Featured Post

Mengenali Gejala Penyakit Kusta

Mengenali Gejala Penyakit Kusta .Istilah kusta berasal dari bahasa Sansekerta, yakni kushtha berarti kumpulan gejala-gejala kulit secara umum. Penyakit kusta atau lepra disebut juga Morbus Hansen, sesuai dengan nama yang menemukan kuman yaitu Dr. Gerhard Armauwer Hansen pada tahun 1874 sehingga...

Read More

Merawat Masalah Kanser Payudara

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kanser Payudara | Posted on 31-08-2014

0

Untitledyyyyyyyyy
Merawat Masalah Kanser Payudara. Sesiapa yang mempunyai petua boleh kongsi pengalaman dalam membantu pesakit kanser menghadapi kehidupan terutama dari segi pemakanan dan latihan fizikal yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.  Objektif rawatan komplimentari ini bertujuan meningkatkan sistem imunisasi, detoks hati dan detoks usus.  Ketiga-tiga perkara ini penting untuk melawan penyakit metabolik seperti kanser.
Asparagus.  Beli satu kilo asparagus ,rebus hingga lembut. Blend jadikan puri dan simpan dalam fridge. Beri makan pada pesakit satu sudu besar 4 kali sehari selama 3 bulan.
Teh Daun Durian Belanda.  Boleh rebus daun basah atau kering. 10 – 15 helai daun masukkan ke dalam satu liter air mendidih selama 15 – 30 minit.  Sejukkan dan tapis air. Minum satu cawan 2- 3 kali sehari.
Serai.  Pesakit-pesakit kanser juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalani dan juga selepas rawatan radiasi serta rawatan kemoterapi.  Untuk makluman citral ditemui di dalam serai dan mempunyai banyak manafaat kesihatan yang penting seperti anti kanser, antioksida yang tinggi, menurunkan kolesterol, menurunkan darah tinggi, menyahtoksinkan badan dan mengurangkan sengal tulang.  Bagaimana Serai Bertindak?
  • Herba serai memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.

 

  • Herba serai mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai  membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing. Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai  juga membantu menurunkan berat badan.

 

  • Herba serai membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin. 

 

  • Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah.

 

BAGAIMANA SERAI BERTINDAK?
Lemongrass memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada  peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita  untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan. Merawat Masalah Kanser Payudara.

5.1    DETOKSIFIKASI

Herba serai Citralife mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai Citralife membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing.
Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai Citralife juga membantu menurunkan berat badan.

5.2    PENGHADAMAN

Serai Citralife membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin.

5.3    PENGURANGAN TEKANAN DARAH 

Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai Citralife setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah.
Daun Jarum Tujuh Bilah.   Daun herba  ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai sebagai ulam atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit, kemudian minum hingga habis. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam.

Tembikai.  Tembikai merupakan sumber beta karotena dan mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh. 


Bawang Putih.  Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.

Cili Merah.  Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser).

Anggur Merah.  Biofalvonoid – antioksidan yang kuat menghalang kanser.  Resveratol – Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.  Ellagic Acid – Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut. 

Secara relatifnya diet pengidap kanser terbahagi kepada 4 kategori. 

1. Makanan yang memberi tenaga / atau tenaga tambahan kepada sel kanser atau mikrob yang membiak dalam badan anda. Antaranya gula proses,coklat,ais krim sebagainya.
2. Makanan yang menyebabkan kanser, secara amnya ialah makanan dalam tin serta makanan segera seperti burger, sosej dan nugget.
3. Makanan yang menggangu terapi kanser anda dan menjadikan terapi anda tidak berguna. Antarnya ialah tembakau,caffene,alkohol dan klorin.
4. Makanan yang menganggu sistem pertahanan badan anda dari melawan sel kanser. Antaranya ialah semua jenis daging yang dimasak berlebihan. Seperti yang diterangkan bahawa daging yang dipanaskan secara maksima akan menyebabkan agen pencernaan semulajadi dalam daging akan mati dan sistem badan anda akan menghantar trypsin untuk mencerna daging,suatu arahan yang buruk.   Enzim “trypsin” dan “chemotrypsin” ia adalah merupakan salah satu dari berjenis jenis enzim yang terdapat dalam tubuh manusia dimana fungsi utamanya ialah mencerna protin.
Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Merawat Masalah Kanser Payudara. KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

Mencegah Kanser Pangkal Rahim

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kanser Pangkal Rahim | Posted on 30-08-2014

0

Untitledyyyyyyyy

 

 

Pencegahan Kanser Pangkal Rahim 

 

 

KANSER SERVIKS (PANGKAL  RAHIM) BOLEH DICEGAH

 

Kanser serviks (pangkal rahim) adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kurang pengetahuan di kalangan wanita terutama wanita-wanita di negara kurang maju dan yang sedang membangun, kadar kejadian kanser serviks masih lagi tinggi. Di negara-negara maju , kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan oleh wanita-wanita di sana. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah Pap Smear. Secara keseluruhannya kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.

 

APAKAH PAP SMEAR

 

Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.

 

BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH  KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).

 

Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks.  Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar .  Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.  Mencegah Kanser Pangkal Rahim.

 

APAKAH  PRA-KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)

 

Pra-kanser serviks ataupun dalam istilah perubatan “ Pre-cancerous state“ adalah keadaan di mana terjadinya sel-sel yang tidak normal di dalam lapisan kulit serviks. Di antara ciri-ciri kelainan yang terdapat pada sel-sel tersebut adalah saiz nukleas yang lebih besar, warna nukleas yang lebih hitam pekat dan terdapatnya proses pembiakan yang diluar kawalan. Sel-sel yang tidak normal ini walau bagaimanapun tidak terdapat di bahagian luar kulit serviks. Peringkat pra-kanser ini kalau tidak dirawat, sebahagiannya boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Pra-kanser bukanlah kanser tetapi adalah petanda-petanda awal untuk menjadi kanser di kemudian hari.

 

Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:

 

a. CIN 1

b. CIN 2

c. CIN 3

 

Di dalam istilah perubatan pra-kanser ini dinamakan CIN singkatan kepada “Cervical Intraepithelial Neoplasm”. CIN 1 adalah peringkat pra-kanser yang paling awal. Peringkat ini selalunya akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan, dikatakan 60% daripada wanita-wanita yang mengidap CIN 1 akan pulih sepenuhnya dan cuma sebahagian kecil sahaja yang akan berkembang menjadi CIN 2 dan CIN 3. Manakala CIN 3 pula adalah pra-kanser yang paling serius. Setiap CIN boleh berubah-ubah samada kembali normal , bertukar kepada peringkat CIN yang lain ataupun ianya boleh kekal untuk jangkamasa tertentu. Perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain memakan masa dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis CIN , faktor genetik, jenis virus HPV dan juga sistem pertahanan badan wanita.

 

Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 12% dari CIN 3 akan menjadi kanser pangkal rahim jika sekiranya tidak dirawat. Tempoh masa pertukaran daripada CIN 3  menjadi kanser pangkal rahim ini adalah di dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun, jarak masa ini adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mencegah Kanser Pangkal Rahim. KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

Merawat Masalah Bayi Kekuningan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Bayi Jaundis | Posted on 29-08-2014

0

Untitledyyyyyyy

 

 

APAKAH PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING?

1. Phototherapy (Terapi lampu)

Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

 

Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-

Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi

Buka semua baju bayi kecuali lampin
Tutup matanya
Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan. Merawat Masalah Bayi Kekuningan 


2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.

Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.

Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi (paling kurang… kalau ada jururawat yang temankan atau tolong buat anda kopi pun best jugak kan… tapi…) dan ia prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Merawat Masalah Bayi Kekuningan . KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

Merawat Masalah Bayi Enzema

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Masalah Bayi Enzema | Posted on 28-08-2014

0

Untitledyyyyyy

 

Merawat Masalah Bayi Enzema. Apakah rawatan untuk ekzema?

 

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 



Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.  Merawat Masalah Bayi Enzema



Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 



Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 

UntitledjjBerikut Adalah Merawat Masalah Bayi Enzema. KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Kesihatan Bio Velocity Ajaib Dengan Kuasa Penyambuhan Secara Semulajadi !

Petua Kulit Anjal Dan Lembut

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kulit Anjal | Posted on 27-08-2014

0

Untitledyyyyy

 

 

Petua Kulit Anjal Dan Lembut! Petua Pertama – Untuk dapatkan kulit yang tegang dan cerah

 

  1. Ambil sedikit beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.
  2. Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus.
  3. Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat.
  4. Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.
  5. Gunakan sebagai masker wajah dan kulit akan terasa tegang.
  6. Amalkan seminggu tiga kali, Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.

 

 

Petua Kedua – Untuk Menggebukan Kulit Muka

 

  1. Sediakan ialah segenggam beras pulut, madu dan lima biji limau kasturi.
  2. Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga hancur dan halus.
  3. Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau dan gaul hingga sebati.
  4. Sebelum menggunakannya anda perlulah membasahkan muka dan menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya selama 15 minit.
  5. Kemudian anda bilas muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.
  6. Jika perlu lakukan 3 kali seminggu.

 

 

 
Petua Ketiga – Untuk Kulit Cerah dan Berseri
  1. Rendam Beras semalaman.
  2. Keesokan harinya tos dan jemur beras tersebut hingga kering.
  3. Setelah kering, tumbuk atau kisar sehingga halus bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih, sepotong ibu kunyit dan segenggam pucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.
  4. Bancuh campuran tadi dgn air secukupnya dan sapukan pada kulit wajah.
  5. Selepas 15 hingga 30 minit, barulah cuci wajah anda.
  6. Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba. Petua Kulit Anjal Dan Lembut

 

Petua Keempat – Untuk Menghaluskan Kulit
  1. Ambil setitik madu dan campurkan dengan sedikit air bagi memudahkan larutan.
  2. Jadikan sebagai masker dan sapukan pada kulit wajah yang bersih.
  3. Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali sebulan.

 

Petua Kelima – Untuk hilangkan jeragat
  1. Ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk.
  2. Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan lumurkan pada muka.
  3. Bila kering cuci dengan air suam.
  4. Amalkan selalu, Insya Allah kulit akan jadi lembut dan licin.

 

 
**jikalau tiada limau nipis boleh juga diganti putih telur.


Petua Keenam – Untuk menggebukan dan mencerahkan kulit seluruh badan
  1. Rendam beras pulut hingga lembut kemudian ditumbuk hingga lumat.
  2. Lumurkan badan dengan beras pulut yg telah ditumbuk sebelum mandi.
  3. Biar lumuran hingga kering kemudian sental kulit perlahan-lahan.
  4. Bilas badan dengan air dan amalkan sekerap mungkin.
  5. Boleh amalkan 2 kali seminggu untuk hasil yg terbaik.

Untitledjj

Berikut Adalah Petua Kulit Anjal Dan Lembut. KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Terlaris Bio Velocity Ajaib !

Petua Kulit Berseri

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kulit Berseri | Posted on 26-08-2014

0

Untitledyyyy

 

 

Petua Kulit Berseri

 

1 Segar

 

Mari mulakan pagi kita yang indah dengan minum segelas jus buah-buahan yang segar. Setiap hari perisa yang berlainan. Wah heaven gila.

 

2 Sayangi diri
Elakkan diri daripada berada ruang perokok. Uwekks. Sesak nafas kot. Lebih baik habiskan masa bersama-sama member intan payung kita. Tengok wayang ke tapi gossip nahhh…
3 Sedapnya salad buah-buahan
Ciptakan salad buah-buahan kaya dengan serat dan antioksida yang tinggi. Contoh anggur, blueberry dan banyak lagi. You can mix it together with honey and you can squeeze a lemon too.
4 Krim pelembab
Setiap kali keluar rumah, make sure pakai pelembab supaya kulit kekal lembap dan sihat sentiasa.
5 Bersenam
Jangan malas bersenam! Kalau korang tak ada masa, jalan kaki atau turun naik tangga pun tak apa. Kalau tak pun korang pergi parking kereta jauh-jauh then jalan ke tempat korang nak tuju. Bagus tak idea aku?
6 Avoid it
Makan fast food. Tak boleh sebenarnya walaupun pahit, kita mesti terima untuk sahut cabaran kulit cantik. Try makan makanan yang segar di dalam menu diet korang. Contoh sayuran dan buah-buahan walaupun tak kenyang!
RASA macam nak masuk je kan. Jaga kaki anda. Anda kan nak kulit cantik..
7 Spa
Manjakan diri anda di spa! Badan kita mesti segar bugar punyalah
8 Ajak member kita lepak kat rumah
Hidangkan member kita pelbagai jenis makanan yang berkhasiat. Satu kelainan kan? To those yang tahu lokasi rumah aku, datanglah. Aku kasi korang epal sorang satu sambil sahut cabaran jom miliki kulit sihat! (tak pepasal korang terlibat HAHA)
9 Tanggalkan segala kotoran
Hilangkan sel kulit mati dengan skrub. Lakukan seminggu sekali okayy. Petua Kulit Berseri
10 Omega 3
Makan lebih makanan yang ada omega-3 you all!
Contohnya ikan salmon dan walnut. Bukan je boleh prevent cancer cell bahkan boleh turunkan kadar obesiti dalam badan!
Tahukah korang yang tekstur ikan salmon akan jadi sangat lembut bila kita titiskan perahan lemon. Korang boleh makan tanpa masaknya aduhai!
11 Rileks
Korang stress? Aku pun sama. Dateline untuk aku submit drawing aku dah nak dekat! Wargh! Tapi tak apa. Rileks. Mari kita cuba kawal tekanan kita. The better way is listening music atautidur! Yang aku bold ni memang feveret aku.
12 Lakukan facial sendiri
Jimat kot. Tundukkan kepala di permukaan besen yang telah diisi dengan air panas. Then, tutup kepala dan ruang udara dengan tuala. Last sekali, sapu muka dengan krim malam.
13 Minum lebih banyak air
Of course bebeyh. At least lapan gelas. Coke? TAK BOLEH BIB! Sapa BIB? Ntah aku main letak je nama tu. Kalau ada yang baca bernama Bib. OHOHO. Maaflah. Jika muka korang rasa kering, semburkan muka korang dengan facial spray. Macam mak KIM JOO
WON DALAM SECRET GARDEN. 
14 Bangun awal
Hah, Ni yang aku payah ni. Aku yakin korang pun sama kan. Tapi you have too.Dah bangun pergi buat yoga. Tak pandai? Belajar dari yang pakar.
15 Pergi holiday
Ambil masa korang untuk bercuti. Tak kisahlah seminggu ke, sebulan ke atau setahun sekali. Mesti lagi bersemangat lagi lepas cuti.
16 TAK NAK
Katakan tak nak pada merokok.
17 Kurangkan ye
Kurangkan garam dan makanan yang masin sebab boleh buat muka kita jadi sembap.
18 Cuci wajah
Sebelum tidur, make sure basuh muka korang supaya bersih dari sebarang makeup dan juga debu.
19 Toksin
Singkirkan toksin dalam badan korang. How? Dapatkan bantuan dari yang pakar. For sure badan korang lepas ni ringan dan sihat.
20 Cleansing milk
Usually untuk kulit kering sepatutnya bersihkan muka dengan cleansing milk,urutan lembut dan sapu dengan krim pelembap. Pilih pembersih dengan pH balanced dan non detergant.
Untitledjj
Berikut Adalah Petua Kulit Berseri. KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity Ajaib !

 

Petua Merawat Tekanan Darah Tinggi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Tekanan Darah Tinggi | Posted on 25-08-2014

0

Untitledyyy

 

Petua Merawat Tekanan Darah Tinggi

 

1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus


2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya


3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.


4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.


5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)


6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.


7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!


8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih


9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual


10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.



Tambahan



a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.



Alhamdullillah saya mendapat penyakit ini sejak 5 tahun dulu, dan saya juga ada keturunan darah tinggi dalam famili. Tetapi dengan sedikit perubahan dalam cara hidup iaitu membuat sedikit senaman dan aktiviti setiap hari, meditasi, dzikrullah tahap darah saya sudah stabil ke 140 – 150 alhamdullilah tetapi diikuti dengan dos ubat yang disyorkan oleh doktor. Bila makan ubat tu, doakan yg kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menyembuhkan. Jangan risau, insyaAllah semua ubat ada penyakit melainkan maut. 

Untitledjj

Berikut Adalah Petua Merawat Tekanan Darah Tinggi . KLIK SINI Utk Dapatkan Produk KEsihatan Terlaris Bio Velocity Secara Semulajadi !

Punca Masalah Buah Pinggang

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Buah Pinggang | Posted on 24-08-2014

0

Untitledyy

 

Punca Penyakit Buah Pinggang.


Punca-punca yang paling biasa penyakit buah pinggang termasuklah kencing manis, tekanan darah tinggi, dan pengerasan arteri (yang merosakkan saluran darah di dalam buah pinggang ). Sesetengah penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh radang buah pinggang , yang dipanggil nefritis. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan atau reaksi autoimun di mana sistem imun atau pertahanan serangan badan dan kerosakan buah pinggang. Penyakit buah pinggang yang lain , seperti penyakit buah pinggang polisistik adalah disebabkan oleh masalah dengan bentuk atau saiz buah pinggang ( gangguan anatomi ), manakala penyakit buah pinggang yang lain mengganggu mekanisme dalaman buah pinggang ( gangguan metabolik ). Kebanyakan gangguan buah pinggang metabolik jarang berlaku , kerana penyakit ini perlu mewarisi dari ibu bapa (faktor keturunan). Punca Masalah Buah Pinggang



Sebab-sebab lain kegagalan buah pinggang termasuklah pengambilan ubat-ubatan tertentu yang boleh menjadi toksik kepada tisu buah pinggang, dan tersumbat sistem yang mengalir buah pinggang (yang boleh berlaku dengan masalah prostat).

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Punca Masalah Buah Pinggang. KLIK SINI Utk Dapatkan Produk Kesihatan Terlaris Bio Velocity !

Petua Kekalkan Kesihatan Jantung

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Jantung Tersumbat | Posted on 23-08-2014

0

Untitledzssssss

 

Petua kekalkan kesihatan jantung 

 

    • Kawal berat badan. Berat badan berlebihan menandakan kandungan lemak yang banyak di dalam badan. Lemak akan berada di seluruh badan termasuk di jantung. Lemak yang terkumpul di jantung akan mengganggu fungsi jantung.
    • Pemakanan. Untuk mengelakkan penyakit jantung, kita mesti memberi perhatian kepada sajian harian. Elak daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol seperti mentega, minyak sapi dan santan. 

      Digalakkan untuk memakan lebih sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis, sayuran berdaun hijau dan buah-buahan setiap hari. 

      Individu juga perlu menjauhi alkohol kerana tidak elok untuk jantung dan hati. Bagi mereka yang gemuk, agak sukar untuk menurunkan berat badan sekiranya mengambil minuman beralkohol. Petua Kekalkan Kesihatan Jantung.

    • Senaman. Bersenam setiap hari amat baik untuk kesihatan. Senaman yang teratur dapat memastikan jantung berfungsi dengan baik. Senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan dan membantu menurunkan tekanan darah.
    • Merokok. Majoriti rakyat Malaysia yang diserang penyakit jantung adalah dalam kalangan perokok. Pesakit jantung dinasihatkan supaya memberhentikan tabiat merokok ini bagi mengurangkan risiko penyakit ini berulang.
  • Perubahan gaya hidup. Penyakit jantung biasanya dikaitkan dengan gaya hidup seseorang sama ada pemakanan, tabiat merokok, aktiviti harian dan sebagainya. Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya terhindar daripada sebarang penyakit.

Untitledjj

Petua Kekalkan Kesihatan Jantung. KLIK SINI Untuk Dapatkan Produk Hebat Bio Velocity Yg Ajaib Dengan Kuasa Penyembuhan Semulajadi !

Rawat Masalah Batu Karang

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Batu Karang | Posted on 22-08-2014

0

Untitledzsssss

 

Rawat Masalah Batu Karang. Penyakit batu  karang terbentuk apabila perubahan belaku pada kira kira air garam, mineral dan bahan bahan lain yang di temui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi memalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh di warisi. 

 

Tanda Sakit Batu Karang

 

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing. Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan/ atau sampingan pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing. Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersam-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan mengigil, perlu mendapat rawatan dengan segera.

 

Bagi Individu Yang Mengalami Penyakit Batu Karang boleh Mengikuti Panduan Di bawah Mungkin Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan. Rawat Masalah Batu Karang

 

  • Minum banyak air masak/kosong/suam untuk membersihkan air kencing

 

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman bekabonat (banyak asid)

 

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli kentang keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh mengatasi masalah kekurangan ini.

 

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tamato bayam lobak merah daging strawberi koko coklat dan teh.

 

  • Kekurangan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin,jeruk dan coklat

 

  • Banyak makan sayur sayuran dan buah-buahan kaya serat.

 

  • Kurangakan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

 

  • Kurang minum kopi teh dan alkohol.

Untitledjj

Berikut Adalah Merawat Masalah Batu Karang. KLIK SINI Utk Dapatkan Bio Velocity Ajaib Secara Semulajadi !