Featured Post

Apakah Punca Anda Sering Mengalami Sakit Kepala

  Punca Anda Sering Mengalami Sakit Kepala???? Beberapa makanan mengandungi sebatian tertentu yang boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Anda sering mengalami sakit kepala? Banyak hal boleh menjadi penyebabnya, yang sering kita tidak disedariiaitu pengambilan makanan dan minuman. Kita...

Read More

Petua Merawat Penyakit Kuning

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Penyakit Kuning Jaundis | Posted on 14-02-2015

0

Untitledzzzaseeeeeeeee

Petua Merawat Penyakit Kuning .Kebiasaannya, masalah demam kuning yang tinggi selalu terjadi pada anak pertama. Punca utama adalah kurang penyusuan ibu tetapi ada juga punca lain, contohnya kena jangkitan kuman, bayi pra-matang, darah ibu dan bayi yang tidak sama, masalah G6PD dan macam-macam lagi. Apa yang paling penting sekali, jangan berikan bayi minum air lain selain susu ibu kerana susu ibu banyak khasiatnya

Pengalaman melahirkan anak dulu,kedua-duanya mengalami demam kuning. Alhamdulillah tidak seteruk mana tetapi tetap perlu berulang alik ke klinik untuk ujian darah.

Lepas melahirkan Humaira demam kuning mula dikesan pada hari kedua. Hampir  setiap hari berulang alik pergi klinik.. Kesian asyik kena cucuk jer….

Akhir sekali lepas botakkan kepala dia pada hari ke sepuluh Humaira lahir, bacaan kuning terus turun mendadak… Keesokkan harinya nurse pesan tak perlu datang klinik lagi untuk ujian darah.. Lega…..

Bidan yang cukur kepala Humaira pun bagitau dgn yakin katanya lepas buang rambut dan segala kerak-kerak kat kepala baby, InsyaAllah kuning boleh kurang… Bidan tersebut ada jugak ajarkan saya supaya  bacakan selawat sapu kat tangan pastu urut kening baby setiap pagi…

Petua Mengurangkan Demam Kuning Bayi

Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Selain itu kaedah dalam Perubatan Islam juga boleh diamalkan untuk mengelakkan demam kuning dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  •  Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

 

YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

  • Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.
  • Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
  • Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
  • Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
  • Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Sumber: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

Walau apa pun cara atau petua untuk hilang demam kuning ini, susu ibu adalah yang terbaik. Si ibu dinasihatkan supaya tidak risau dan tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot. Kejutkan bayi anda selalu supaya dapat menyusukan dengan lebih kerap.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Merawat Penyakit Kuning. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Kuning !