Featured Post

Petua Ubati Sakit Tekak

    Petua Ubati Sakit Tekak .Pernah tak korang alami masalah sakit tekak sehinggakan nak bercakap pun suara tak keluar? Bukan suara serak-serak basah tau.. ini kes suara memang tak keluar langsung..huhu… Apa yang che petua tau kes sakit tekak nie boleh terjadi sebab cuaca panas sangat...

Read More

Petua Atasi Masalah Perut Tak Selesa

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Masalah Perut Tak Selesa | Posted on 31-12-2014

0

Punca ketidakselesaan perut nie sebenarnya ada bermacam-macam. Ia boleh terjadi disebabkan batu hempedu, radang selaput dalaman, radang selaput di perut dan pelbagai lagi faktor dalaman, yang kalau ada sesapa yang kerap merasakan rasa pedih-pedih kat dalam perut, eloknya pergi jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.

Ada pun punca-punca lain yang buat perut berasa tak selesa termasuk juga sebab makan benda-benda pelik yang tak boleh diterima oleh perut ataupun satu lagi disebabkan oleh sebab tak makan langsung atau lambat sangat makan yang akhirnya menyebabkan perut tu masuk angin.

Di sini che petua kongsikan pula beberapa petua yang orang tua-tua amalkan kalau menghadapi masalah ketidakselesaan perut. Hmm… kalau rasa susah nak buat ikut cara tradisional nie, minum Eno pun selalunya berkesan juga…

Petua Atasi Ketidakselesaan Perut

1.   Ambil buah nenas tua. Parut dan perah airnya. Senang cakap, blend buah tu buat jus nenas. Minum airnya 2 kali sehari.

2.   Sediakan buah mempelam @ mangga. Buang kulit dan parut isinya. Campurkan 3 sudu air masak dan tambahkan sedikit garam kepada mangga yang telah diparut tu, kendian kacau. Perah airnya dan tapis hampasnya. Minum air ramuan nie 2 kali sehari dengan dos lebih kurang dua sudu besar sekali minum.

3.   Sediakan 15 gram halia, 5 butir bunga cengkih, 10 gram temu hitam dan 10 gram jeruk kulit limau mandarin. Bersihkan kesemua bahan tu dan rebus dalam 500ml air hingga tinggal 200ml. Biarkan sejuk dan kendian tapis air rebusan tersebut. Minum 2 kali sehari.

4.   Sediakan 5 biji buah duku. Salai hingga menjadi hitam kemudian tumbuk sampai jadi serbuk. Lepas tu bancuh serbuk tu dalam secawan air panas. Minum 2 kali sehari ketika masih panas airnya sehingga rasa memulas dan tak selesa tu hilang.

5.   Bancuh kopi O tanpa gula dalam segelas air panas dan biarkan ia sejuk dengan sendiri. Minum 2 kali sehari.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Atasi Masalah Perut Tak Selesa. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Masalah Perut Tak Selesa !

Petua Penyakit Lelah

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Penyakit Lelah | Posted on 30-12-2014

0

Dulu-dulu orang sebut penyakit semput tapi sekarang nie ia lebih dikenali sebagai penyakit asma @ asthma.

Tak kiralah apa istilah, gelaran atau ejaan yang digunakan yang pastinya penyakit nie berkaitan ngan saluran pernafasan dan membuatkan penghidapnya mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.

Statistik tentang penyakit asma atau lelah

  • Dianggarkan bahawa lebih kurang 80% kanak- kanak dan 50% orang dewasa menghidapi penyakit ini.
  • 80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau penyakit lelah tu hilang terus bila umur mereka 5 tahun.
  • Namun ada juga kanak-kanak terutama yang menghidap asma tahap sederhana yang hanya sembuh apabila usia mencecah lingkungan 12 -13 tahun.
  • Sebilangan 50 – 60% akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun.
  • 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya segelintir daripada jumlah ini yang akan sembuh sepenuhnya.

Penyakit lelah lazimnya tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Ada jugak yang kata asma atau lelah nie bukannya satu penyakit… tetapi lebih kepada alahan atau allergy kepada sesuatu.  Justeru, selain makan ubat yang diberikan doktor, orang yang kena penyakit lelah perlu menjaga banyak pantang-larang supaya penyakit tu tak mudah menyerang… huhu…

Antara pantang-larang dan perkara-perkara yang perlu dijaga oleh seseorang pesakit asma termasuklah:

  1. Tak leh lepak terlalu lama di bawah cuaca yang panas.
  2. Cuaca terlalu sejuk pun tak leh gak. Tak leh main hujan dan main salji.
  3. Asap rokok atau apa-apa asap perlu dielakkan sama sekali. Kalau ada pesakit asma yang hisap rokok..hmmm… tak taulah che petua nak cakap camna…huhu…
  4. Tempat-tempat yang berdebu, berjerebu dan berhabuk juga memang sangat-sangat tak sesuai. Karpet yang kat rumah tu kalau dah berhabuk..hmmm.. faham-faham lah kan nak buat apa..
  5. Kalau di rumah ada yang menghidap asma, eloknya jangan dibela peliharaan seperti kucing,anjing, arnab, ayam dan seangkatan dengannya. Bulu pada haiwan-haiwan tu banyak bendasing yang kita tak nampak. Tentunya banyak hama.
  6. Selain itu ada juga orang tua-tua pesan supaya elak makan durian dan  sardin. Buah-buah yang sejuk seperti rambutan, timun dan betik pun katanya tak elok juga…
  7. Waktu malam elok jangan guna ‘air-cond’ atau kalau terpaksa pakai kipas angin jarakkan ia dan pastikan ia berpusing… jangan statik jer kipas tu. Waktu tidur eloknya pakai stokin supaya badan tak mudah kesejukan.

Petua Merawat Asma

Hati Unta

Cuba dapatkan hati unta yang telah dikeringkan. Hati unta tersebut dipotong nipis-nipis dan kemudian digoreng tanpa minyak hingga menjadi arang.

Selepas itu tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Setiap malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk tu dalam segelas air yang mendidih. Biarkan ia sejuk atau suam dengan sendiri sebelum ditapi dan diminum airnya. Cuba amalkan setiap  malam sehingga merasa kesannya.

Madu Asli

Satu cara untuk menyembuhkan penyakit lelah ialah dengan mengamalkan minum madu asli. Minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil dosnya perlu kurang sikit iaitu setengah atau satu sudu teh pun dah mencukupi.

Daun Ati-Ati

Petua Penyakit Lelah. Dulu-dulu kalau ada anggota keluarga yang menghidap lelah, orang tua kita akan cari daun ati-ati. Daun ati-ati warnanya  ungu macam daun keladi tetapi saiznya lebih kecil. Rasanya juga lembut semacam baldu.

M.Onya ambil sehelai daun ati-ati setiap malam sebelum tidur. Basuhkan ia dan ketika masih lembab tu sapukan ke dada. Gosok sehingga ia kering kat dada. Sebaik-baiknya baca surah Al-Fatihah semasa menggosok, mohon pada Allah agar kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah memang mujarab hasilnya.

Bawang Putih

Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis-nipis. Lepas tu rebus hirisan bawang putih itu dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh.  Biarkan ia sejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan minum setiap pagi selama 10 hari. Cuba lihat hasilnya.

Jika lelah atau penyakit semput tu menyerang, cuba ikhtiarkan kaedah tradisional yang turut menggunakan bawang putih nie.

Ambil dua ulas bawang putih dan tumbuk hingga hancur. Setelah itu campurkan bawang tadi dengan tiga sudu minyak kelapa dara.

Sapukan campuran tu pada leher, dada dan belakang pesakit. InsyaAllah, dalam masa 10 mini, penyakit lelah yang menyerang akan beransur reda.

Bawang Merah

Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.

Bunga Kenanga

Ambil tiga kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Setelah itu buang bahagian kuntum bunga kenanga itu terlebih dahulu dan minum airnya. Amalkan dua tiga kali dalam seminggu.

Daun Sirih

Rebus daun sirih bersama gula batu hingga pekat. Biarkan ia suam sedikit dan minum rebusan tersebut ketika ia masih suam.

Bagi meredakan kesakitan ketika serangan asma, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.

Daun Pegaga

Ulam pegaga juga boleh dijadikan penawar asma. Keringkan daun pegaga. Setelah itu rebus dan minum airnya ketika suam.

Susu Kambing

Perah susu kambing, tapis dan kemudian minum mentah setiap pagi.  Dikatakan amalan minum susu kambing mentah setiap pagi boleh menyembuhkan penyakit lelah.

Bunga Kecubung

Ambil beberapa tangkai bunga kecubung. Jemurkan sehingga kering di bawah pancaran matahari. Lepas tu, gulungkan atau bentukkan bunga kecubung yang dah dikeringkan tu seperti gulungan rokok daun. Pasangkan api dan hisap seperti menghisap rokok tembakau.  Ini satu lagi petua lama yang dikatakan mujarab untuk merawat asma jika rajin diamalkan.

Untitledjj

Berikut adalah Info Mengenai Petua Penyakit Lelah. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Lelah !

Petua Tradisional- Penyakit Batu Karang

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Batu Karang | Posted on 29-12-2014

0

Kelompok usia yang sering mengalami masalah ini adalah antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berlaku pada usia di bawah 20 dan melebihi 40 tahun. Walau bagaimanapun kes sebegini adalah jarang.

Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Ini menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

Selain itu, faktor geografi iaitu negara Asia termasuk Malaysia yang ramai pesakit batu karang serta bangsa yang mana mereka berkulit cerah lebih mudah menghidapnya berbanding kulit hitam.

Batu karang boleh dilihat melalui sinar X atau melalui kaedah x-ray. Namun batu yang terhasil daripada asid urik mungkin tidak dapat dilihat atau dikesan secara x-ray. Ini kerana ia berlaku pada saluran kencing (saluran ureter) atau saluran buah pinggang.

Tanda-tanda Sakit Batu Karang

1.   Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang.

2.   Kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.

3.   Terasa loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh.

4.   Sukar untuk kencing atau langsung tidak boleh kencing.

5.   Kencing berdarah atau bercampur dengan nanah.

6.   Demam dan mengigil.

7.   Tubuh terasa lemah, muka pucat dan kulit menjadi kering. Adakalanya badan akan bengkak-bengkak terutama pada bahagian muka.

Jenis-jenis Batu Karang

Calcium oxalate – merupakan 80 peratus batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam.

Calcium phospate – 10 peartus batu karang yang terjadi akibta jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.

Asid urik – akibat dari serangan gout.

Cystin atau systine.

Komplikasi

a.   Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.

b.   Jangkitan kuman penanahan dalam buah pinggang boleh menyebabkan terjadinya bisul. Jika tidak dirawat, pesakit aan mendapat ‘septicimea’ yang mana kuman tersebut merbak ke seluruh tubuh dan boleh menyebabkan kematian.

c.   Kesakitan yang datang secara tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.

Tips Mencegah Batu Karang

Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari. Petua Tradisional- Penyakit Batu Karang.

Kurangkan pengambilan daging merah dan makanan laut dan kategori makanan yang mengandungi asid urik yang tinggi.

Kaedah Rawatan

Bergantung kepada saiz, jenis dan kedudukan batu.

Bagi jenis asid urik dan sysstine, kaedah rawatan turut melibatkan cara mengubah pH air kencing sehingga mampu melarutkan batu tersebut.

Kaedah endoskopi atau satu lagi ialah kaedah pembedahan untuk mengeluarkan batu karang.

Bagi kaedah kurang invasif atau tidak membabitkan pembedahan, beberapa cara boleh digunakan mengikut tahap batu karang pesakit seperti gelombang Extracorporial shockwave lithotripsy (ESWL) khusus untuk batu bersaiz kurang dua sentimeter.

Sesetengah batu seperti systine dan calsium oxalat monohydrate adalah sangat keras dan susah untuk dipecahkan menggunakan kaedah ini. Teknik ini juga tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi, masalah saluran darah mengambil ubat pencair darah dan batu yang dijangkiti kuman.

PCNL atau Percutaneous Nephrolithotripsy merawat batu saiz lebih dua sentimeter; retrograde Intrarenal surgery (RIRS) merawat batu kurang satu sentimeter yang mana batu karang itu dipecahkan menggunakan laser.

Faktor Risiko atau Punca-Punca Batu Karang

1.   Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak.

2.   Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing atau bahasa mudahnya saluran kencing mungkin sedikit tersumbat.

3.   Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal.

4.   Risko turut dipengaruhi oleh tahap metabolisme setiap individu.

5.   Nanah dalam organ yang akhirnya mengeras. Nanah mungkin bermula akibat jangkitan kuman semasa kecil.

6.   Kurangnya minum air dikatakan antara faktor utama penyebab sakit batu karang. Namun ada juga yang menyangkalnya.

7.   Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.

8.   Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan (seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari.

9.   Kajian turut menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Tradisional- Penyakit Batu Karang. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Batu Karang !

Gastrik Punca Pedih Ulu Hati

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gastrik | Posted on 28-12-2014

0

Untitledzzzbbbbbbbbbb

Gastrik Punca Pedih Ulu Hati. Ulu hati saya selalu berasa pedih dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Saya tidak pasti sama ada penyakit itu gastrik atau sebaliknya. Kadangkala saya berasa makanan yang saya makan seperti tidak hadam. Jika saya mengalami pedih ulu hati, saya akan muntah. Anehnya, selepas muntah, saya berasa selesa dan pedih ulu hati itu akan berkurangan.Doktor, apakan masalah yang saya hadapi itu?

Jawapan:
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.

Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Gastrik Punca Pedih Ulu Hati. Seperti yang saudara katakan, apabila muntah saudara akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Gastrik Punca Pedih Ulu Hati. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Gastrik !

Jangan Abaikan Tanda Awal Diabetes

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Diabetes | Posted on 27-12-2014

0

Untitledzzzbbbbbbbbb

 

 

JANGAN ABAIKAN TANDA AWAL DIABETES

 
Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya sehinggalah lebih kurang sebulan yang lalu apabila ayahnya, Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun, kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong. 
Ayahnya telah didiagnosis dengan diabetes 15 tahun yang lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat diabetes dengan simptom seperti rasa kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kakinya. Tahukah anda bahawa hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Adakah anda juga mengalami simptom yang sama seperti yang dialami oleh ayah Hana? 
Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf yang biasa ini, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.
Memahami neuropati diabetes
Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: ‘neuro’ yang merujuk kepada saraf dan ‘pati’ iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.
Jangan Abaikan Tanda Awal Diabetes. Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.
Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.
Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain. Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda – tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf. Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.
Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki. 
Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka – seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.
Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Jangan Abaikan Tanda Awal Diabetes. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Diabetes !

Elak Payudara Membengkak

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Payudara | Posted on 26-12-2014

0

Untitledzzzbbbbbbbb

Elak Payudara Membengkak. Soalan:

Apa yang patut saya lakukan jika puting payudara saya leper atau tenggelam? Jadi bayi tidak mahu menyusu. Akibatnya payudara saya membengkak, keras dan menyakitkan. Terdapat juga ketulan kecil, keras dan menyakitkan pada payudara. Apakah punca perkara ini berlaku?

Selain itu, bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu dan memberinya minum susu formula?

- Jasmin, Machang, Kelantan.

Jawapan:

Bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara anda. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.

Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku dua hingga empat hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih berasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun, usah bazirkan susu ini. Anda boleh menyimpannya untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Elak Payudara Membengkak. Puting payudara rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kulat kandida, penggunaan pengepam payudara secara tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor atau dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi di hospital yang berdekatan. Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih.

Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian. Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losyen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

Ketulan kecil pada payudara adalah disebabkan salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut secara perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan daripada menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

Usah risau kerana ketumpahan susu antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payu dara. Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap payu dara untuk merangsang penghasilan susu. Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda akan dapati payudara anda akan mula menghasilkan susu. Doktor anda juga boleh memberi beberapa preskripsi ubat dan mencadangkan makanan untuk merangsang penghasilan susu.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Elak Payudara Membengkak. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Payudara Membengkak !

Sopak Sejenis Penyakit Kulit

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Penyakit Kulit | Posted on 25-12-2014

0

Untitledzzzbbbbbbb

Sopak Sejenis Penyakit Kulit. SOPAK atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen.

‘Kehadirannya’ dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.

Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih.

Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.

Menurut Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Mazlin Mohd. Baseri, kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ini sering berlaku kepada mereka yang berumur di bawah 20-an,

Namun, ia boleh ‘menyerang’ sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau jantina.

Walaupun sopak bukanlah suatu penyakit berjangkit ataupun penyakit yang boleh mengancam nyawa, Dr. Mazlin memberitahu, ia boleh merosakkan kehidupan penghidapnya.

“Penyakit sopak ini walaupun pada dasarnya bukanlah satu penyakit yang berbahaya, tetapi ia mampu memberi kesan negatif kepada psikologi seseorang pesakit

“Sekiranya penyakit ini melibatkan bahagian muka atau mana-mana bahagian yang tidak boleh ditutup, pesakit akan berasa malu dan rendah diri dengan keadaan mereka.

“Tompokan putih di atas kulit juga kelihatan lebih ketara sekiranya pesakit mempunyai kulit yang gelap kerana kontras warna akan menjadi lebih jelas kelihatan.

“Untuk pengetahuan semua, penyakit sopak ini boleh menyerang beberapa kawasan badan secara serentak atau secara berperingkat-peringkat,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai penyakit tersebut, Dr. Mazlin memberitahu ‘kelakuan’ penyakit ini susah diramal kerana sesetengah pesakit mempunyai penyakit yang cepat merebak ke kawasan lain dan ada sesetengah pesakit yang mempunyai penyakit yang stabil, iaitu tompokan sopak tidak berubah menjadi lebih besar atau banyak.

Punca sebenar terjadinya sopak tidak diketahui secara sahih sehingga hari ini, bagaimanapun para doktor dan penyelidik masih terus menjalankan pelbagai kajian untuk mengesan punca atau asal-usul penyakit ini.

Setakat ini apa yang boleh disimpulkan daripada hasil kajian dan penyelidikan ialah faktor genetik didapati memainkan peranan dalam penghasilan penyakit ini.

Sopak Sejenis Penyakit Kulit. Sopak terjadi akibat daripada penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di kulit pesakit menyebabkan kemusnahan melanosit tersebut.

Kemusnahan melanosit akan menjejaskan penghasilan pigmen di kawasan yang terlibat dan menyebabkan kulit tiada pigmen (warna).

Menyentuh tentang rawatan untuk penyakit ini, Dr. Mazlin berkata, rawatan yang sedia ada perlu diteruskan untuk jangka masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun dan pesakit perlu faham akan hakikat ini.

“Rawatan penyakit ini terdapat dalam beberapa bentuk bergantung kepada beberapa faktor. Faktor pesakit termasuklah keluasan permukaan kulit yang terlibat dan jenis sopak itu sendiri sama ada ia jenis stabil (tidak berubah) atau sebaliknya.

“Rawatan first line ialah dengan menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit yang disebabkan oleh antibodi. Ini sekaligus memberi peluang untuk pigmen kembali mewarnai tompokan yang terlibat.

“Rawatan foto terapi iaitu rawatan yang menggunakan pancaran cahaya ultra violetjuga boleh dilakukan di hospital-hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.

“Kini, terdapat juga rawatan laser excimer dan rawatan pembedahan yang melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit itu sendiri.

“Namun, kaedah pemindahan sel atau kulit ini memerlukan kepakaran dan belanja yang tinggi.

“Oleh sebab itu, penggunaan kosmetik untuk menutup bahagian terlibat amat digalakkan, kerana proses untuk tompokan putih kembali ke warna asal akan mengambil masa. Penutupan kawasan putih dengan ‘concealer’ dan ‘sun block” boleh digunakan sementara menunggu pigmen itu kembali kelihatan pada mata kasar , Tompokan sopak perlu dilindungi dari terdedah kepada matahari kerana tanpa pigmen, kulit yang terlibat tiada pelindung dari kerosakan yang boleh disebabkan oleh matahari ” tuturnya lanjut.

Sopak bukanlah panau dan ia juga bukan albino – walaupun pada peringkat awal, penyakit sopak boleh menyerupai beberapa penyakit kulit yang lain. Di akhir wawancara, Dr. Mazlin menasihatkan orang ramai yang ragu-ragu dengan tompokan putih yang ada pada mana-mana bahagian tubuh badan masing-masing agar berjumpa dengan doktor kerana rawatan yang dimulakan pada peringkat awal akan memberikan hasil yang lebih baik.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Sopak Sejenis Penyakit Kulit . KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Kulit !

Risiko Obesiti Semasa Hamil

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Obesiti | Posted on 24-12-2014

0

Untitledzzzbbbbbb

Risiko Obesiti Semasa Hamil. SOALAN: Apakah risikonya saiz badan yang semakin membesar semasa hamil? Apakah risikonya kepada ibu dan bayi? Bolehkah risiko tersebut diubah?

Jawapan

Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu perkara itu supaya boleh berhati-hati.

Risiko

Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Terdapat beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu. Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).

Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.

Kebanyakan masalah dan situasi kesihatan tersebut boleh diuruskan, dan dalam kes-kes tertentu boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah. Kebanyakan wanita bersaiz besar menjalani kehamilan dan melahirkan bayi secara normal.

Idealnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum hamil. Tetapi jika anda sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda.

Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.

Risiko Obesiti Semasa Hamil. Berdiet

Berdiet untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.

Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.

Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk memulakan satu rejim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat kebenaran doktor, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.

Penting juga bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis?

Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Risiko Obesiti Semasa Hamil. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Obesiti Semasa Hamil !

Cara Merawat Penyakit Tiroid

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Tiroid | Posted on 23-12-2014

0

Untitledzzzbbbbb

Cara Merawat Penyakit Tiroid. SAYA pernah mendengar tentang penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita berbanding lelaki. Baru-baru ini kakak ipar saya disahkan menghidap penyakit ini semasa hamil. Dr, apakah yang menyebabkan ibu hamil berisiko menghidap penyakit ini dan apakah rawatannya. Mohon Dr menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

JAWAPAN:

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Cara Merawat Penyakit Tiroid. Penyakit hipotiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

HipertiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di ‘combine clinic’ iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat. Sama-sama juga saya doakan agar kakak ipar anda dan bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Cara Merawat Penyakit Tiroid. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Tiroid !

14 Cara Mengatasi Penyakit Susah Tidur (Insomnia)

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Insomnia | Posted on 22-12-2014

0

Untitledzzzbbbb

 

 

Berikut 14 tips agar anda segera terhindar dari insomnia/susah tidur :

1. Hindari Cahaya Saat Tidur
Cahaya sangat mempengaruhi proses produksi dari hormon melatonin. Cahaya yang terang akan menghambat proses produksinya, dan tidak adanya cahaya akan mendorong proses produksinya.
Tips: Matikan TV, komputer, atau peralatan sumber cahaya lainnya satu jam sebelum tidur. Tutupi dengan kain gelap semua peralatan sumber cahaya yang tidak bisa dimatikan.

2. Hindari Untuk Terus Melihat Ke Arah Jam Anda
Bila Anda terus-terusan melirik ke arah jam saat larut malam, tidur Anda akan tersiksa. Anda akan terus menerus merasa khawatir dengan sisa waktu tidur sebelum hari sibuk Anda yang lain dimulai. Jika Anda salah satu dari orang tersebut, maka Anda harus menempatkan jam di dalam laci, bawah tempat tidur, atau putar ke arah yang bertentangan dengan jarak pandang Anda.

3. Hindari Kafein 9 Jam Sebelum Tidur 15 Tips Cara Mengatasi Insomnia Agar Tidur Cepat
Kopi di pagi hari bagus untuk sebagian orang. Namun saat menjelang waktu tidur, Anda perlu menghindari untuk mengonsumsi makanan dan minuman yang mengandung kafein. Kurangi juga dalam mengonsumsi coklat, cola, teh ataupun kopi tanpa kafein sekalipun.
Tips: pain killers dan juga pil penurun badan juga mengandung kafein, jadi Anda juga harus menghindarinya.

4. Atur Jadwal Tidur
Aturlah agar jadwal pergi dan bangun tidur Anda sama di setiap harinya, termasuk juga akhir pekan. Rutinitas ini akan membuat tubuh dan otak Anda tetap pada siklus bangun dan pergi tidur yang sehat. Pada waktunya, Anda akan dapat jatuh tertidur dengan nyenyak sepanjang malam.
Tips: Dapatkan cahaya yang terang selama 5 sampai 30 menit segera mungkin setelah Anda bangun tidur. Cahaya adalah regulator terkuat untuk membangunkan Anda dari tidur.

5. Olahraga Teratur
Olahraga teratur telah terbukti dapat meningkatkan kualitas tidur, selama Anda melakukannya tidak terlalu dekat dengan waktu tidur. Energo yang Anda dapatkan setelah olahraga dapat membuat Anda tetap terjaga. Beri jarak antara Anda selesai berolahraga dengan waktu tidur antara 3-4 jam.
Tips: olahraga atau latihan ringan seperti yoga, tai chi, dan latihan-latihan serupa boleh dilakukan sebelum tidur.

6. Menetralisir Suara
Tetesan keran, anjing menggonggong, suara kendaraan akan menghilangkan sebagian besar waktu tidur Anda.
Tips: Lawanlah suara tersebut dengan suara yang lebih teratur dan tenang, seperti suara fan, AC, atau suara menenangkan lainnya. Anda juga bisa menggunakan sumbat telinga (ear plugs) untuk mengatasinya.

7. Jangan Merokok
Nikotin juga merupakan sebuah stimulan, sama halnya dengan kafein. Nikotin akan membuat Anda semakin terjaga dan dapat memperburuk insomnia.
Tips: Untuk mempermudah rencana berhenti merokok Anda, Anda akan tidur sedikit lebih baik jika Anda merokok lebih sedikit dari biasanya dan telah berhenti melakukannya selama paling tidak empat jam sebelum Anda pergi tidur.  Cara Mengatasi Penyakit Susah Tidur (Insomnia).

8. Jauhkan Binatang Peliharaan Anda dari Tempat Tidur
Gerakan anjing dan kucing peliharaan Anda akan mencegah Anda mendapat tidur nyenyak seperti yang diinginkan. Mereka juga dapat membawa kutu, debu, bulu, dan pemicu alergi lainnya ke tempat tidur Anda.
Tips: Konsultasikan kepada dokter hewan ataupun kepada pelatih binatang, bagaimana cara membuat peliharaan Anda tetap senang dan mau tidur di tempatnya sendiri.

9. Relaksasikan Pikiran Anda Sebelum Tidur
Redakan emosi dan juga pikiran Anda sekitar satu jam sebelum tidur. Bacalah sesuatu yang ringan, mendengarkan musik, atau mandi air hangat untuk menenangkan pikiran Anda.
Tips: Ritual ini juga dapat dilakukan 10 menit sebelum tidur ketika waktu tidur Anda semakin sempit.

10. Gunakan Bantal Untuk Meringankan Nyeri Punggung
Nyeri punggung ringan mungkin tidak akan membangunkan tidur, tetapi akan sangat mengganggu tidur nyenyak Anda. Solusi yang mudah adalah dengan meletakkan sebuah bantal kecil di antara kedua kaki Anda saat tidur menyamping, gunanya untuk menyejajarkan pinggul dan mengurangi nyeri di bagian punggung.
Tips: Saat tidur telentang, letakkan bantal kecil di bawah kedua lutut Anda untuk mengurangi nyeri punggung saat malam hari.

11. Tempatkan Leher di Posisi yang Netral
Jika Anda bangun tidur dengan leher kaku, salahkan bantal Anda. Terkadang Anda menggunakan bantal yang terlalu tebal atau yang terlalu tipis. Bantal Anda harus berukuran tepat untuk mendukung leher Anda dalam posisi netral. Untuk tidur menyamping, hidung Anda harus sejajar denganpusattubuh Anda. Hindari tidur dengan posisi telungkup, karena justru akan melilitkan leher Anda.

12. Bersihkan Tempat Tidur Secara Teratur
Alergi yang dapat menyebabkan bersin-bersin, pilek, ataupun gatal-gatal dapat menyebabkan tidur Anda terganggu, dan hal itu mungkin dikarenakan tempat tidur Anda yang seiring dengan waktu akan dipenuhi dengan debu, kutu dan segala macam penyebab alergi lainnya. Bersihkanlah tempat tidur Anda dalam jangka waktu tertentu secara teratur.

13. Segera Konsultasi ke Dokter 15 Tips Cara Mengatasi Insomnia Agar Tidur Cepat
Ketika tingkat keparahan insomnia Anda masih tergolong rendah, maka Anda masih bisa mengatasinya dengan tips-tips tersebut. Tetapi jika selama sebulan insomnia Anda masih saja tidak kunjung sembuh, sudah saatnya untuk memeriksakan diri Anda dan mengetahui apa yang terjadi pada tubuh Anda. Insomnia bisa jadi hanyalah sebuah gejala terhadap suatu penyakit yang lebih serius. Insomnia yang kronik perlu adanya evaluasi dari dokter setempat.

14. Gunakan Ubat Tidur Sesuai Mengikut Nasihat Doktor
Anda mungkin akan tergoda untuk menggunakan obat tidur ketika rasa kantuk Anda belum juga datang di tengah malam, tapi hati-hatilah dalam menggunakannya. Obat tidur dapat membuat Anda kecanduan dan memiliki efek samping yang mengganggu. Idealnya, obat tidur digunakan dalam jangka waktu yang pendek, bukan untuk menjadi gaya hidup sehari-hari.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai  Cara Mengatasi Penyakit Susah Tidur (Insomnia). KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Insomnia !