Featured Post

Bahaya Paraben Dalam Kosmetik

Bahaya ‘Paraben’ Dalam Produk Kosmetik | Boleh dikatakan semua wanita di dunia ini ingin tampil cantik menawan. Hingga ada kalanya sanggup mengabaikan kesihatan tubuh badan demi mendapatkan kecantikkan luaran yang sementara. Kita sepatutnya perlu tahu dan peka mengenai setiap kandungan produk...

Read More

Virus Hepatitis Pemusnah Hati

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Hepatitis | Posted on 15-03-2015

0

Untitledzzxxccccc

 

 

Virus Hepatitis Pemusnah Hati .TAHUKAH anda mengapa kita dilarang berkongsi berus gigi dan pisau cukur, walaupun dengan adik beradik sendiri? Ia adalah saluran paling mudah untuk virus berjangkit.

Dikelilingi beratus jenis virus dan bakteria mendedahkan kita kepada pelbagai jenis jangkitan jika tidak berhati-hati serta sentiasa menjaga kesihatan.

Sesetengahnya hanya menyebabkan masalah kecil seperti demam dan selesema, tetapi tidak kurang juga yang boleh membawa maut.

Antara penyakit jangkitan virus berbahaya ialah hepatitis. Walaupun penyakit ini sudah lama menjadi masalah di negara kita, masih ramai keliru mengenainya.

Hepatitis ialah penyakit yang menyebabkan hati menjadi radang dan bengkak disebabkan jangkitan virus. Ia juga boleh disebabkan pengambilan alkohol, dadah dan penyakit autoimun.

Hepatitis akibat serangan virus adalah penyakit berjangkit. Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada lima jenis bergantung kepada virus penyebabnya iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E.

Bagaimanapun, hanya tiga jenis pertama yang biasa berlaku di negara kita.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ismail Merican, berkata insiden Hepatitis A, B dan C di negara ini semakin berkurang berikutan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan dan kebersihan, terutama bagi membendung penyebaran virus hepatitis.

Untuk hidup sihat, kita memerlukan hati yang sihat dan boleh berfungsi dengan baik. Hati berfungsi sebagai organ penapis penting untuk menyingkirkan bahan beracun seperti dadah (termasuk daripada ubat) daripada darah, mengekalkan paras glukosa yang normal, menghasilkan hempedu untuk mencernakan lemak serta menyimpan vitamin A, B12, D, E, K, zat besi dan kuprum untuk keperluan badan kita.

Hati yang sihat juga penting untuk melawan jangkitan dan menghentikan pendarahan. Namun, jangkitan virus hepatitis, terutama B dan C, boleh menyerang hati, menyebabkan hati menjadi keras dan gagal berfungsi.

Masih ramai tidak sedar mereka menjadi pembawa virus kerana ada yang tidak menunjukkan gejala penyakit. Setiap jenis hepatitis mempunyai ciri lebih kurang sama tetapi berbeza cara jangkitan, kesan kepada badan dan rawatannya.

Untuk lebih jelas, penyakit ini akan dibincangkan satu persatu mengikut jenisnya.

HEPATITIS A

Ia adalah penyakit berjangkit paling lazim di dunia. Dianggarkan 1.4 juta kes Hepatitis A dilaporkan di seluruh dunia setiap tahun. Gejala Hepatitis A menyamai influenza. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala dan kelesuan, sakit perut, muntah dan demam kuning pada peringkat akhir.

Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus kerana banyak kes tidak menunjukkan gejala (asimptomatik), terutama di kalangan orang dewasa. Ketiadaan gejala juga menyebabkan jangkitan virus pada kanak-kanak tidak disedari.

Virus Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman tercemar najis manusia yang dijangkiti. Ia termasuk tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menukar lampin bayi yang dijangkiti serta memakan makanan tercemar, terutama di negara membangun.

Siapa berisiko tinggi mendapat jangkitan virus ini? Sebenarnya semua orang terdedah kepada risiko jangkitan, apatah lagi mereka yang tinggal bersama pesakit Hepatitis A. Bagaimanapun, antara kumpulan paling berisiko ialah:


Ahli keluarga atau individu yang tinggal bersama pesakit


Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian


Pekerja pusat jagaan harian (kanak-kanak dan orang tua)


Orang yang mengunjungi kawasan tercemar

Tanda penyakit seperti senarai di bawah akan muncul dua hingga empat minggu selepas dijangkiti. Ada juga pesakit yang hanya mendapat gejala selepas 50 hari dijangkiti, tetapi ramai juga tidak menghadapi masalah.


Demam


Selesema


Sakit kepala


Sangat lesu 


Sakit perut


Hilang selera makan


Cirit-birit


Perut kembung


Warna najis cerah dan air kencing keruh (kuning gelap)


Virus Hepatitis Pemusnah Hati .Demam kuning (mata dan kulit menjadi kuning) � pada peringkat akhir

Dr Ismail berkata, masalah kesihatan akibat jangkitan virus Hepatitis A biasanya lambat sembuh kerana badan mengambil masa untuk menghasilkan antibodi. Ia mungkin mengambil masa antara tiga minggu hingga enam bulan, bergantung kepada keadaan setiap pesakit.

�Kes Hepatitis A di negara kita semakin menurun dengan peningkatan tahap kebersihan. Jangkitan akan lebih teruk jika berlaku pada orang yang berumur melebihi 40 tahun, tetapi secara umumnya 50 peratus penduduk mempunyai imuniti terhadap virus Hepatitis A apabila meningkat umur 39 tahun.

�Antara cara mengelak ialah melalui vaksin. Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk jangkitan Hepatitis A dan kebanyakan rawatan hanya untuk menghilangkan gejala penyakit. Namun apabila sembuh, bermakna seseorang itu akan imun (mempunyai daya ketahanan) terhadap penyakit sepanjang hayat,� katanya pada pelancaran Seminar Kesihatan Pendekatan Holistik Untuk Kehidupan Sihat anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Orang yang dijangkiti perlu banyak berehat, elak minuman keras dan cuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas. Pesakit juga tidak dibenar menyedia atau menghidangkan makanan untuk orang lain dan mengambil ubat seperti diarahkan.

Untuk mengelak jangkitan, Dr Ismail menyarankan supaya mengelak makanan mentah seperti ulam dan salad, terutama di tempat yang ada kes, minum air tidak dirawat atau dijerang hingga menggelegak, minum minuman berais, susu tidak dipasteur serta makanan laut yang tidak dimasak sepenuhnya.

HEPATITIS B

Ia disebabkan jangkitan virus Hepatitis B dan lebih berbahaya daripada Hepatitis A kerana ia boleh menyebabkan hati radang dan bengkak. Jika tidak dirawat awal, sel hati akan menjadi keras (sirosis) dan akibatnya hati tidak boleh berfungsi. Lama kelamaan, ia boleh bertukar menjadi barah.

Dianggarkan dua bilion penduduk dunia atau seorang daripada tiga orang dijangkiti virus Hepatitis B dengan catatan 10 hingga 20 juta kes baru setiap tahun. Daripada jumlah ini, 350 juta adalah kes jangkitan kronik dan 75 peratus pembawa virus adalah penduduk Asia Pasifik, termasuk Malaysia. Lebih menyedihkan, kajian mendapati 80 peratus kes hepatitis kronik, sirosis dan kanser hati berlaku pada penduduk Asia.

Virus Hepatitis B mudah berjangkit dan dikatakan 100 kali lebih mudah berbanding virus HIV (penyebab Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit � Aids) dan mengakibatkan kira-kira dua juta kematian setiap tahun.

Dr Ismail berkata, jangkitan boleh berlaku pada semua peringkat umur, termasuk bayi. Virus merebak melalui beberapa cara, iaitu:


Kandungan (daripada ibu dijangkiti kepada anak dalam kandungan)


Pendermaan darah


Hubungan seks


Berkongsi berus gigi dan pisau cukur


Berkongsi jarum suntikan (terutama di kalangan penagih dadah)


Tercucuk jarum mengandungi darah tercemar (terutama di kalangan pengamal perubatan)

Gejala penyakit:


Cepat penat


Sakit sendi dan otot


Perut kembung dan besar (refraktori asites)


Hilang selera makan


Mual dan muntah 


Demam


Cirit-birit


Demam kuning (peringkat serius)

Seperti Hepatitis A, ada juga orang yang dijangkiti tidak mengalami gejala dan mereka dipanggil pembawa virus. Jika anda mengalami tanda di atas, segera jalani pemeriksaan kesihatan.

Malah, individu yang dilahirkan sebelum 1989 juga disaran menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan suntikan vaksin kerana pemberian vaksin hanya diwajibkan ke atas semua bayi bermula pada tahun itu.

�Peluang untuk penyakit menjadi kronik bergantung kepada berapa lama seseorang itu dijangkiti. Jika dijangkiti pada usia muda dan tidak mendapat rawatan, risikonya lebih tinggi.

�Jika anda mengalami tanda serangan, terutama perut kembung dan besar, segera jalani pemeriksaan untuk diberikan rawatan sewajarnya. Rawatan akan menghentikan aktiviti virus dan mengurangkan risiko penyakit hati,� katanya.

Hepatitis B boleh menyebabkan kerosakan hati yang kekal. Justeru, rawatan perlu dimulakan seawal mungkin. Pun begitu, pesakit mesti mendapatkan pemeriksaan rapi dan kaunseling sebelum diberikan ubat.

Pesakit juga perlu memberitahu doktor jika mereka mengambil ubat tradisional bagi mengelakkan kesan sampingan tidak diingini.

Cara terbaik untuk menghindari jangkitan virus Hepatitis B ialah melalui suntikan vaksin (hanya sekali seumur hidup), mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak bertukar pasangan. Namun, perkara penting yang perlu diingat ialah suntikan vaksin Hepatitis B tidak melindungi seseorang daripada jangkitan virus Hepatitis A.

Selain itu, pembawa virus Hepatitis B diingatkan supaya tidak menderma darah atau organ, berkongsi berus gigi dan pisau cukur dengan sesiapa.

Berdasarkan maklumat Persatuan Hepar Malaysia, kadar pembawa virus di negara ini hanyalah lima peratus, tetapi 80 peratus pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila penyakit menjadi serius.

HEPATITIS C

Kira-kira tiga peratus penduduk dunia dijangkiti virus Hepatitis C dan lebih 170 juta kes dijangka menjadi kronik. Virus tersebar melalui darah dan cecair badan, namun risiko jangkitan bayi dalam kandungan rendah (hanya lima peratus) berbanding virus Hepatitis B.

Virus ini boleh merebak melalui:


Pendermaan darah


Berkongsi jarum suntikan (terutama di kalangan penagih dadah)


Tatu (yang menggunakan jarum tercemar)


Hubungan seks (walaupun jarang dilaporkan)

Dr Ismail berkata, individu yang pernah menerima darah sebelum tahun 1995 dinasihatkan menjalani ujian bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus ini. Saranan ini dibuat kerana saringan bagi virus Hepatitis C ke atas bekalan darah hanya bermula pada 1995.

Walaupun secara umumnya penyakit ini tiada simptom, individu yang kerap mengalami keletihan melampau tanpa sebab disaran segera menjalani pemeriksaan.

Jika disahkan positif, pesakit akan diberikan rawatan segera untuk menghentikan aktiviti virus dan hampir 80 peratus pesakit boleh pulih.

HEPATITIS D

Jangkitan Hepatitis D hanya boleh berlaku dengan kehadiran Hepatitis B. Ia menyebabkan kerosakan sel hati akibat serangan virus Hepatitis B berlaku lebih cepat. Adakalanya jangkitan Hepatitis D boleh berlaku serentak dengan Hepatitis B.

Ia berjangkit melalui darah, tetapi kes membabitkan bayi yang mendapat virus daripada ibunya ketika dilahirkan sangat kurang. Hepatitis D juga boleh menyebabkan kerosakan hati kronik dan kanser. Namun kes jangkitan Hepatitis D jarang berlaku kerana keberkesanan vaksin untuk Hepatitis B, terutama di kalangan kanak-kanak.

HEPATITIS E

Ia mempunyai ciri sama dengan Hepatitis A. Jangkitannya disebabkan makanan tercemar najis orang yang dijangkiti dan kerap berlaku di negara membangun, khususnya yang sistem sanitasinya kurang baik.

Sehingga kini tiada vaksin Hepatitis E, tetapi ia boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan secara menyeluruh.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Virus Hepatitis Pemusnah Hati. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Hepatitis !