Featured Post

3 Cara Mudah Mencegah Penyakit Kencing Manis

3 Cara Mudah Mencegah Penyakit Kencing Manis. Kalau dulu, penyakit kencing manis ni selalu kena kat orang tua je kan, tapi sekarang ni tak dah ok. Sebab ada kawan top yang baru berumur 20+- (umur adalah rahsia…kiki) dah mengidap penyakit kencing manis ni. Memang tak nafikan la si dia ni memang...

Read More

Tips Hilangkan Bau Badan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Bau Badan | Posted on 06-02-2015

0

So, bagi mereka yang pernah berhadapan dengan situasi demikian – iaitu nampak macam rakan-rakan macam cuba menjauhkan diri pada waktu-waktu tertentu… cuba-cubalah siasat tengok apa puncanya bila angin tak ada, ribut tak ada tetiba jer orang yg berada berhampiran pakat-pakat menjauhkan diri.. Kebiasaannya sebab badan tuh berbaulah.. huhu..

Kita sendiri mungkin tak sedar.. sebabnya hidung kita dah lali dengan bau badan sendiri.. so, cara yg terbaik ialah cuba
tanya sahabat baik kita.. minta dia cakap terus terang sejujur-jujurnya seikhlas hati setulus suci.. Err.. you.. badan kiter ni kekadang bila peluh ada bau pelik ker?  Kalau agak segan atau malu kucing tuh.. cuba telefon mak bapak kat kampung.. tanya diaorang.. lagi puas hati.. hehe..

Okey.. kalaupun ada sesiapa yg ada masalah badan berbau nie, jangan gusar.. ada petua untuk menghilangkan bau badan nie.. Petua nie elok dicuba, siapa tahu mungkin mujarab kesannya.. so, tak yah lah kita membazir duit beli minyak wangi sebulan sekali.. hehe..

3 Petua Hilangkan Bau Badan

Petua 1:  Boleh gunakan daun sirih.  Daun sirih nie dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.

Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.  Biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk minum air rendaman tuh. Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.. Kalau rasa macam tak berapa lalu nak minum air rendaman tuh, boleh lah tambah sikit gula.

Petua 2:  Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan. Caranya pun simple gak.  Potong timun kepada beberapa kepingan kecil.  Semasa mandi, gosokkan kepingan timun tuh pada seluruh badan. Setelah itu barulah dibilas bersih.

Petua 3:  Kalau tak selera nak minum air sirih, boleh guna bunga cengkih. Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang.  Kemudian minum air rendaman tersebut. Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Tips Hilangkan Bau Badan. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Untuk Merawat/Mencegah Pelbagai Penyakit !