Featured Post

Gejala Sakit Kepala Atau Kanser Otak?

    Gejala Sakit Kepala Atau Kanser Otak? PERNAHKAH anda berasa sakit kepala, pandangan kabur, muntah-muntah dan sering lupa? Jika ya anda harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia mungkin antara gejala awal barah otak.   Barah otak antara penyakit paling digeruni masyarakat...

Read More

Denggi Membawa Maut !

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Denggi | Posted on 31-10-2014

0

Untitledzadf

 

 

Denggi Membawa Maut ! Jikalau anda masih ingat yang Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (dkenali dengan Din Beramboi) meninggal dunia disebabkan oleh demam denggi (sebelumnya dikatakan disebabkan jangkitan kencing tikus). Memang boleh membawa maut jika tidak cepat-cepat ditangani demam denggi.

 

Demam denggi adalah disebabkan oleh nyamuk aedes betina yang mengigit meninggalkan jangkitan virus Denggi. Permulaan tanda-tanda adalah demam yang mengejut disusuli dengan sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan otot yang teruk, loya, muntah, ruam kulit, yang muncul tiga hingga empat hari selepas bermulanya demam, pendarahan ringan (seperti hidung berdarah, gusi berdarah, atau mudah lebam).   

 

Denggi Membawa Maut !Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah akan menyebabkan demam yang teruk hingga tidak boleh bangun. Dan yang paling teruk jika dijangkiti dengan demam denggi berdarah.

 

Persekitaran yang tidak bersih seperti jentik-jentik yang hidup dalam tempat air bertakung, air takungan yang tidak ditutup rapat ataupun botol-botol kosong yang tidak digunakan dibiarkan tanpa bertutup. Ini memang akan mengundang pembiakan jentik-jentik dan seterusnya menjadi nyamuk aedes.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Denggi Membawa Maut !KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Merawat Demam Denggi Secara Semulajadi.

 

Merawat Demam Denggi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Demam Denggi | Posted on 30-10-2014

0

Untitledzxss

 

 

Tips & Petua Merawat Demam Denggi 

 

1) Minum air suam / air masak

*minum air banyak², kalu kene tahan wad pun depa akan masukkan air juga dalam badan kan

 

2) Sup ketam

*xkisah la ketam nipah ke ketam laut ke masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam tu

 

3) Jus daun betik

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu.(Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).

 

4) jus buah kiwi

 *blend buah kiwi fresh kemudian minum jusnya

 

 5) jus kurma

*blend kurma 10 – 20  biji besama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi,setengah gelas ptg.setiap hari sehingga sembuh.

 

6) jus jambu

*khasiat air jambu boleh melawan radikal bebas

 

7) jus pegaga

*blend pegaga fresh kemudian minum jusnya untuk Merawat Demam Denggi

 

8) tembikai merah

*makan tembikai merah banyak2.. wah, best lah petua ni.. sebab mmg suka tembikai

 

 

  • Nasihat doktor, elakkan makanan pedas dan berminyak sebab boleh akibatkan gastrik… Org demam selalu tak ada selera makan. 
  • Org demam denggi tidak digalakkan gosok gigi kuat-kuat, utk elak pdarahan kat gusi…nak gosok pun ala kadar je…anyway…
  • kita sbg org sakit kena bersangka baik dengan Allah… banyak2 minta ampun kerana sakit ini mungkin sbg kaffarah/balasan atas dosa kita atau ujian Allah atas kita…redha dan doa smg dgn sakit itu terhapus dosa2 kita… jgn tinggalkan solat walaupun sakit…. solat duduk sbb berdiri terhoyong hayang / nak rebah… jangan lupa berfikiran positif bahawa kesembuhan itu datang daripada Allah juga… doa byk2..

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Merawat Demam Denggi. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat Demam Denggi Secara Semulajadi !

Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Demam Denggi | Posted on 29-10-2014

0

Untitledzxs

 

 

Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi! Mengikut Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang situasi semasa demam denggi di Malaysia bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini (dari 1 Januari hingga 30 Jun 2012), sebanyak 11,794 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 1,501 kes atau 15% berbanding 10,293 kes bagi tempoh yang sama tahun 2011. Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 24 kematian akibat demam denggi dilaporkan bagi 2012 berbanding 18 kematian pada 6 bulan pertama tahun 2011. Negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi ialah Selangor (5,422 kes) dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,129 kes), serta Johor (846 kes).

 

Statistik di atas amat menggerunkan di mana kes demam denggi dan kematian akibat demam denggi meningkat dengan begitu banyak. Oleh itu, wajarlah kita semua mengambil langkah yang berkesan untuk mencegah demam denggi yang bahaya ini.

 

Nyamuk aedes penyebar virus demam denggi

 

Kita semua tahu punca wabak demam denggi ialah nyamuk aedes yang mudah membiak dalam air bertakung yang jernih di kawasan perumahan dan tempat kerja.

 

Spesies nyamuk aedes ini amat mudah dikenali kerana ia mempunyai kaki dan badan yang berjalur hitam putih, serta aktif pada waktu pagi dan petang. Nyamuk ini boleh menyebarkan wabak demam denggi hanya melalui gigitannya.

 

Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi. Tanda mudah bagi mengenali seseorang itu dijangkiti wabak demam ini ialah:

 

1. Demam panas secara tiba-tiba dan berpanjangan.
2. Bintik-bintik merah di kulit.
3. Sakit-sakit sendi di seluruh anggota badan.
4. Sering loya dan muntah-muntah.
5. Hilang selera makan dan kuantiti air dalam tubuh. Jika ini dibiarkan berterusan, pesakit akan menjadi kurus kerana turun berat badan.

 

Jika terdapat tanda-tanda di atas, segeralah pergi ke hospital untuk berjumpa doktor, membuat ujian darah, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, sebelum terlambat. Ramai yang mati akibat demam denggi kerana mereka ambil mudah kalau rasa demam, walaupun sudah demam beberapa hari.

 

Bagaimanakah cara untuk mencegah wabak demam denggi?

 

Cara yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah:

 

1. Luangkan masa 10 minit di hujung minggu bagi membersihkan kawasan persekitaran rumah, terutamanya longkang, saluran air hujan, kolah dan pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa eloklah di tanam (kalau ada tanah) atau dibuang secara betul dan diikat elok-elok sebelum dibuang. Bagi barang-barang yang boleh menakung air dan masih berguna, pastikan ia diletakkan dalam keadaan terbalik (tertangkup).

 

2. Memberi kerjasama kepada pihak yang datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan anda. Semburan fogging ini bertujuan bagi memastikan telur nyamuk aedes dalam air bertakung akan musnah dengan semburan racun tersebut. Oleh itu, pastikan anda menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan asap semburan masuk ke dalam rumah.

 

3. Bagi kolah atau tempat ditakungi air, ubat jentik-jentik juga wajar digunakan bagi membunuhnya dengan meletakkan ubat tersebut di dalam kolah atau di saluran air hujan.

 

4. Bagi mereka yang alah dengan gigitan nyamuk, penggunaan kelambu semasa tidur amat digalakkan kerana ia dapat mengelakkan gigitan nyamuk dan seterusnya mengelakkan ahli keluarga yang tinggal serumah mendapat jangkitan virus denggi yang bahaya ini.

 

Ingatlah, “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI” dan “CEGAH SEBELUM PARAH DAN TERLAMBAT”.

Untitledjj

 

Berikut Adalah Info Mengenai Perangi Nyamuk Aedes Untuk Cegah Demam Denggi. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat Demam Denggi Melalui Kaedah Semulajadi !

Punca Demam Denggi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Demam Denggi | Posted on 28-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkkkkkkk

Punca Demam Denggi. Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). Kemudian, pesakit akan mengalami simptom seperti demam tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit pinggang luarbiasa dan diserang gatal-gatal.

Rawatan Bagi Demam Denggi

 

Sebenarnya tiada satu rawatan khusus untuk mengubati demam denggi. Namun, bagi kes seperti demam denggi sama ada tiba-tiba atau tidak, cecair yang disalurkan secara oral sudah cukup untuk menggantikan kehilangan cecair badan yang banyak akibat denggi. Biasanya, penggunaan ubat antipiretik akan digunakan untuk meredakan demam.

Punca Demam Denggi. Di samping itu, ada juga tips-tips bagi rawatan alternatif yang boleh dicuba sebagai usaha untuk menyembuhkan pesakit demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:

  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

UntitledjjBerikut Adalah Info Mengenai Punca Demam Denggi. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

Demam Denggi Semakin Menular

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Demam Denggi | Posted on 27-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkkkkkk

 

 

Demam Denggi Semakin Menular. Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

 

Mutakhir ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.

 

Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri. Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.

 

Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari.

 

Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah merupakan langkahmenangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak takungan air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak.

 

Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

 

Prakarsa seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn Bandaraya di setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu, pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah yang membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak berkenaan tidak sepatutnya memandang entengterhadap permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya.

 

Sehubungan dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit.

 

Setiap lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat. Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan.

 

Usaha Menggalakkan Kemajuan Pelancongan Negara

 

Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

 

 

…………Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.

 

…………Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.

 

…………Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.

 

…………Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.

 

…………Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.

 

…………Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka. Demam Denggi Semakin Menular.

 

…………Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti “ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke Malaysia.

 

 

…………Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. .

 

 

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

 

 

……….Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

 

……….Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

 

……….Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

 

……….Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

 

……….Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

 

 

Amalan berjimat cermat dan menabung.

 

…………Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

 

…………Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

 

…………Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

 

…………Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

 

………..Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

 

…………Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Demam Denggi Semakin Menular. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat Demam Denggi !

Berpantang Selepas Bersalin

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Berpantang | Posted on 26-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkkkkk

 

 

Berpantang Selepas Bersalin. Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 



Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 



Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 



Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:

 

  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.

 

Berpantang Selepas Bersalin. Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 



Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 



Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

 

  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.

 

Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. 



Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:

 

  • Bengkung
  • Urut-mengurut
  • Jamu
  • Bertungku
  • Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain

 


Baca juga mengenai simptom-simptom selepas bersalin yang tidak boleh anda abaikan.



Bukan anda seorang sahaja yang berfikir mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Temui wanita-wanita lain dalam fasa yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami hari ini.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Berpantang Selepas Bersalin. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Bio Velocity Ajaib !

Tips Mudah Bersalin

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Mudah Bersalin | Posted on 25-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkkkk

 

 

Tips Mudah Bersalin. Setiap ibu yang mengandung tentu berharap akan dapat melahirkan bayi dengan mudah bila tiba waktu untuk bersalin. Malah bukan setakat wanita yang sedang mengandung tu, husband, ibu bapa dan seluruh isi keluarga tentu akan terus berdoa semoga semuanya selamat. Baby and mommy kedua-duanya selamat… insyaAllah.

 

Selain daripada mengikut segala panduan dan nasihat yang diberikan doktor, ibu-ibu yang berharap dapat bersalin dengan mudah juga boleh mengamalkan petua orang lama nie. Ada baiknya juga bertanya dengan doktor yang merawat korang terlebih dahulu, samada sesuai atau tidak untuk mengamalkan petua nie. Manalah tahu mungkin tak sesuai atau ‘berlawananan’ dengan ubat-ubatan yang diambil oleh sesetengah ibu.

 

Tips Mudah Bersalin. Petua Mudah Melahirkan Anak

 

Boleh dikatakan kebanyakan orang tua-tua akan syorkan untuk ibu yang dah sembilan bulan mengandung supaya amalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala baby tu waktu keluar dari lubang faraj.

 

So, bila tarikh untuk melahirkan dah dekat, eloknya diamalkan minum air kelapa satu gelas dua tiga kali dalam seminggu.

 

Selain dari minum airnya, bidan-bidan kat kampung juga biasanya akan nasihat bakal ibu supaya amalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia 6  bulan ke atas.

 

Cara Sediakan Minyak Kelapa

 

Ambil beberapa biji kelapa tua. Parut dan perah untuk mendapatkan santannya. Santan tu kemudiannya dimasak hingga mengeluarkan minyak. Minyak itulah yang diperlukan. Biarkan minyak tu sejuk dalam periuk dan bila dah sejuk barulah dimasukkan dan simpan dalam botol.

 

Bila usia kandungan dah mencapai enam bulan, cuba amalkan minum minyak kelapa ini sebanyak satu sudu besar setiap kali. Sebaik-baiknya minumlah selang 1-2 hari sekali atau tiga kali seminggu. Cuba amalkan sehingga kandungan tu sampai sembilan bulan. InsyaAllah, berkat doa dan amalan minum minyak kelapa nie, ibu-ibu akan mudah melahirkan anak.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Tips Mudah Bersalin. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Untuk Mencegah/Merawat Bayi Jaundis !

Pantang Larang Pesakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 24-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkkk

Pantang Larang Pesakit Gout.

Dalam banyak-banyak sakit, sakit apa yang paling sakit?
Gout. Gout dikenali sebagai sejenis penyakit arthritis yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh kristal (dari asid urik) yang berbentuk jarum terbentuk dan berkumpul di antara sendi-sendi.

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia., sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Orang yang berisiko tinggi

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Dan mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.

Tanda-tanda gout

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

3- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

4- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Pantang Larang Pesakit Gout. Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?

Sebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Komplikasi/kesan

1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’

2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Rawatan biasa

– Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

– Steroid

Peringatan: steroid hanya boleh diambil melalui nasihati doktor)

Lazimnya, cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang atau bengkak.

Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang mungkin terjadi.

Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:

– Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.

– Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.

– Daging cincang

– Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

– Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang

– Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.

– Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.

– Poultry (daging ayam yang telah diproses)

– Roti jagung dan bijirin.

– Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk

– Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Pantang Larang Pesakit Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Bio Velocity Untuk Merawat/Mencegah Gout !

Tanda Awal Penyakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 23-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkkk

Tanda Awal Penyakit Gout. Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui  Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui:

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Tanda Awal Penyakit Gout. 4 peringkat Gout yang nyata:

1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.

Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi. Jika anda merasakan mempunyai tanda-tanda penyakit gout yang disebutkan, sila lah bertemu dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia terus merebak.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Tanda Awal Penyakit Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat/Mencegah Gout !

Padah Makanan Laut Punca Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 22-10-2014

0

Untitledzakkkkkkkkk

 

 

Padah Makanan Laut Punca Gout. Penggemar makanan laut, lazimnya sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk menikmati kelazatan hidangan laut disukai. Bagi mereka, kesegaran setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata. 



Makanan laut yang digemari ramai selain ikan, udang, kerang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu. Malah, permintaan tinggi makanan laut bukan saja dalam kalangan pengusaha restoran di perairan pantai tetapi turut menjadi tumpuan kepada pengusaha di kota. 

 

Bukan semua sewenang-wenangnya menikmati makanan laut, ada yang alergi dan tidak kurang kena berpantang mengambilnya khususnya penyakit tertentu seperti gout dan darah tinggi. 

Namun, semua orang juga perlu perlu berhati-hati kerana makanan laut ada kalanya mudah tercemar dengan mikro organisma, bahan kimia atau kandungan logam berat sehingga boleh membawa maut. 

Contohnya, tiga maut selepas makan kerang dan lokan yang dibeli di Pasar Malam Inanam, Sabah, pada bulan lalu. Kes itu disebabkan fenomena laut merah yang melanda negeri itu yang menjadi punca pencemaran kepada hidupan laut itu. 

Pada 1 Januari lalu pula, enam individu mengalami simptom keracunan seperti kebas di leher, muntah, pening dan sesak nafas selepas memakan kerang yang dikutip di perairan Sepanggar, Sabah. 

Punca keracunan 
Mengulas berkaitan itu itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Saliza Mohd Elias, berkata keracunan makanan laut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, ejen jangkitan termasuk virus, bakteria dan parasit. 

Punca kedua berlaku kerana ejen toksin (racun) yang terhasil secara semula jadi dalam makanan laut seperti ciguatera dan scombroid atau berlaku akibat pencemar kimia daripada bahan buangan industri seperti logam berat, dioksin dan pestisid. 

Antara punca keracunan makanan ialah bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan kimia atau akibat proses penyediaan makanan kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna atau terdedah kepada persekitaran. 

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam selepas makan makanan tercemar. Kesan bahaya akibat keracunan makanan boleh membawa maut. Selain ada juga membabitkan keracunan sistem saraf, jelasnya. 

Gejala keracunan 

Padah Makanan Laut Punca Gout. Dr Saliza berkata, kanak-kanak, warga tua dan individu berdaya tahan diri rendah berisiko tinggi mengalami keracunan makanan dan tandanya bergantung kepada jenis dan kuantiti racun diambil. 

Katanya, antara gejala keracunan sering berlaku adalah gastroenteritis iaitu seperti loya, mual, muntah, cirit-birit dan sakit perut. Selain itu, keadaan pengeluaran najis luar biasa, cair dan kerap turut menyebabkan tubuh kehilangan cecair dan elektrolit. 

Masalah keradangan sistem gastro-usus yang selalu dikaitkan dengan darah dan nanah pada najis atau secara saintifiknya disebut dysentery juga berkemungkinan berlaku pada individu mengalami keracunan. 

Jangkitan sistem gastro-usus boleh menghasilkan kesan yang pelbagai bermula cirit-birit tidak berbahaya dan pulih dengan sendirinya atau kepada masalah berlarutan dan parah hingga menyebabkan kematian. 

Secara am, gejala keracunan makanan ini termasuklah perut memulas atau berpeluh tanpa sebab, demam, rasa sejuk walaupun cuaca panas dan sakit kepala, katanya. 

Kaedah rawatan 

Mengenai rawatan keracunan, Dr Saliza menjelaskan pesakit mengalami keracunan makanan boleh menjalani beberapa kaedah rawatan bergantung kepada kategori penyakit dihadapi mereka. 

Antara ubatan diedarkan adalah ubat menghentikan muntah atau rawatan IV untuk menggantikan bendalir dalam badan yang banyak dikeluarkan sepanjang proses keracunan. 

Bagi mengurangkan tanda keracunan ciguatera pula mannitol atau gula formula kimia bertindak sebagai ejen diuretik osmosis untuk membantu menguatkan kandungan minyak dalam buah pinggang. 

Pesakit perlu menjalani rawatan sehingga tanda keracunan makanan laut menunjukkan berkurang dan peningkatan pada tahap kesihatan, katanya. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya melihat secara terperinci makanan laut dibeli di pasar untuk mengelak sebarang keracunan yang boleh menjejaskan kesihatan. 

Di laut mudah berlaku pencemaran disebabkan yang mungkin disebabkan tumpahan minyak dan fenomena laut merah seperti berlaku di Sabah.

Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Padah Makanan Laut Punca Gout. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib Untuk Merawat Pesakit Gout !