Featured Post

Pesakit Gout Perlu Kawal Pemakanan

Pesakit Gout Perlu Kawal Pemakanan !Berikut adalah antara makanan yang boleh membantu mencegah atau mengawal kesakitan disebabkan Gout: 1. Nanas Nanas diketahui mengandungi bromelain, enzim yang mempunyai ciri-ciri anti-radang. Jadi menambahkan nenas di dalam diet harian utk persakit gout ia boleh...

Read More

Mengapa Wanita Sakit Senggugut Ketika Haid

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Senggugut | Posted on 30-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiiiiiiiii

 

 

Mengapa Wanita Sakit Senggugut Ketika Haid.

Orang kata kalau nak tahu rasa sakit bersalin, period pain adalah gambarannya. Kalau betul begitu nak tahan sakit senggugut pun kena tahan nafas..apalagi sakit bersalin. Bulan ni yang paling menyakitkan..nak mengiring sakit belakang, nak terlentang sakit pangkal ari-ari, pendek kata tak senang duduk.. Setiap kali kesakitan pastinya badan jadi udang menahan sakit.. paling selesa ketika dituam….dan paling suka dituam dengan air yang baru lepas dijerang….panas dan selesa..

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit Senggugut (PMS) adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dgn kitaran haid wanita.

Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung, mempunyai sebahagian simptom PMS ini. Simptom sedemikian biasanya boleh di jangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minngu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim.

Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala.

Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti.

Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin. Senggugut merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi dua simptom paling menonjol adalah mudah terganggu dan ketegangan. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut.

Simptom :

1. Murung

2. Perut kembung

3. Kejang perut

4. Payu dara bengkak atau sensitif

5. ketegangan atau bimbang (anxiety)

6. Masalah tidur (insomnia)

7. Sakit sendi atau otot

8. Pening kepala

9. Lesu

10.Jerawat

11.Hayunan perasaan (Mood swings)

12.Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok.

Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea. Dismenorea PrimerPrimary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal.

Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ , disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’.

Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari.

Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon. Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan.

Mengapa Wanita Sakit Senggugut Ketika Haid. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu anda mungkin turut sama mengalaminya. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Sekiranya anda mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan: Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu. Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period. Dua hari pertama haid adalah paling sakit.

Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period. Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki. Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Dismenorea Sekunder Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi. Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Dismenorea Sekunder juga senggugut yang bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit.

Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik. Contoh2 masalah organ Reproduksi adalah : Endometriosis : Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio. Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period.

Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. Ia merupakan sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

Fibroid : Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus. Ketumbuhan pada ruang pelvis termasuklah seperti ovarian cyst atau masalah polip yang boleh menyebabkan sengugut.

Pelvik : Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari. Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks. ‘Intauterine Device’ atau ‘IUD’ : Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu. IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakaiannya.

Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain. Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid. Senggugut juga boleh berlaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim. Selain daripada itu, penyakit usus seperti apendisitis dan juga kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio juga antara punca senggugut jenis ini. Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?Adalah lebih elok sekiranya anda tahu yang anda mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan.

Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila anda semakin tua dan tubuh anda berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, anda tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya anda tidak akan menderita selama-lamanya! Bolehkah dismenorea dicegah?Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat.

Beberapa langkah untuk panduan anda:

1.Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli. 2.Kurangkan garam.

3.Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.

4.Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

5.Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

6.Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

7.Berhenti merokok

8.Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

9.Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Pastikan makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.

10.Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

11.Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri. Jika anda pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas anda mengambil pil penahan sakit. Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan. Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu. Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Mengapa Wanita Sakit Senggugut Ketika Haid. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Untuk Merawat Masalah Senggugut !

Penyakit Masalah Usus

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Masalah Usus | Posted on 29-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiiiiiiii

 

 

Penyakit Masalah Usus. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.

Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.

Tanda-tanda kanser usus

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

* Najis bercampur dengan darah.

* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

* Perut rasa memulas.

* Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

* Muntah.

* Hilang selera makan.

* Berat badan turun tanpa sebab.

* Kerap penat.

* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Faktor risiko kanser usus

Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

* Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.

Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

* Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

* Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

* Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.

* Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus. Penyakit Masalah Usus.

* Kurang bersenam.

Saringan dan pengesanan

Diagnosis kanser boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya dianggap ‘pembawa maut’, ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala disahkan menghidap penyakit ini.

Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser.

Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, iaitu antara 85 hingga 95 peratus, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua.

Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat).

Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat.

Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda antara 26 hingga 29 bulan.

Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan. Itu pendapat orang sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

Menyedari ramai pesakit tidak mampu membayar kos rawatan kanser yang mahal, Dr Christina memulakan program saringan sejak dua tahun lalu dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

“Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.

“Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya. Apa yang penting ialah datang ke hospital menjalani ujian saringan atau menyertai program Empowered! bagi yang berkelayakan,” kata perunding onkologi itu.

Apa yang pasukan sukarelawan Empowered! lakukan? Mereka akan mengagihkan risalah ke setiap rumah untuk memberitahu mengenai kanser usus. Selain itu di kawasan terpilih, sukarelawan ini akan menampal poster dan kain rentang mengajak penduduk menyertai program saringan berkenaan.

Sasaran Empowered! ialah golongan berpendapatan rendah yang kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai kanser usus, serta tidak mempunyai masa menjalani saringan kesihatan mahu pun menyertai ceramah kesihatan. Ini kerana setiap kes kanser usus menunjukkan peningkatan dengan purata 3,500 kes setahun dan program ini menjadi lebih penting kerana Malaysia kini menuju ke arah masyarakat berumur-yang bermakna setiap orang berisiko mendapat kanser usus.

“Program ini sangat berkesan dan bermanfaat. Tahun lalu, kami mendapat 600 penyertaan, lebih tinggi berbanding tahun pertama program ini diperkenalkan. Setiap peserta akan diberikan penerangan mengenai kanser usus dan kit untuk mengambil sampel najis masing-masing. Peserta akan diajar bagaimana cara mengambil sampel najis mereka dan kit ini akan dipungut oleh sukarelawan yang datang ke rumah peserta sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisis.

“Empowered! bukan saja menyediakan buku panduan malah ada perkhidmatan bas untuk membawa penduduk mendengar ceramah dan penerangan mengenai kanser usus. Saya rasa susah payah sukarelawan yang bersengkang mata melaksanakan program kemasyarakatan ini termasuk bermesyuarat, mengorbankan cuti hujung minggu dan mengetuk 20,000 pintu rumah penduduk adalah sangat berbaloi, apatah lagi apabila melihat penduduk mula sedar dan faham mengenai penyakit,” katanya. Penduduk yang menyertai program ini bukan saja mendapat saringan awal kanser usus percuma tetapi turut diberikan sekampit beras!

Namun cabaran sebenar dihadapi 240 sukarelawan yang terdiri daripada pakar pemakanan, pakar fisioterapi, kaunselor, pelajar perubatan dan rakan yang menemani peserta ke hospital ialah apabila peserta disahkan menghidap kanser. Dalam keadaan ini mereka (peserta) sangat memerlukan sokongan daripada keluarga, rakan dan anggota kesihatan supaya mereka tabah serta segera menjalani rawatan. Inilah sebabnya ada sukarelawan yang dikhususkan bertugas menemani pesakit ke hospital.

Biasanya apabila ada acara kesihatan, rata-rata pesertanya adalah wanita tetapi berbeza dengan Empowered! kerana 60 peratus peserta terdiri daripada lelaki. Ini dianggap satu perkembangan yang memberangsangkan kerana semakin ramai ketua keluarga mulai sedar kepentingan menjaga kesihatan. Bahkan pasukan sukarelawan menggalakkan seisi keluarga untuk menyertai program yang diadakan di tempat mereka.

Berdasarkan pemeriksaan makmal untuk saringan tahun pertama didapati dua peratus peserta mempunyai keputusan tidak normal iaitu najis mereka mengandungi darah. Peserta ini kemudiannya dihubungi untuk menjalani ujian susulan bagi memastikan sama ada kandungan darah dalam najis mereka disebabkan kanser atau masalah kesihatan lain dan diberikan rawatan sewajarnya.

Pakar kesihatan menganggarkan 70 peratus kes kanser usus boleh dicegah melalui perubahan tabiat pemakanan dan bersenam. Malah, melakukan aktiviti yang kurang menggunakan tenaga selama dua jam seperti membersihkan rumah juga didapati boleh memberi banyak perubahan kepada kesihatan seseorang.

Melalui program yang sama, penduduk diajar cara untuk mengurangkan risiko mendapat kanser iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti:

* Mengambil pemakanan seimbang

* Mengekalkan berat badan normal

* Meningkatkan aktiviti fizikal

* Melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Penyakit Masalah Usus. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO VELOCITY Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Masalah Usus !

Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Jangkitan Kuman | Posted on 28-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiiiiiii

 

 

Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru. Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

  • Pernafasan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Bibir menjadi biru.
  • Batuk berdarah.
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:

  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).
  • Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
  • Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Merawat/Mencegah Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru !

Punca Darah Kotor Dalam Badan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Darah Kotor | Posted on 27-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiiiiii

Punca Darah Kotor Dalam Badan.

Kenapa darah kita jadi kotor?

Kejadian darah kotor, pekat atau bertoksid memang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Perkara begini sudah menjadi lumrah dan sentiasa bermain dalam pemikiran serta seringkali menjadi topik perbualan harian kita. Apakah kita redha darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid? Jawabnya tentu sekali kita tidak redha dan timbul rasa takut atau cemas. Mengikut kelazimannya bila darah kita sudah tidak normal lagi maka berbagai-bagai penyakit akan menyerang kita. Kenapa darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid?

 

Punca yang biasa kita ketahui:

  Pemakanan tidak seimbang, berkolestrol tinggi, terlampau manis, masin atau masam selalunya akan mengganggu sistem pencernaan badan kita. Bahan-bahan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan kita bila ianya tidak dinyahkeluarkan dengan sempurna. Kebanyakan makanan pula mengandungi pengawet, penaik, perisa tambahan, perasa dan pewarna tiruan akan larut dalam darah sebagai toksid yang akan menyebabkan darah menjadi pekat dan kita istilahkan ianya sebagai “Darah Kotor”.

 

Punca lain yang sangat bahaya:

  Kini terdapat berbagai-bagai jenis ubatan moden yang berada dipasaran yang diproses berasaskan dadah. Ianya sangat popular sebab ianya cepat bertindak, mudah didapati dan kebanyakannya lulus untuk dijual. Samada kita sedar atau tidak sedar ianya jadi terpaksa dan sangat digemari dalam masyarakat moden harini. Sejenis dadah yang dipanggil Steroid adalah menjadi pilihan utama dalam ubatan moden kerana ianya sangat berkesan dalam mengaktifkan sesuatu unsur (bahan-bahan kandungan ubat moden). Steroid sangat merbahaya sekiranya ia terlalu banyak dan lama berada dalam badan kitam dipercayai boleh mereputkan tulang.

 

Kebanyakan dadah atau bahan kimia proses yang digunakan dalam ubatan tadi akan mewujudkan ketagihan dan membuatkan kita terlalu bergantung padanya. Amalan yang berterusan akan menyebabkan darah kita menjadi pekat dan kotor, seterusnya akan mengakibatkan berbagai penyakit sampingan yang sangat bahaya terutama barah yang sangat popular sekarang ni……………….

 

Dadah menjadi perangsang minda, mehilangkan rasa sakit juga alat penenang ketika kita sedang dilanda kesakitan. Dikala itu kita akan jadi khayal dan kemungkinan besar kita akan lupa diri, lupa juga pada Yang Maha Berkuasa, nauzubillah-himinzalikh.

 

Darah yang kotor akan menghalang zikrullah mengalir dalam darah kita menyebabkan kita jadi alpa kepada Yang Maha Pencipta. Tidak hairanlah kalau disaat-saat akhir kehidupan, terutama yang terlantar di wad, kita dapati ada diantaranya akan jadi malas untuk solat, zikrullah dan hilang kepergantungan kita kepada Yang Maha Esa.

 

Kenapa kita perlu bersihkan darah?

  Apa jua yang terlarut dalam darah kita selain dari apa yang sepatutnya mengikut keperluan sebenar badan kita haruslah dikeluarkan dengan kadar segera. Banyak pendekatan yang boleh kita ambil samada buat senaman, riadah atau makan penawar dibawah.

 

Segala usaha adalah menjadi wajib kerana menjadi tanggung-jawab kita menjaga amanah yang diberikan kepada kita untuk menjaga badan kita yang dipinjamkan ini. Jangan biarkan sampai sesiapa jua merosakkannya dengan membuang sebahagian daripada komponannya sesuka hati. Satu masa kita akan pulangkannya kepada yang berhak. Sampai hatikah kita kembalikan barang yang dipinjamkan kepada kita dalam keadaan rosak atau tidak normal lagi?

 

Darah yang bersih akan dapat melahirkan badan yang sihat, organ yang cergas, minda yang sempurna, jiwa yang tenang, hati yang baik dan akan mengalir zikrullah bersama oksigen disegenap urat saraf kita sehingga ke saraf paling halus sekalipun, insya-Allah.

 

Kepentingan darah bersih kepada organ dan sistem badan

 

Punca Darah Kotor Dalam Badan. Darah yang bersih akan dipam berulang-alik masuk dan keluar kepada setiap organ badan, segaligus mempengaruhi sistem badan, sistem imun, antibodi, sistem saraf, hormon dan sebagaiya. Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik kita sangat-sangat memerlukan darah yang bersih dengan kandungan oksijan dan zat yang diperlukan secukupnya serta mempunyai kadar kecairan yang sesuai.

 

Darah yang pekat dan kotor akan menjejaskan semua sistem, sekaligus akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang berkait dengan darah, saraf, organ dan lain-lain.

 

Apakah penyakit yang senang dan selalu dihidapi oleh mereka yang mengandungi darah kotor?Antaranya adalah:

 

Senarai dibawah adalah diambil secara rawak, sebenarnya masih banyak lagi penyakit-penyakit yang disebabkan darah kotor:

 

a) Jangkitan kuman dalam darah

b) Darah tinggi

c) Kencing manis / diabetis.

d) Kegemukan

e) Gatal / berkudis

f) Sakit / lenguh-lenguh urat-saraf

g) Mudah letih

h) Stress

i) Penyakit kulit seperti kurap, panau atau badam

j) Sakit jantung

k) Komplikasi hati

l) Buah pinggang

m) Buasir

n) Batu karang

o) Hapetitis B

p) Senggugut

q) Strok

r) Uluran / medu

s) Hulu hati

t) Radang paru-paru

u) Ulser

v) Barah

w) Kegemukan

 

Bagaimana berbagai-bagai penyakit tersebut boleh sembuh?

Apabila kita mengalami masalah kesihatan atau sedang sakit biasanya kita akan segera berusaha untuk sembuh, samada makan ubat atau berpantang. Biasanya bagi kita orang Islam pasti tidak lupa berdoa dan bertawakkal. Sebagai tip bagi tujuan memulihkan kesihatan kita saya kongsikan dengan saudara satu rahsia.

 

Bila berlaku sedikit kecuaian samada oleh tangan kita sendiri atau oleh orang lain maka kita akan jadi mangsa dan terperangkap dalam masalah kesihatan. Kenapa kita jadi tidak sihat? Sebahagian besarnya berpunca dari darah kotor. Nabi Muhammad saw pernah bersabda ” Segala penyakit berpunca dari perut”membawa maksud apajua yang kita makan atau minum akan masuk kedalam perut dan menghasilkan darah. Makanan yang bercampur berbagai-bagai bahan luaran menjadi punca utama darah jadi kotor, sekaligus mengganggu kestabilan sistem badan dan organ.

 

Bagaimana?

  Sebagai pemilik tubuh yang dikurniakan Illahi dengan sebaik-baik kejadian, lengkap dengan segala sistem dan mampu melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak diberikan kepada makhluk lain dimuka bumi ini kita wajib bersyukur dan perlu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Tubuh kita adalah amanah Allah swt dan kita diberi hak untuk melindungi dan menjaganya semampu kita.

 

Jadi, untuk kita jadi sihat atau kekal sihat kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan badan kita luar dan dalam. Bagi membersihkan dalaman badan kita, kita perlu makan ubat atau penawar, itu adalah tugas atau tanggung-jawab kita.  Darah yang bersih akan melancarkan sistem badan, sekaligus akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, insya-Allah.

 

Apabila kita memohon dari Allah swt untuk mengembalikan kesihatan kita maka terlebih dahulu kita perlulah bersihkan dalaman badan kita dulu sebagai tanda melaksanakan amanah kita kepadaNya. Apabila dalaman kita bersih, bebas dari kandungan toksid, dadah, kimia atau apajua samada berpunca dari bahan pengawek makanan atau ubat-ubatan moden akan menghasilkan satu situasi kyusuk dan rasa manis bila berdoa, solat, wirid atau apa-apa amalan soleh. Dikala inilah doa kita mudah dimakbulkan, insya-Allah.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Punca Darah Kotor Dalam Badan. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Merawat/Mencegah Darah Kotor !

Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kesan Merokok | Posted on 26-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiiiii

Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Pengenalan rokok

Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada ujung yang lain.

Bahaya kandungan rokok

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak

Kesan merokok

  • Dari segi kesihatan

Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

  • Dari segi alam sekitar

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

  • Dari segi sosial

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa mereka.

  • Dari segi ekonomi

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Tubuh Badan. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris BIO VELOCITY Untuk Mencegah/Mengurangkan Keinginan Merokok !

Punca Terjadinya Paru-Paru Berair

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Paru-Paru Berair | Posted on 25-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiiii

 

 

Punca Terjadinya Paru-Paru Berair

Soalan

Selama ini ana ingin sangat tahu kaitan mandi malam dan paru2 berair…ye..banyak doc kata tak ada kaitan…semua itu infection belaka…tak pernahpuas hati dengan jawapan tuh..ada kajian yang menyatakan ada…disebabkan kondensasi di dalam alveoli…betul ke?? petua org tua mungkin ada betulnya…

Mukmin

Jawapan

Waalaikumussalam.Terima kasih kepada saudara Mukmin. Ya.Ramai antara masyarakat kita percaya bahawa jika seseorang itu kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair. Sebenarnya, itu tidak benar sama sekali! Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair.Proses kondensasi yang disebutkan saudara tidak berlaku sama sekali di dalam badan manusia kerana terdapat system imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.

 Bagaimana system imuniti badan bertindak?

Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan dengan melalui proses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang,menyebabkan cecair dalam salur darah  akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu . Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera . Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang! Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia . Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura,ianya disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.

Apa itu exudate?              

Exudate merupakan cecair yang kaya dengan elemen seperti protein dan sel-sel dari salur darah, yang keluar ke bahagian luar salur darah (dalam ke sini, dibahagian alveoli) akibat proses inflamasi. Akibatnya, elemen ini akan terkumpul di dalam alveoli dan lama kelamaan akan menyebabkan jangkitan pada peparu, dikenali sebagai PNEUMONIA.

Apa kaitan antara pneumonia dan paru-paru berair?

Pneumonia bermaksud inflamasi peparu disebabkan oleh bakteria iaitu   alveoli terisi nanah supaya udara diasingkan dan peparu menjadi pejal(consolidation)( 1 )

Patologi atau proses berlakunya pneumonia ini telah diterangkan dengan lanjut sebelum ini . Paru-paru berair atau efusi pleura ( pleural effusion) merupakan salah satu komplikasi pneumonia . Ini disebabkan nanah/exudate dari peparu keluar ke ruang pleura (selaput yang melekat pada peparu dan dinding dada),dan cecair tadi memenuhi ruang tersebut .

Apa itu paru-paru berair/ pleural effusion?

Paru-paru berair terjadi apabila banyaknya cecair berkumpul di kawasan pleura ; selaput nipis yang melitupi kawasan peparu dan ruang dada (chest cavity).Pleura berfungsi sebagai lubrication dan memudahkan proses pernafasan . Sebenarnya,dalam keadaan normal ,terdapat sedikit sahaja cecair di dalam kawasan pleura untuk melancarkan(lubricate) proses pernafasan.

Terdapat kekeliruan sebenarnya dalam mendifinasikan paru-paru berair. Ada yang mengatakan paru-peru berair lebih sesuai dipanggil pneumonia dan ada yang mengatakan ianya sesuai dipanggil sebagai pleural effusion.  Hasil perbincangan dengan panel yang lain,juga dengan doktor-doktor di Malaysia,juga kajian berterusan melalui sumber website yang dipercayai,maka paru-paru berair lebih sesuai dikenali sebagai pleural effusion. Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’.

Cuba rujuk definisi pleural effusion yang sebenar.

Pleural effusion occurs when too much fluid collects in the pleural space (the space between the two layers of the pleura). It is commonly known as “water on the lungs.” Punca Terjadinya Paru-Paru Berair!

Terdapat dua jenis cecair yang berkumpul di ruang pleura,dikenali sebagai transudate dan exudate

Lihat perbezaan di bawah.

Transudate Exudate
Berwarna lebih jernih dan cair Mempunyai kandungan protein yang tinggi,cecair yang pekat,mempunyai spesifik gravity yang tinggi
Punca –punca terjadinya ‘transudate’ pleural effusion:

  • kegagalan jantung
  • Pulmonary embolism
  • Post open heart surgery
Punca-punca ‘exudative’ pleural effusion:

  • Pneumonia
  • Kanser
  • Pulmonary embolism
  • sakit buah pinggang
  • penyakit inflamasi

Apakah symptom yang dapat dilihat pada pesakit yang mengalami pleural effusion?

-          SESAK NAFAS- disebabkan ruang pleura dipenuhi dengan cecair,pesakit akan mengalami sesak nafas

-          Sakit dada(disebabkan pleuritic pain)

-          Batuk tanpa kahak

-          Tanpa sebarang symptom- biasanya berlaku pada pesakit TB, pesakit yang baru menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan pesakit yang mengalami kanser.

Bagaimana cara merawat pleural effusion?

Rawatan utama untuk efusi pleura ialah merawat punca utama penyebab penyakit ini berlaku,seperti merawat pneumonia dengan antibiotic, merawat kegagalan jantung dengan rawatan tertentu dan sebagainya. Tetapi,jika punca utama penyebab penyakit ini tidak dapat dikenalpasti,maka doktor biasanya akan melakukan prosedur dinamakan ‘thoracentesis’ iaitu mengeluarkan cecair dalam pleura(fluid drainage)

 Kesimpulan

Setakat ini ,tiada lagi kajian yang mampu membuktikan bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan . Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi pada waktu malam sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stress setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.

Untitledjj

Berikut Adalah Punca Terjadinya Paru-Paru Berair. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Merawat/Mencegah Penyakit Paru-Paru Berair !

Pengesahan Awal Kanser Payudara

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kanser Payudara | Posted on 24-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiiii

Pengesahan Awal Kanser Payudara. Sejauh manakah keintiman anda dengan mahkota kewanitaan anda, payudara? Andai ditanya bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara (BSE – breast self examination), agaknya, apakah jawapan anda? Lupa kerana sudah lama tidak melakukannya atau sememangnya anda tidak pernah ambil peduli?

Kajian mendapati, 2 daripada 3 wanita Malaysia tidak melakukan BSE walaupun menyedari kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita. Antara alasan popular yang seringkali disuarakan adalah kurang yakin, tidak tahu apa perlu dicari, takut menemui sesuatu tidak normal dan tidak kurang juga yang kurang selesa menyentuh payudara sendiri.

Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian menghidap kanser payudara. Ia paling biasa menyerang kaum Cina (1:14 wanita) diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24). Sekalipun nisbah wanita Melayu yang paling kecil, ironinya, sering kali mereka adalah yang paling lambat didiagnosis. Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telahpun melewati tahap 3 atau 4, di mana tidak banyak boleh dilakukan. Semakin lewat kanser dikesan, semakin tipis peluang pesakit untuk sembuh.

Pengesanan Awal

Sebaik mencapai usia 20 tahun, setiap wanita terdedah dengan musuh utama ini. Anak gadis yang mencecah usia berkenaan amat digalakkan memulakan BSE setiap bulan terutamanya bagi yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara. Risikonya juga semakin meningkat dengan peningkatan usia. Malah, kadar kejadian dikatakan terus meningkat dengan mendadak dari tahun ke tahun akibat gaya hidup moden.

Punca khusus kanser ini masih samar tetapi beberapa kaitan genetik dan persekitaran telah dikenalpasti. Memandangkan tiada penawar dan rawatan sedia ada belum berkesan 100%, yang ada cuma kata-kata keramat ‘pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa’.

Berbanding kanser-kanser lain, kanser payudara adalah antara yang paling mudah dikesan. Sekalipun pemeriksaan payudara klinikal dan mamografi diiktiraf sebagai standard emas dalam penyaringan kanser payudara, BSE kekal sebagai langkah perlindungan utama dalam regim pencegahan kanser payudara.

Pakar perubatan turut mengakui kebanyakan kes kanser payudara mula dikesan pesakit sendiri atau pasangan mereka melalui BSE rutin di rumah. Menurut Persatuan Kanser Amerika, pesakit mempunyai 95% kebarangkalian hidup 5 tahun akan datang sekiranya kanser payudara berjaya dikesan awal dan masih berada di sekitar payudara. Pengesahan Awal Kanser Payudara!

Pentingnya BSE

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah tentang konsep kesedaran payudara iaitu bagaimana untuk menjadi akrab dan mesra dengan keadaan serta kesihatan payudara sendiri. BSE memberikan sumbangan besar dalam membantu wanita menjalinkan hubungan rapat ini supaya mereka mengenali rupa bentuk dan rasa payudara apabila disentuh. Permulaan BSE sendiri setiap bulan pada peringkat awalnya bukan hanya bertujuan mencari ketulan tetapi lebih utama untuk mengenal bentuk, saiz serta tekstur normalnya.

Mengetahui apa yang normal (dan tidak normal) pada payudara anda umpama menekan suis antara kematian dan kehidupan. Jika anda kenal dan arif dengannya, bukan satu masalah bagi anda untuk mengesan sebarang perbezaan yang tidak ketara, tetapi mungkin serius. Perubahan-perubahan yang berlaku mungkin boleh dilihat dengan mata kasar atau mungkin hanya jelas selepas beberapa bulan. Ia mungkin satu tanda awal kepada sesuatu yang lain di bawah permukaan payudara.

Sekiranya anda telah biasa dengan rupa bentuk dan rasa sentuhan payudara sendiri, secara automatik mudah untuk mengetahui jika ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa memori sentuhan daripada BSE berterusan setiap bulan, anda mungkin tidak akan perasan akan perbezaan kecil di peringkat awal. Sebarang perubahan hendaklah dibawa kepada perhatian doktor dengan segera.

Tanda-tanda yang perlu anda perhatikan :

- benjolan di payudara atau ketiak
- perubahan luarbiasa tekstur, bentuk dan saiz payudara
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau

Usah takut dan panik sekiranya anda terjumpa ketulan kerana 9 daripada 10 benjolan yang ditemui tidak semestinya kanser. Sesetengah wanita berkecenderungan secara genetiknya untuk mewarisi benjolan pada payudara. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua gumpalan dalam payudara kerana kemungkinan kanser tetap ada dan hanya doktor yang boleh mengesahkannya.

Harus diingat bahawa BSE tidak boleh menggantikan pemeriksaan payudara klinikal tahunan (apabila mencecah usia 30-an) dan penyaringan mamogram berkala (apabila mencapai umur 40-an), bergantung kepada individu dan sejarah keluarga. Walaupun pemeriksaan fizikal oleh doktor mahupun mamografi dapat memastikan kesihatan payudara anda, BSE tetap penting bagi mengesan perubahan awal sebelum pemeriksaan doktor yang berikutnya.

Anda sepatutnya memeriksa payudara sendiri sekali setiap bulan, dalam tempoh 3 hari selepas haid berakhir ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid, iaitu tempoh payudara paling kurang bengkak dan sakit. Jika anda telah menopaus, kedatangan haid tidak tetap atau telah menjalani pembedahan histerektomi (membuang rahim), periksalah payudara anda seelok-eloknya pada hari yang sama setiap bulan. Golongan lelaki juga tidak terkecuali kerana mereka juga berisiko menghidap kanser payudara.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Pengesahan Awal Kanser Payudara. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Mencegah/Merawat Kanser Payudara !

Cara Mencegah Masalah Buah Pinggang

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Penyakit Buah Pinggang | Posted on 23-11-2014

0

Untitledhiiiiiiiii

 

 

Cara Mencegah Masalah Buah Pinggang

1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.


2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda. Cara paling mudah untuk mengekalkan tekanan darah yang normal adalah dengan menghadkan jumlah garam dan makanan yang dipenuhi natrium yang anda ambil. Sedikit garam diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan anda, jadi jangan buang sepenuhnya garam daripada diet anda. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.


3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.


4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat, masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang. Cara Mencegah Masalah Buah Pinggang!


5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.


6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.


7. Sentiasa kekal aktif. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal.


8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu  membersihkan kotoran daripada sistem anda.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Cara Mencegah Masalah Buah Pinggang. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Merawat/Mencegah Masalah Buah Pinggang !

Kepentingan Mengawal Pemakanan Seimbang

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Pemakanan Seimbang | Posted on 22-11-2014

0

Untitledhiiiiiiii
Kepentingan Mengawal Pemakanan Seimbang! Dasawarsa, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini kita dapat menyaksikan lambakan jenama makanan yang memenuhi pasaran. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang kita nikmati akan membentuk fizikal, mental waima keperibadian seseorang.

Sebagaimana yang kita ketahui, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Kendatipun demikian, kita seharusnya memastikan pengambilan makanan yang seimbang mampu membawa kemaslahatan kepada setiap lapisan masyarakat.

 

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan seimbang mampu menjadi faktor dominan yang merangsang tumbesaran seseorang itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan kudrat tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium. Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit…” jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan seseorang manusia itu mampu melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia malahan turut menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan berkekalan.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan seimbang yang menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas. Kepentingan Mengawal Pemakanan Seimbang!

Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon. Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.

Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.

Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua merancang prakarsa yang pragmatik.

Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Kepentingan Mengawal Pemakanan Seimbang. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Kesihatan Seisi Keluarga !

Kesan Masalah Keputihan Kepada Wanita

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Keputihan | Posted on 21-11-2014

0

Untitledhiiiiiii

Kesan Masalah Keputihan Kepada Wanita! Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Kesan Masalah Keputihan Kepada Wanita! Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Kesan Masalah Keputihan Kepada Wanita. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan BIO VELOCITY Untuk Merawat/Mencegah Masalah Keputihan !