerana ianya adalah asli dan bukannya tiruan. Jadi kepada sesiapa yang rasa dia tak cukup nak manis tu, boleh cuba cara ini ok. hehe..
  2. Kurangkan berat badan – Anda jangan ingat hanya makanan manis sahaja yang boleh menjadi punca anda mengidap penyakit kencing manis, berat badan juga turut mempengaruhi. Jadi cuba amalkan cara hidup yang sihat.
  3. Dapatkan tidur yang cukup – Kajian juga mendapati bahawa seseorang yang tidak mendapatkan tidur yang cukup akan meningkatkan risiko mereka untuk mengidap penyakit diabetis.

jadi nasihat top jomla kita ramai-ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat ye, tak kan muda-muda lagi dan nak kene potong sini sane ke kan. mesti tak nak kan? jom kita minum air masak banyak-banyak. boleh jimat sekali. hehe

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mnegenai 3 Cara Mudah Mencegah Penyakit Kencing Manis . KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO Velocity Laris Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Kencing Manis !

Apakah Rawatan Untuk Penyakit Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 12-12-2014

0

hari. Maksud cukup tuh tak tahulah berapa banyak.. agaknya 8 gelas sehari seperti yg disarankan oleh kebanyakan doktor lah kot.

So, bagi yg mengidap kencing manis tentunya  akan berhadapan sedikit kesukaran untuk mengamalkan ibadat seperti berpuasa. Bagi yg dah berpengalaman dan pandai mengawal nafsu daripada makan benda-benda manis nie dah tak ada masalah. Malah, boleh hidup macam biasa seolah-olah tak ada pun kencing manis.

Alhamdulillah.. kesihatan ibu che petua bertambah baik. Nak tahu apa rahsianya?

Hmmm.. uols suma jangan lak kepoh-kepoh yer… jangan pulak ada yg pergi laporkan kepada polis.. sebab kalau polis tahu ibu che petua leh kena tangkap nie..

Rahsianya ialah dia minum air daun ketum! Mana dia dapat? Ada ler kawan yg bagi.. hehe.. Sapa-sapa yg nak pepandai ler cari sendiri yer..hehe..  Tapi menurut ibu che petua, dia kata air daun ketum yg kawan dia bagi tuh bukannya sepertimana yg dijual kat ‘kedai’ tuh… Yg ada di pasaran tu selalunya dah dicampur ngan pelbagai bahan kimia termasuklah ubat nyamuk, racun tikus dsb.nya supaya lebih uuumphhh..! Itu menurut ibu che petua lah.. citer nie pun agaknya kawan dia yg beritahu..

So, citernya.. air daun yg ibu che petua minum tuh adalah yg asli.. maknanya tak dicampur dengan apa-apa bahan lain pun. Hanya air rebusan daun semata-mata.. Hmm.. sebab tu lah warna dia cam lain sikit.. warna kuning keperangan.. Setahu che petua.. air ketum yg dijual tuh biasanya warna hijau kalau tak silaplah.. hmm.. mungkin hijau tuh sebab campur ngan ubat nyamuk lah tuh.. hehe..

Apakah Rawatan Untuk Penyakit Kencing Manis .Ibu che petua sebenarnya bukan minum air tuh setiap hari pun.. dia minum lama-lama sekali itu pun setengah cawan jer… Katanya bila dah rasa cam penyakit kencing manis tuh macam nak menjadi balik.. barulah dia minum.. Dan bila pegi check di hospital, memang terbukti pun kadar kandungan gula dalam darah dia dah turun… Cumanya penyakit tak lah pulih sepenuhnya.. cuma ia berkurangan jer dan tak lah terlalu  kronik atau serius sangat.

Korang tahu kan.. pengidap kencing manis yg serius nie ada yg sampai tahap nak kena suntik insulin setiap hari.. Ubat makan dah tak de kesan dah.. Pas tu kalau terhiris luka sikit pun… fuhh.. memang makan masa berbulan-bulan nak baik..

Okey.. citer punya citer.. nih che petua nak kongsi petua rawat kencing manis.. Petua nie adalah alternatif kepada mereka yg tak dapat cari air daun ketum asli.. hehe..

Petua Rawat Kencing Manis

Petuanya ialah amalkan makan pucuk pegaga sebagai ulam ketika makan nasi. Makan setiap hari lagi bagus. Amalan ini dapat membantu mengurangkan gula dalam air kencing.

Selain itu, air rebusan akar dan daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai minuman untuk mengurangkan penyakit kencing manis nie.

M.Onya rebus daun dan akar pucuk pegaga yg telah dibersihkan lebih kurang 30 helai. Rebus dengan dua cawan air. Selepas itu biar ia sejuk sendiri dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. InsyaAllah, jika diamalkan berterusan lama-lama akan terasa kesannya yang positif.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Apakah Rawatan Untuk Penyakit Kencing Manis. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Untuk Merawat/Mencegah Kencing Manis !

Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 27-09-2014

0

Untitledzzzzzzzzzzzzzzzz

 

 

Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil!

Makan sarapan yang berkhasiat


Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara. Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.

Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang


Makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Anda juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.

Makan makanan berserat tinggi
Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. Ini dapat membantu mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:

 

  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.


Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil! Makan yang lima ini

Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.

Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu

 

  • gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • panggang makanan berbanding goreng;
  • buang lemak pada daging atau ayam.

Jangan tinggal waktu makan
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.

Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis
Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain. Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Anda boleh cairkan jus buah dengan air. Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.
UntitledjjBerikut Adalah Kawal Pemakanan Untuk Elak Kencing Manis Semasa Hamil. KLIK SINI Untuk Merawat Kencing Manis Dengan Bio Velocity Ajaib !

Petua Elak Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 26-09-2014

0

Untitledzzzzzzzzzzzzzzz

 

 

Petua Elak Kencing Manis!

Perubahan gaya hidup 

a) Pemakanan – Menghidap pra-diabetes atau diabetes tidak sepatutnya menghalang anda menikmati pelbagai jenis makanan. Tujuannya untuk membiasakan diri mengambil makanan seimbang dengan jumlah betul. Mengetahui apa yang patut dimakan kadangkala mengelirukan. Di bawah ini ada beberapa petua untuk membuat pilihan makanan sihat: 

 

 

  • Makan sebanyak-banyaknya sayuran dan buahan. Pilih sayuran dan buahan pelbagai warna untuk memaksimumkan kepelbagaiannya. 
  • Makan sayuran tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kacang hijau bersama makanan anda. 
  • Pilih bijirin lengkap, bukan produk bijirin yang diproses. Pilih beras perang, bukan beras putih dan roti gandum penuh bukan roti putih. 
  • Buangkan kulit daripada semua jenis daging seperti ayam dan lain-lain. 
  • Pilih air kosong dan minuman ‘diet’ yang bebas kalori, bukan minuman soda, teh manis dan minuman lain yang dimaniskan dengan gula. 
  • urangkan mengambil snek seperti kerepek dan manisan berkalori tinggi seperti biskut, kek dan ais krim penuh lemak. 

    b) Kerap bersenam – Senaman adalah sebahagian daripada aktiviti gaya hidup sihat untuk semua orang. Ia penting bagi mereka yang menghidap pra-diabetes atau diabetes. Namun, senaman bukan bermakna melakukan larian maraton atau mengangkat berat 100 kilogram. Tujuannya supaya anda menjadi aktif dan terus kekal aktif dengan melakukan kegiatan menyeronokkan anda seperti berkebun, bermain tenis dan berjalan-jalan. 

    c) Pemeriksaan Perubatan secara Berkala – Ini termasuk: 

    1. HbA1c 

    HbA1c (haemoglobin A1c, glycosylated haemoglobin A1c, glycohaemoglobin A1c, atau ujian A1c) adalah ujian makmal bagi meneliti paras purata glukosa darah dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Ia khususnya menyukat bilangan molekul glukosa yang terikat kepada haemoglobin, sejenis jisim di dalam sel darah. 

    Mereka yang tidak menghidap diabetes umumnya mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6%. Ini bermakna kurang 6% daripada molekul haemoglobin mempunyai glukosa yang kekal terikat kepadanya. 

    Berdasarkan keputusan kajian seperti Percubaan Kawalan dan Komplikasi Diabetes (Diabetes Control and Complications Trial – DCCT) menunjukkan kawalan ketat terhadap glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata penghidap diabetes, penyakit buah pinggang dan saraf. Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan mereka yang menghidap diabetes mengekalkan paras HbA1c mereka di bawah 7 peratus. Petua Elak Kencing Manis!

    2. Pemeriksaan Mata 

    Jika anda menghidap diabetes, segera jalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika mengalami retinopati diabetes, anda memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Mereka yang mengalami retinopati yang membiak (proliferative retinopathy) boleh mengurangkan risiko kebutaan sehingga 95% dengan melakukan rawatan tepat pada masanya serta diikuti penjagaan susulan sewajarnya. 

    3. Suplemen nutrisi – Vitamin B12 yang aktif 

    Membekalkan penghidap diabetes dan pra-diabetes dengan nutrien tambahan penting seperti mecobalamin atau methylcobalamin dapat memulihkan semula saraf yang rosak, komplikasi paling biasa dikaitkan dengan paras glukosa darah yang tinggi. Kira-kira 60-70% mereka yang menghidap diabetes sedikit sebanyak mengalami kerosakan saraf. 

    Mecobalamin atau methylcobalami 

    Saintis Jepun mendapati mecobalamin, bentuk vitamin B12 aktif, bertentangan dengan bentuknya yang tidak aktif, cyanocobalamin, dapat melindungi daripada penyakit saraf dan penuaan melalui mekanisme unik dan berbeza daripada terapi semasa. 

    Sesetengah penyakit atau gangguan mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi vitamin semula jadi ini, termasuk neuropati periferal. 

    Perkataan ‘neuropathy’ diambil daripada dua bahagian perkataan: ‘neuro’, merujuk kepada saraf; dan ‘pathy’ ialah penyakit. Neuropati periferal adalah keadaan membabitkan saraf yang terletak di luar sistem saraf pusat, kebanyakannya di tangan dan kaki. 

    Saraf adalah talian komunikasi badan. Isyarat elektrik daripada otak disalur melalui saraf untuk memberi arahan kepada pelbagai bahagian badan. Badan menerima maklumat daripada alam sekitar melalui deria dan menghantarkan maklumat kepada otak melalui saraf. 

    Sebahagian besar saraf periferal bertanggungjawab terhadap sensasi sentuhan, kesakitan dan suhu. 

    Sebenarnya, ada berjuta hujung saraf di jari anda, tangan, jari kaki dan kaki yang diciptakan sedemikian rupa untuk menghindari anda daripada bahaya dan supaya anda dapat menjauhi benda panas, sejuk, tajam dan sebagainya. 

    Gejala neuropati periferal mungkin termasuk: 

  • Kekebasan 
  • Rasa berdenyut-denyut 
  • Sensasi kepanasan 
  • Kehilangan rasa 

    Penghidap diabetes menghadapi risiko lebih tinggi ditimpa jangkitan dan kesembuhan luka yang lambat. Satu kajian penting menunjukkan penghidap diabetes yang mengambil suplemen harian selama satu tahun didapati mengalami kurang keuzuran dan sedikit jangkitan berbanding subjek kajian yang mengambil placebo. 

    Jika anda menderita penyakit diabetes atau pra-diabetes, adalah disyorkan anda mengambil mecobalamin, bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi; ia penting bagi sistem saraf pusat dan periferal. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu mencegah serta memulihkan semula saraf yang rosak, menggalakkan perkembangan saraf yang sihat dan melindungi daripada proses kemerosotan sistem saraf. 

Untitledjj

Berikut Adalah Petua Elak Kencing Manis. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Merawat Kencing Manis Bio Velocity Ajaib !

 

Punca Penyakit Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 25-09-2014

0

Untitledzzzzzzzzzzzzzz

Punca Penyakit Kencing Manis! Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.

Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.

Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkandan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis… Jenis 2!

Adakah Itu Salah Gula/Glukosa?

TIDAK!!!

 

Kerap saya dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga.

Kita orang Asia, kita perlu makan nasi untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan boleh melawan penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis yang sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah hilang sejak keadaan kencing manis dia menjadi ketara. Anda tentu akan terkejut dengan jawapannya!

Antara kes ketara yang saya pernah dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan! Malangnya, kehilangan berat badan ini tidak menjadikanpesakit tersebut rasa lebih ringan dan bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan letih daripada sebelum ini.

Sila Makan Nasi!

 

Makan Nasi!!! Tapi perlu bahagikan waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya adalah, kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu bahagi 1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada 1/3 mangkuk nasi setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan lonjatan glukosa darah dan bagi masa untuk badan anda memproses sumber tenaga tersebut.

Anda dicadangkan supaya makan nasi ‘Brown Rice’ dan bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown Rice mempunyai gentian fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat kekenyangan itu tahan lebih lama. Saya tahu nasi Brown Rice ada sejenis bau (yang serupa makanan kering untuk ayam belaan) yang tak seberapa sedap. Anda boleh cuba letak beberapa cubing bawang putih ke dalam beras Brown Rice itu semasa anda masaknya, bau wangi bawang putih boleh menutup bau pelik Brown Rice itu. Punca Penyakit Kencing Manis!

Dari segi lauk, anda perlu kurangkan memakan masakan yang berdaging dan berasa ‘berat’. Tukar ala lauk anda kepada yang lebih ‘ringan’. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

___________________________________________________________

Masalah Perubatan Moden

 

Setakat ini, tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis ini! Hakikatnya, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit Kencing Manis Jenis 2 TIDAK akan wujud! Ini adalah kerana para saintis dan pakar perubatan masih menuju pada arah yang sama! Mereka masih melihat masalah ini dari sudut fikiran yang sama seperti 50 tahun yang lepas.

Ubat! Ubat! Ubat!

 

Mereka lebih fokus pada mencipta Ubat daripada mencari punca sebenar penyakit ini. Anda tahukah siapa yang merupakan penaja utama semua ‘kajian’ saintifik mengenai pelbagai penyakit? Syarikat Membuat Ubat yang kaya raya itu!

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:

Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin. Kesan sampingan yang biasa dialami adalah masalah cirit birit.

Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.

Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.

Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Anda rasa mana satu antara ubat-ubat ini adalah semula jadi? TIADA satu pun! Ubat perangsang pankreas cuma memaksa ia berkerja O.T. untuk menghasilkan insulin yang lebih banyak! Begitu juga dengan ubat yang cuba meningkatkan sensitivi reseptor insulin pada membran sel. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi apabila anda paksa satu kuda lari berterusan tanpa berhenti atau rehat?

Semua ubat tersebut target pada pengurangan glukosa dalam darah. Tiada satu pun yang cuba untuk mengatasi punca sebenar Rintangan Insulin!

Untitledjj

Berikut Adalah Punca Penyakit Kencing Manis. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Merawat Kencing Manis Bio Velocity Ajaib !

Petua Penawar Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 23-07-2014

0

Untitledzdd
As Salam Nurul nak share Petua Penawar Kencing Manis

Apa khabar suma? Sihat walafiat hendaknya.. ehh.. macam mukadimah tulis surat lak.. hehe.. Apa-apa pun che petua berdoa agar uols semua mempunyai kesihatan yg baik dalam menjalani ibadah dan aktiviti seharian.

 

Orang yg mengidap kencing manis nie teramat-amatlah penting bagi mereka utk minum air secukupnya setiap hari. Maksud cukup tuh tak tahulah berapa banyak.. agaknya 8 gelas sehari seperti yg disarankan oleh kebanyakan doktor lah kot.

 

So, bagi yg mengidap kencing manis tentunya  akan berhadapan sedikit kesukaran untuk mengamalkan ibadat seperti berpuasa. Bagi yg dah berpengalaman dan pandai mengawal nafsu daripada makan benda-benda manis nie dah tak ada masalah. Malah, boleh hidup macam biasa seolah-olah tak ada pun kencing manis.

 

Alhamdulillah.. kesihatan ibu Nurul pun bertambah baik. Nak tahu apa rahsianya?

 

Hmmm.. uols suma jangan lak kepoh-kepoh yer… jangan pulak ada yg pergi laporkan kepada polis.. sebab kalau polis tahu ibu Nurul petua leh kena tangkap nie..

 

Rahsianya ialah dia minum air daun ketum! Mana dia dapat? Ada ler kawan yg bagi.. hehe.. Sapa-sapa yg nak pepandai ler cari sendiri yer..hehe..  Tapi menurut ibu Nurul petua, dia kata air daun ketum yg kawan dia bagi tuh bukannya sepertimana yg dijual kat ‘kedai’ tuh… Yg ada di pasaran tu selalunya dah dicampur ngan pelbagai bahan kimia termasuklah ubat nyamuk, racun tikus dsb.nya supaya lebih uuumphhh..! Itu menurut ibu Nurul petua lah.. citer nie pun agaknya kawan dia yg beritahu..

 

So, citernya.. air daun yg ibu Nurul petua minum tuh adalah yg asli.. maknanya tak dicampur dengan apa-apa bahan lain pun. Hanya air rebusan daun semata-mata.. Hmm.. sebab tu lah warna dia cam lain sikit.. warna kuning keperangan.. Setahu Nurul petua.. air ketum yg dijual tuh biasanya warna hijau kalau tak silaplah.. hmm.. mungkin hijau tuh sebab campur ngan ubat nyamuk lah tuh.. hehe..Petua Penawar Kencing Manis.

 

Ibu Nurul petua sebenarnya bukan minum air tuh setiap hari pun.. dia minum lama-lama sekali itu pun setengah cawan jer… Katanya bila dah rasa cam penyakit kencing manis tuh macam nak menjadi balik.. barulah dia minum.. Dan bila pegi check di hospital, memang terbukti pun kadar kandungan gula dalam darah dia dah turun… Cumanya penyakit tak lah pulih sepenuhnya.. cuma ia berkurangan jer dan tak lah terlalu  kronik atau serius sangat.

 

Korang tahu kan.. pengidap kencing manis yg serius nie ada yg sampai tahap nak kena suntik insulin setiap hari.. Ubat makan dah tak de kesan dah.. Pas tu kalau terhiris luka sikit pun… fuhh.. memang makan masa berbulan-bulan nak baik..

 

Okey.. citer punya citer.. nih che petua nak kongsi petua rawat kencing manis.. Petua nie adalah alternatif kepada mereka yg tak dapat cari air daun ketum asli.. hehe..

 

Petua Rawat Kencing Manis

 

Petuanya ialah amalkan makan pucuk pegaga sebagai ulam ketika makan nasi. Makan setiap hari lagi bagus. Amalan ini dapat membantu mengurangkan gula dalam air kencing.

 

Selain itu, air rebusan akar dan daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai minuman untuk mengurangkan penyakit kencing manis nie.

 

M.Onya rebus daun dan akar pucuk pegaga yg telah dibersihkan lebih kurang 30 helai. Rebus dengan dua cawan air. Selepas itu biar ia sejuk sendiri dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. InsyaAllah, jika diamalkan berterusan lama-lama akan terasa kesannya yang positif.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Penawar Kencing Manis. KLIK SINI Untuk Merawat Kencing Manis !

Senaman Kawal Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 22-07-2014

0

Untitledzd

 

Senaman Kawal Kencing Manis. Kencing manis kini ancaman besar kepada penduduk dunia terutama di Asia; dengan gaya hidup kita hari ini dan semua orang berpeluang mendapat kencing manis kerana risikonya bertambah dengan peningkatan umur. Kajian Kesihatan dan Morbiditi 2006 mendapati 14.9 peratus rakyat negara kita yang berumur 30 tahun ke atas menghidap kencing manis berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.

 

Antara kaedah terbaik mengawal kencing manis ialah bersenam dan menjaga pemakanan. Ramai pakar kesihatan bersetuju senaman perlu dijadikan preskripsi iaitu ia perlu diambil (dilakukan) setiap hari; bukan untuk pesakit saja bahkan semua orang. Ini kerana senaman boleh mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 66 peratus.
Jadi, kenapa perlu bersenam setiap hari dan tidak boleh ‘dikumpul’ untuk dilakukan pada hujung minggu? Menurut Dr Letchuman, kencing manis jenis 2 yang dihidapi 90 peratus pesakit disebabkan badan mungkin tidak menghasilkan cukup insulin (yang bertindak sebagai pengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel) atau badan hilang sensitiviti terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan terhadap insulin) dan mengakibatkan insulin tidak diguna dengan sebaik-baiknya. Kesannya, makin banyak gula terkumpul dalam darah.
“Bersenam mempunyai kesan legasi iaitu ia mampu mengurangkan kerintangan terhadap insulin dan kesan ini boleh berlanjutan sehingga 48 jam. Jadi, sensitiviti badan terhadap insulin meningkat dan boleh menggunakan insulin untuk mengangkut gula dari darah masuk ke dalam sel. Jadi, jumlah gula dalam darah akan menurun.

 

“Jika kita bersenam setiap hari, kesan legasi ini akan berterusan dan membolehkan paras gula darah sentiasa berada dalam julat normal. Inilah sebabnya kita tidak boleh tunggu hingga hujung minggu saja untuk bersenam. Setiap orang sepatutnya bersenam 30 minit sehari; lima hari seminggu atau jumlah terkumpul 150 minit seminggu jika ia dilakukan selang sehari,” katanya.

 

Menurutnya, perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan bersenam boleh melengahkan kemunculan penyakit kencing manis terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu yang mempunyai ibu dan ayah penghidap kencing manis serta mempunyai masalah berat badan berlebihan.

 

“Peningkatan harga gula bukanlah perkara buruk, ia mempunyai manfaat tersirat. Ia secara tidak langsung menyedarkan kita semua untuk mengurangkan penggunaan gula dalam semua makanan dan minuman yang sekali gus membantu memudahkan kawalan penyakit.

 

“Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu,” katanya pada bengkel Kawalan Glisemik dan Pengurangan Risiko Kardiovaskular anjuran GlaxoSmithKline (GSK) sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun.

 

Senaman membantu usaha mengawal kencing manis dengan:

 

  • Memperbaiki keupayaan badan menggunakan insulin;
  • Membakar lebihan lemak, sekali gus membantu mengurangkan berat badan. Pengurangan lemak badan akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin;
  • Memperbaiki kekuatan otot;
  • Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang;
  • Merendahkan tekanan darah;
  • Memperbaiki dan melancarkan aliran darah;
  • Mengurangkan paras kolesterol buruk dan meningkatkan kolesterol baik, sekali gus memberi perlindungan daripada penyakit jantung;
  • Mengurangkan tekanan dan merangsang penghasilan hormon yang membuat kita berasa tenang dan seronok.Senaman Kawal Kencing Manis. Dr Letchuman mengakui kencing manis adalah antara penyakit yang sukar dikawal di negara kita. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini seperti:
  • Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang bersenam;
  • Penyakit lewat dikesan. ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis kerana gejala awalnya tidak jelas. Ini menyebabkan 50 peratus pesakit lewat mendapatkan rawatan;
  • Pesakit bertindak merawat diri sendiri dengan mencuba pelbagai jenis ubat, rawatan alternatif dan persediaan tradisional;
  • Pesakit tidak mematuhi jadual pengambilan ubat; keberatan menjalani rawatan atau bimbang terhadap penggunaan insulin. Salah anggapan terhadap insulin menyebabkan ramai mencuba rawatan alternatif sedangkan insulin boleh membantu memperlahankan perkembangan penyakit;
  • Bimbang kesan sampingan ubat seperti dilihat pada pesakit lain. Pesakit tidak perlu gusar kerana ubat untuk setiap individu berbeza mengikut tahap penyakit masing-masing. Jika ada kesan sampingan, berbincanglah dengan doktor supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.Senaman apakah yang baik untuk pesakit kencing manis? Pesakit boleh melakukan semua jenis senaman aerobik mengikut kemampuan mereka. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana saja hatta di dalam rumah.

    Bagaimanapun, jika anda tidak pernah bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda dan dalam keadaan bagaimana anda tidak boleh bersenam atau perlu berhenti bersenam.

    “Apabila doktor kata anda perlukan suntikan insulin, jangan panik dan takut. Suntikan insulin bukan bermakna penyakit anda sudah sampai ke peringkat akhir. Ia boleh memperlahankan atau melengahkan perkembangan penyakit.

    “Jika doktor mencadangkan anda mengambil suntikan insulin, cuba untuk seminggu dan lihat perubahan yang berlaku pada anda. Jika suka boleh teruskan dan jika tidak, boleh kembali kepada ubat.

    “Berdasarkan pengalaman, kebanyakan pesakit berkata kualiti hidup mereka lebih baik selepas mengambil suntikan insulin. Mereka juga tidak lagi kerap bangun malam untuk membuang air kecil,” katanya.

    Mengawal kencing manis bukan saja membuatkan anda lebih selesa, juga mengurangkan risiko mendapat:

  • Penyakit jantung;
  • Strok;
  • Penyakit mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau kebutaan;
  • Kerosakan saraf pada tangan, kaki atau bahagian lain badan. Ia juga antara punca utama kaki pesakit dipotong kerana apabila saraf rosak, pesakit hilang sensitiviti terhadap rasa sakit. Malah ia juga kerap mengakibatkan pesakit lelaki mati pucuk atau erektil disfungsi.
  • Kegagalan buah pinggang;
  • Penyakit gusi yang menyebabkan kehilangan gigi;Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr Khoo Kah Lin; berkata kencing manis yang bertambah teruk boleh memberi kesan buruk kepada salur darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Jika salur darah besar yang terbabit; ia boleh mengakibatkan strok, serangan jantung dan masalah pada kaki (antara penyebab kaki pesakit terpaksa dipotong).

    Kerosakan salur darah halus akibat kencing manis biasanya berlaku pada mata (retinopati diabetes atau kebutaan), kegagalan buah pinggang dan saraf pada kaki.

    “Serangan jantung adalah pembunuh utama di kalangan pesakit kencing manis. Pesakit kencing manis mempunyai risiko meninggal dunia dua hingga tiga kali lebih tinggi akibat serangan jantung berbanding orang normal. Oleh kerana ramai pesakit lewat berjumpa doktor, biasanya ketika kencing manis dikesan, mereka sudah mengalami pelbagai masalah salur darah yang meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.

    “Selain pengambilan ubat, saya selalu beri preskripsi diet kepada pesakit kencing manis iaitu isikan separuh pinggan dengan sayur-sayuran, satu perempat untuk sumber karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti) dan satu perempat lagi untuk sumber protein sama ada ikan, ayam atau daging,” katanya.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Senaman kawal kencing manis. KLIK SINI Untuk Lebih Info Kesihatan !

Daun Sirih Ubat Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 11-07-2014

0

Untitledzjh

 

Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang kita sering ingin elakkan. Walaupun boleh mendapatkan rawatan doktor, tapi tidak ada salahnya jika kita mencuba perubatan secara tradisional pula untuk merawat kencing manis ini.

 

1. Daun sirih 

Ambil 10 helai daun sirih dan lima ulas bawang merah. Rebuskan dengan dua gelas air dan sejukkan. Amalkan meminum air rebusan ini setiap pagi dan petang. 

2. Akar patawali 

Ambil dalam dua inci akar patawali, tumbuk hingga lumat kemudian masukkan dalam air sejuk dalam setengah gelas. Tapiskan. Amalkan meminumnya setiap pagi dan petang. Ubat Kencing Manis

3. Kulit petai 

Ambil batang pokok petai sebesar tapak tangan dan rebus dalam periuk. Biarkan mendidih sehingga air rebusan bertukar menjadi kehitaman. Minum sekali sehari sebanyak satu atau setengah gelas. 

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mendapat kulit pokok petai, bolehlah menggunakan buah petai sebanyak lima keping dan direbus sehingga empuk. Ambil air kira-kira setengah gelas dan minum. Amalkan meminumnya sekali sehari. 

4. Kulit jering 

Rebus kulit buah jering sebanyak 10 biji hingga keluar air kelatnya. Biarkan sejuk. Minum setengah gelas setiap hari. 

Kulit pokok jering juga boleh digunkan untuk merawat penyakit kencing manis. Cara memasaknya adalah sama seperti kulit pokok petai.

Untitledjj

Berikut Adalah Ubat Merawat Kencing Manis. KLIK SINI !

Tanda Awal Penyakit Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 27-05-2014

0

Untitledzmbvv

 

Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis. Apakah Tanda Awal Penyakit Kencing Manis???

 

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.

 

Jenis kencing manis

 

Terdapat dua jenis diabetes – Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.

 

Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

 

Simptom kencing manis

 

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

 

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

 

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

 

  1. Paras gula darah tinggi

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.Tanda Awal Penyakit Kencing Manis

  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

  4. Sentiasa rasa lapar

    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.

    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

  5. Luka lambat sembuh

    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

  6. Keletihan dan cepat marah

    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

  7. Terdedah kepada jangkitan kulat

    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

  8. Penglihatan kabur

    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

  9. Sensasi pada tangan dan kaki

    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

  10. Kulit merengsa

    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Untitledjj

Berikut Merupakan Info Mengenai Tanda Awal Penyakit Kencing Manis. Memperkenalkan Kaedah rawatan Semulajadi Merawat Kencing Manis. KLIK SINI !