Featured Post

Teknik Yang Betul Mandikan Bayi

  Teknik Yang Betul Mandikan Bayi. Bersiap Sebelum Bermula   Sediakan tuala, pakaian bersih, produk penjagaan bayi, napkin atau diapers. Tutupkan aircond atau kipas dan pastikan barang keperluan berada berdekatan sebelum memandikan baby.     Jangan Tinggalkan Baby Bersendirian Dalam...

Read More

Derita Pesakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 17-03-2015

0

Untitledzzxxcccccc
Derita Pesakit Gout .Adakah anda atau seseorang yang anda kenali suka makan makanan laut dan pernah mengalami situasi seperti ini?
  • Sakit dibahagian sendi seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan atau jari.
  • Berlaku kemerahan, panas, bengkak dan sakit.
  • Biasanya berlarutan sehingga berhari-hari atau sehingga 1-2 minggu jika tidak dirawat.
Jika ada, anda mungkin diserang GOUT.
 Makanan Penyebab Gout – Sedap kan?

Apa itu GOUT?

Gout adalah penyakit yang berlaku akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Derita Pesakit Gout .Secara semulajadinya, asid urik yang terhasil daripada proses pemakanan akan dilarutkan dalam darah dan disingkirkan melalui air kencing. Ada kalanya badan menghasilkan terlalu banyak asid urik sehingga ia terkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu disekelilingnya menyebabkan ia bengkak dan sakit sehingga menyebabkan gout. Mereka yang berisiko untuk mendapat sakit gout adalah golongan lelaki yang berusia 30 hingga 60 tahun.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan sekiranya saya mempunyai penyakit gout?

Faktor utama penyebab gout adalah disebabkan kelebihan asid urik.Oleh sebab itu, seseorang yang mempunyai penyakit gout perlu mengelakkan faktor yang boleh menyebabkan peningkatan asid urik seperti:
  1. Elakkan meminum minuman keras.
  2. Mengekalkan berat badan yang sihat kerana semakin tinggi berat badan seseorang itu, semakin tinggi juga penghasilan asid urik.
  3. Minum banyak air kosong untuk proses detoks dan meneutralkan keasidan tubuh.
  4. Elakkan ubat-ubatan yang tertentu seperti aspirin kerana mempunyai kandungan asid urik yang tinggi ataupun ubat yang bersifat diuretik kerana ubat tersebut boleh menyebabkan seseorang itu kerap kencing. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, pesakit gout perlu kandungan air yang banyak dalam tubuh mereka.
  5. Makan secara sihat dengan mengelakkan makanan yang mempunyai purin yang tinggi seperti daging, makanan laut, dan kekacang. Makanan yang perlu dielakkan seperti berikut:
    • Organ dalaman seperti hati, paru, ginjal dan otak.
    • Ikan bilis, ikan kembung dan sardin.
    • Daging cincang.
    • Ekstrak daging cincang, ragi & kiub rebusan daging.
    • Makanan bercangkerang seperti ketam, udang dan kerang.
    • Asparagus, bunga kobis, cendawan & bayam.
    • Roti jagung dan bijirin.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Derita Pesakit Gout . KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Gout !

Gout Membawa Padah !

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 20-02-2015

0

Untitledzwergbbb
Gout Membawa Padah ! Gout ialah satu penyakit sendi yang amat sakit disertai dengan bengkak, merah & terasa panas di kawasan sendi terlibat. Gout berpunca daripada pengumpulan kristal asid urik di bahagian celah-celah sendi, akibat kegalan metabolisme asid urik, menjadikan ianya terbentuk dengan banyak atau kurang dikumuhkan melalui air kencing. 
90% pengidap gout adalah lelaki. Ia kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 50 tahun. Tidak terkecuali juga bagi wanita yang mana risiko meningkat selepas menopous.Gout Membawa Padah !  Kajian terbaru yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Perubatan Universiti Limerick, Ireland mendapati bahawa individu yang mempunyai masalah gout dan paras asid urik yang tinggi dalam darah meningkatkan risiko kepada kematian. Individu dengan gout mempunyai risiko sebanyak 42% lebih tinggi daripada punca kematian lain. Paras asid urik yang tinggi dalam darah turut meningkatkan risiko batu karang di dalam buah pinggang. Ini berlaku apabila buah pinggang bertanggungjawab dalam mengkumuhkan asid urik melalui air kencing – kajian dari Jabatan Urologi dan Perubatan Universiti California. Minuman yang mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi seperti pemanis sirap jagung di dalam minuman soda dan air kotak meningkatkan risiko gout di kalangan wanita – Fakulti Perubatan Universiti Boston.
Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Gout Membawa Padah ! KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Gout !

Faktor Penyakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 19-02-2015

0

Untitledzwergbb

 

 

Faktor Penyakit Gout .GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.


Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.


Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.


Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.


GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.


Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.


Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.



Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada simptom), -akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.


interkritikal

kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.


Tofus
Faktor Penyakit Gout .Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. 


Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.


Antara makanan yang harus dielakkan:


Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis


Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam


Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung


Daging merah


Cendawan


Yis (roti putih, roti manis)


FAKTA: Golongan berisiko


Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.


Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout


Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat


Wanita putus haid


Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan


Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Faktor Penyakit Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Masalah Gout !

Punca Penyakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 18-02-2015

0

Untitledzwergb

 

 

Punca Penyakit Gout .Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

 

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

 

TANDA GOUT

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 

KOMPLIKASI

  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes

RAWATAN

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

IKLAN : KURSUS REIKI, MUDAH DAN MURAH

PEMAKANAN

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

 

PENCEGAHAN

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

 

 

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.

 

1. PERASA & REMPAH

  • Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
  • Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.

 

2. SAYUR-SAYURAN. 

  • Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
  • Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik. Punca Penyakit Gout

 

3. BIJIRIN KECIL.

Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.

Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

 

4. HERBA

  • Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.
  • Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.
  • Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
  • Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.
  • Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.

 

5. PRODUK TENUSU

Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

 

6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN

Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.

Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.

Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.

Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

 

7. CECAIR

Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.

Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.

Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

 

8. BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.

Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.

Menurut laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah.

Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.

Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

 

9. BIJIRIN BEBAS YIS

Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

 

10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.

Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

 

Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Punca Penyakit Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Pelbagai Penyakit !

Pantang Larang Pesakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 24-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkkk

Pantang Larang Pesakit Gout.

Dalam banyak-banyak sakit, sakit apa yang paling sakit?
Gout. Gout dikenali sebagai sejenis penyakit arthritis yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh kristal (dari asid urik) yang berbentuk jarum terbentuk dan berkumpul di antara sendi-sendi.

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia., sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Orang yang berisiko tinggi

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Dan mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.

Tanda-tanda gout

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

3- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

4- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Pantang Larang Pesakit Gout. Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?

Sebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Komplikasi/kesan

1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’

2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Rawatan biasa

– Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

– Steroid

Peringatan: steroid hanya boleh diambil melalui nasihati doktor)

Lazimnya, cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang atau bengkak.

Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang mungkin terjadi.

Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:

– Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.

– Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.

– Daging cincang

– Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

– Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang

– Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.

– Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.

– Poultry (daging ayam yang telah diproses)

– Roti jagung dan bijirin.

– Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk

– Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Pantang Larang Pesakit Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Gout !

Tanda Awal Penyakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 23-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkk

Tanda Awal Penyakit Gout. Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui  Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui:

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Tanda Awal Penyakit Gout. 4 peringkat Gout yang nyata:

1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.

Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi. Jika anda merasakan mempunyai tanda-tanda penyakit gout yang disebutkan, sila lah bertemu dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia terus merebak.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Tanda Awal Penyakit Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Gout !

Padah Makanan Laut Punca Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 22-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkk

 

 

Padah Makanan Laut Punca Gout. Penggemar makanan laut, lazimnya sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk menikmati kelazatan hidangan laut disukai. Bagi mereka, kesegaran setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata. 



Makanan laut yang digemari ramai selain ikan, udang, kerang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu. Malah, permintaan tinggi makanan laut bukan saja dalam kalangan pengusaha restoran di perairan pantai tetapi turut menjadi tumpuan kepada pengusaha di kota. 

 

Bukan semua sewenang-wenangnya menikmati makanan laut, ada yang alergi dan tidak kurang kena berpantang mengambilnya khususnya penyakit tertentu seperti gout dan darah tinggi. 

Namun, semua orang juga perlu perlu berhati-hati kerana makanan laut ada kalanya mudah tercemar dengan mikro organisma, bahan kimia atau kandungan logam berat sehingga boleh membawa maut. 

Contohnya, tiga maut selepas makan kerang dan lokan yang dibeli di Pasar Malam Inanam, Sabah, pada bulan lalu. Kes itu disebabkan fenomena laut merah yang melanda negeri itu yang menjadi punca pencemaran kepada hidupan laut itu. 

Pada 1 Januari lalu pula, enam individu mengalami simptom keracunan seperti kebas di leher, muntah, pening dan sesak nafas selepas memakan kerang yang dikutip di perairan Sepanggar, Sabah. 

Punca keracunan 
Mengulas berkaitan itu itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Saliza Mohd Elias, berkata keracunan makanan laut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, ejen jangkitan termasuk virus, bakteria dan parasit. 

Punca kedua berlaku kerana ejen toksin (racun) yang terhasil secara semula jadi dalam makanan laut seperti ciguatera dan scombroid atau berlaku akibat pencemar kimia daripada bahan buangan industri seperti logam berat, dioksin dan pestisid. 

Antara punca keracunan makanan ialah bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan kimia atau akibat proses penyediaan makanan kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna atau terdedah kepada persekitaran. 

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam selepas makan makanan tercemar. Kesan bahaya akibat keracunan makanan boleh membawa maut. Selain ada juga membabitkan keracunan sistem saraf, jelasnya. 

Gejala keracunan 

Padah Makanan Laut Punca Gout. Dr Saliza berkata, kanak-kanak, warga tua dan individu berdaya tahan diri rendah berisiko tinggi mengalami keracunan makanan dan tandanya bergantung kepada jenis dan kuantiti racun diambil. 

Katanya, antara gejala keracunan sering berlaku adalah gastroenteritis iaitu seperti loya, mual, muntah, cirit-birit dan sakit perut. Selain itu, keadaan pengeluaran najis luar biasa, cair dan kerap turut menyebabkan tubuh kehilangan cecair dan elektrolit. 

Masalah keradangan sistem gastro-usus yang selalu dikaitkan dengan darah dan nanah pada najis atau secara saintifiknya disebut dysentery juga berkemungkinan berlaku pada individu mengalami keracunan. 

Jangkitan sistem gastro-usus boleh menghasilkan kesan yang pelbagai bermula cirit-birit tidak berbahaya dan pulih dengan sendirinya atau kepada masalah berlarutan dan parah hingga menyebabkan kematian. 

Secara am, gejala keracunan makanan ini termasuklah perut memulas atau berpeluh tanpa sebab, demam, rasa sejuk walaupun cuaca panas dan sakit kepala, katanya. 

Kaedah rawatan 

Mengenai rawatan keracunan, Dr Saliza menjelaskan pesakit mengalami keracunan makanan boleh menjalani beberapa kaedah rawatan bergantung kepada kategori penyakit dihadapi mereka. 

Antara ubatan diedarkan adalah ubat menghentikan muntah atau rawatan IV untuk menggantikan bendalir dalam badan yang banyak dikeluarkan sepanjang proses keracunan. 

Bagi mengurangkan tanda keracunan ciguatera pula mannitol atau gula formula kimia bertindak sebagai ejen diuretik osmosis untuk membantu menguatkan kandungan minyak dalam buah pinggang. 

Pesakit perlu menjalani rawatan sehingga tanda keracunan makanan laut menunjukkan berkurang dan peningkatan pada tahap kesihatan, katanya. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya melihat secara terperinci makanan laut dibeli di pasar untuk mengelak sebarang keracunan yang boleh menjejaskan kesihatan. 

Di laut mudah berlaku pencemaran disebabkan yang mungkin disebabkan tumpahan minyak dan fenomena laut merah seperti berlaku di Sabah.

Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Padah Makanan Laut Punca Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat Pesakit Gout !

Serangan Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 17-09-2014

0

Untitledzccccccccccccc

 

 

Serangan Gout. Sakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.

 

Untuk tujuan mengelakkan serangan gout pada masa depan, anda dinasihat untuk lebih fokus pada penyingkiran asid urik daripada badan anda, satu cara yang paling berkesan untuk tujuan itu adalah pengambilan air alkali ionik. Air alkali ionik adalah berlainan daripada air alkali biasa, faktor utama keberkesanannya adalah sifat “ionik” nya yang boleh menjadikan air itu lebih aktif dan senang untuk diserap oleh badan. Serangan Gout !

 

Terdapat dua cara untuk mendapatkan air alkali ionik, sama ada dengan pengunaan mesin pengion air atau dengan campuran unsur mineral cas. Memandangkan kos pemasangan mesin pengion air yang tinggi, maka penggunaan mineralcas ionik merupakan satu cara yang lebih efektif dan ekonomi. Bagi pembaca daripada Malaysia, saya mencadangkan bahawa anda merujuk pada laman web berikut untuk penerangan yang lebih lanjut mengenai produk MineralCas Jinliyuan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Serangan Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

 

Kesakitan Yg Dialami Pesakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 16-09-2014

0

Untitledzcccccccccccc

Kesakitan Yg Dialami Pesakit Gout! PAGI itu, ibu jari kaki kiri Muazan Zainuddin, 52, terasa berdenyut-denyut dan membengkak. Dia bingkas bangun untuk mengambil ubat bagi meredakan kesakitan yang dialaminya. Malangnya, seluruh tubuh badannya tidak dapat bergerak. Kepalanya terasa pening manakala tengkuknya mengalami kekejangan hampir tiga jam.

Lantas, anak-anaknya bergegas menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut. Di hospital, badan Muazan dimasukkan air bagi meneutralkan paras asid urik yang naik secara mendadak.

Situasi itulah yang kerap dialami Muazan apabila dia diserang gout. Peningkatan asid urik dalam darah telah menyebabkan penyakit gout bertambah kronik. Ibu jari kakinya membengkak kemerah-merahan sehingga dia sukar bergerak. Sakitnya bukan kepalang seperti tapak kaki terpijak jarum.

“Gout ini sekali terkena sukar untuk sembuh tetapi kita boleh cegah serangan gout,” ujar Muazan yang menjalani rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Jelas jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, selain mendapatkan rawatan doktor, dia disarankan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.

Muazan disahkan menghidap gout pada tahun 1992 selepas pulang dari Jepun. Namun, hari ini dia perlu banyak berpantang dalam pemakanan. Dia perlu mengelak makanan berasaskan kacang, hidupan laut dan daging merah. Setiap hari, dia mendisiplinkan diri menikmati sup sayur dan ikan.

Makanan laut

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan, doktor mengesahkan kandungan asid uriknya terlalu tinggi, gara-gara kerap menikmati hidupan laut sepanjang tiga bulan berkursus di Negara Matahari Terbit itu. Jelas Muazan setiap hari dia cenderung menjamu selera dengan makanan laut seperti salmon, udang dan sotong berbanding ayam dan sayur-sayuran.

 

Sementara itu, Azlan Bahrum, 27, menyifatkan kesakitan pada ibu jari kaki kanan yang dialaminya tujuh tahun lalu hanya sakit sendi biasa. Apatah lagi, doktor yang memeriksanya menyatakan kesakitan itu berpunca daripada kekurangan kalsium pada tulang.

 

“Doktor langsung tidak mengesyaki saya menghidap gout memandangkan usia yang masih muda. Saya kerap diberikan suntikan dan ubat tahan sakit apabila mengalami kesakitan terutamanya selepas makan makanan laut.

 

“Namun, selang setahun barulah saya didiagnosis menghidap gout. Itupun selepas mengalami kecederaan pada tangan akibat jatuh tangga. Selepas insiden itu, tulang buku jari hantu kiri yang terseliuh membengkak dan berdenyut-denyut. Rupa-rupanya, sendi yang lemah menyebabkan asid urik berkumpul,” jelas Azlan yang sudah dua kali menjalani pembedahan mengeluarkan asid urik pada tulang buku jari hantu dan tumit kaki kirinya.

 

Anak kelahiran Batu Kurau, Perak itu memberitahu, gout yang dialami juga berpunca daripada faktor genetik.

 

“Gout cukup menyeksakan kerana sendi yang sakit terlalu sensitif dan tidak boleh disentuh walaupun terkena kapas yang lembut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

 

Justeru bagi memastikan peredaran darah sentiasa berjalan lancar dan mengurangkan serangan gout, setiap hari dia mengamalkan minum air halia yang dicampur bersama lada hitam dan bawang putih serta minum air kosong sebanyak tiga liter sehari.

 

Azlan juga mengamalkan minuman air herba kemunting Cina.

 

Gout merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.

 

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.

 

Kaedah pembedahan yang digunakan untuk mengeluarkan kristal garam asid urik yang terkumpul pada sendi ibu jari kaki.

 

Hormon pelindung

Dalam kebanyakan kes, golongan lelaki lebih cenderung diserang gout berbanding wanita. Wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan mencegah paras asid urik dalam darah meningkat. Kesakitan Yg Dialami Pesakit Gout !

 

“Bagaimanapun, wanita juga berisiko mengalami penyakit gout selepas menopaus,” terang Perunding Perubatan dan Reumatologi, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Dr. Shahdan Shahid, mengenai gout yang boleh menyerang individu seawal usia 13 tahun.

 

Jelas Shahdan, gout berlaku disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.

 

Peningkatan asid urik berpunca daripada tiga faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.

 

Masalah buah pinggang

Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.

 

Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik. Gout bukan saja berlaku dalam kalangan lelaki yang mengalami masalah buah pinggang.

 

“Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari,” ujar Shahdan mengenai penyakit gout yang turut dialami 8.3 juta penduduk di Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

 

Sementara itu, Perunding Nefrologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Fan Kin Sing menyatakan sesetengah penghidap gout mengambil sikap sambil lewa tentang aspek gaya hidup sihat, pemakanan dan rawatan gout.

 

Mereka berpendapat gout hanya penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan pengambilan ubat tahan sakit. Sedangkan, serangan gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit mengundang bahaya pada organ tersebut.

 

“Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesannya, lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang sekali gus membentuk hablur garam.

 

“Hablur-hablur itulah yang akan merosak dan mengecutkan buah pinggang sehingga seseorang itu mendapat gout, batu karang dan hipertensi,” jelas Kin Sing kepada Kosmo!.

 

RAMUAN herba Cina ini dipercayai dapat membantu meredakan serangan gout.

 

Bahaya purina

Dalam pada itu, Ketua Pakar Pemakanan, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Lim Ai Leng memberitahu amalan pemakanan yang betul dan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dapat membantu mencegah serangan gout.

 

Amalan tersebut dapat membantu meneutralkan paras asid urik dan menyingkirkannya daripada badan. Tahap asid urik yang normal dalam darah ialah antara 0.21 hingga 0.42 mmol/L.

 

“Pesakit gout harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam kerana kandungan purinanya tinggi. Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.

 

“Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Sebab itu, saya sarankan pesakit sentiasa amalkan diet mengikut panduan piramid makanan,” jelas Ai Leng yang tidak menggalakkan pesakit minum minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Kesakitan Yg Dialami Pesakit Gout ! KLIK SINI untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

Pesakit Gout Perlu Kawal Pemakanan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 15-09-2014

0

Untitledzcccccccccc

Pesakit Gout Perlu Kawal Pemakanan !Berikut adalah antara makanan yang boleh membantu mencegah atau mengawal kesakitan disebabkan Gout:

1. Nanas

Nanas diketahui mengandungi bromelain, enzim yang mempunyai ciri-ciri anti-radang. Jadi menambahkan nenas di dalam diet harian utk persakit gout ia boleh mengurangkan rasa kesakitan yang di alami.

2. Halia

Beberapa kajian yang dibuat oleh Penyelidik Kesihatan menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam halia membantu dalam mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh asid urik.

3. Kunyit

Kunyit adalah juga berkesan sebagai anti-radang dan ia telah dicadangkan oleh pakar-pakar bahawa orang-orang yang mempunyai masalah gout perlu memasukan kunyit dalam diet harian mereka. Pesakit Gout Perlu Kawal Pemakanan !

 4. Buah Ceri

Makanlah banyak buah-buahan dalam usaha mencegah gout , terutama ceri. Ia bukan sahaja merendahkan tahap asid urik tetapi juga mengurangkan peluang untuk membangunkan gout. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat dan Itali melaporkan jus ceri bermanfaat untuk merawat gout, saintis masih tidak pasti apakah pemulihan didapati di dalamnya, walaupun. Kajian membuktikan bahawa jus ceri mengurangkan asid urik, ia adalah ciri-ciri anti-radang yang memainkan peranan penting dalam mengawal serangan gout, kejadian serangan mengurangkan dari 3 ke 4 tahun sekali dalam setahun.

5. Pisang

Pisang didapati rendah gula dan tinggi kalium dan alkali dalam alam semula jadi. Ia adalah salah satu makanan terbaik untuk mencegah gout. Kandungan kalium yang tinggi membantu untuk melawan tanda-tanda gout. Ia membantu untuk memecahkan kristal dibentuk oleh asid urik dan memcepatkan bahan kumuhanan keluar dari badan.

6. Produk Tenusu ( Rendah Lemak)

Menurut kajian yang dijalankan oleh National Institute of Artritis dan Muskuloskeletal dan Penyakit Kulit, yang diterbitkan dalam “New England Journal of Medicine”, penggunaan yang berlebihan produk tenusu rendah lemak, seperti yogurt rendah lemak dan susu, mengurangkan peluang untuk membangunkan masalah gout sebanyak 50% pada lelaki.

7. Selada air

Selada air mengandungi jumlah yang baik dr segi mineral dan vitamin. Ia telah didapati sangat berguna untuk buah pinggang dan juga membantu mengeluarkan jumlah yang berlebihan asid urik dari badan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Pesakit Gout Perlu Kawal Pemakanan ! KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !