Featured Post

Tips Untuk Perut Kempis

    Tips Untuk Perut Kempis! Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling...

Read More

Makanan Yg Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Makanan Larangan Pesakit Gout | Posted on 25-07-2014

0

Untitledzdddd
Makanan Yg Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout . Gout merupakan penyakit radang sendi yang amat menyakitkan berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang tajam seperti jarum. Sasaran paling lazim adalah ibu jari kaki, lutut dan tangan. Kesan serangan boleh terjadi dalam tempoh beberapa hari atau bulan. Lelaki dan individu obes merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jika anda merupakan penghidap gout, terdapat beberapa pantang larang membabitkan makanan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan keradangan sendi.
 
Kekapis
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti tuna, ikan billis dan makerel sewaktu mengalami serangan. Cukup antara 4-6 auns sehari kerana sumber makanan ini kaya deng an purine yang akan diuraikan menjadi asid urik.
 
Ayam Belanda
Ayam Belanda dan angsa tinggi dengan kandungan purine berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi elakkannya. Ayam dan itik merupakan pilihan paling selamat. Namun, daging di bahagian kaki debih baik berbanding dada dengan kulit.
 
Bir
Bagi penghidap gout, bir akan menimbulkan dua kali ganda masalah. Ia bukan sahaja meningkatkan paras asid urik tetapi juga menyukarkan sistem menyingkirkannya daripada tubuh.
 
Hati
Organ dalaman seperti hati dan pedal harus dielakkan. Makanan Yg Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout .
 
Lemak
Lemak tepu melemahkan tubuh dalam membuang asid urik. Pilihlah sumber protein berasaskan tumbuhan seperti soya, kekacang dan produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Anda juga harus elakkan makanan ringan seperti biskut, kek, coklat, dinut, french fries, dan marjerin. Makanan tinggi lemak juga menyebabkan obesiti, keadaan yang sangat sinonim dengan gout.
 
Minuman Manis
Elakkan minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau kordial. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik
 
Daging Merah
Tidak semua daging mengandungi kandungan purine yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Tetapi sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika ingin juga makan daging merahm pilihlah daging lembu berbanding kambing.
 
Roti Putih
Elakkan tepung yang diperhalusi (wheat flour) seperti roti putih, pasta dan lain-lain produk berasaskan tepung dna mengandungi gluten.
 
Asparagus, Kobis Bunga, Bayam, Cendawan
Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purine berbanding lain-lain sayuran. Namun demikian, ini tidak bermakna anda harus mengelakkannya langsung kerana sayur-sayuran ini tidak memudaratkan sebagaimana daging merah.
 
APA YANG BOLEH DIMAKAN
 
Anda boleh ambil produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, karbohidrat kompleks seperti roti gandum dan bijirin. Berita baiknya, anda boleh minum kopi. Anda juga boleh ambil buah-buahan sitrus. Lebih penting lagi, anda perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi, iaitu 8-16 gelas sehari. Pendek kata, anda perlu buang air kecil lebih kerap untuk membuang asid urik yang berlebihan.
Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Makanan Yg Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout . KLIK SINI Untuk Merawat Penyakit Gout !

Petua Elak Anak Kencing Malam

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Anak Kencing Malam | Posted on 24-07-2014

0

Untitledzddd

 

Petua Elak Anak Kencing Malam boleh dicuba oleh ibu bapa yang ada anak kecil yang masih lagi tak leh nak control ‘hujan buatan’ dari membasahi tilam. Hmm.. siapa yang mengalami masalah nie memang tahu betapa letihnya nak menjemur tilam tu setiap hari.. Ada gak yang tak jemur, cuma pakai febreze jer.. tapi sure ker kuman-kuman tuh dah hilang..

 

Nak disuruh pakai lampin.. ishh.. dah tahap baby giant dah budak tuh…. Lagipun, sampai berapa tahun nak kena beli pampers nie..hehe.. Kena lak yang baru dapat adik.. takkan lah abang dia yang dah 4-5 tahun pun masih nak kena dibelikan pampers kot.. Lari bajet la nampaknya kalau dah macam tu…
Ini ada beberapa petua yang che petua dapat hasil perbualan ngan kawan-kawan. Tahap keberkesanan tuh tak tahulah saya.. tapi tak cuba manalah nak tahu kan..Petua Elak Anak Kencing Malam .
Petua yang pertama ialah cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.
Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air tu kat perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.
Petua yang kedua untuk elak anak kencing malam ialah dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas sadu satu kecil madu lebah dan suruh anak kecil tu minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan budak kecil tu nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak control.

Untitledjj

Berikut Adalah Petua Elak Anak Kencing Malam. KLIK SINI Untuk Merawat Masalah Ini !

Petua Penawar Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 23-07-2014

0

Untitledzdd
As Salam Nurul nak share Petua Penawar Kencing Manis

Apa khabar suma? Sihat walafiat hendaknya.. ehh.. macam mukadimah tulis surat lak.. hehe.. Apa-apa pun che petua berdoa agar uols semua mempunyai kesihatan yg baik dalam menjalani ibadah dan aktiviti seharian.

 

Orang yg mengidap kencing manis nie teramat-amatlah penting bagi mereka utk minum air secukupnya setiap hari. Maksud cukup tuh tak tahulah berapa banyak.. agaknya 8 gelas sehari seperti yg disarankan oleh kebanyakan doktor lah kot.

 

So, bagi yg mengidap kencing manis tentunya  akan berhadapan sedikit kesukaran untuk mengamalkan ibadat seperti berpuasa. Bagi yg dah berpengalaman dan pandai mengawal nafsu daripada makan benda-benda manis nie dah tak ada masalah. Malah, boleh hidup macam biasa seolah-olah tak ada pun kencing manis.

 

Alhamdulillah.. kesihatan ibu Nurul pun bertambah baik. Nak tahu apa rahsianya?

 

Hmmm.. uols suma jangan lak kepoh-kepoh yer… jangan pulak ada yg pergi laporkan kepada polis.. sebab kalau polis tahu ibu Nurul petua leh kena tangkap nie..

 

Rahsianya ialah dia minum air daun ketum! Mana dia dapat? Ada ler kawan yg bagi.. hehe.. Sapa-sapa yg nak pepandai ler cari sendiri yer..hehe..  Tapi menurut ibu Nurul petua, dia kata air daun ketum yg kawan dia bagi tuh bukannya sepertimana yg dijual kat ‘kedai’ tuh… Yg ada di pasaran tu selalunya dah dicampur ngan pelbagai bahan kimia termasuklah ubat nyamuk, racun tikus dsb.nya supaya lebih uuumphhh..! Itu menurut ibu Nurul petua lah.. citer nie pun agaknya kawan dia yg beritahu..

 

So, citernya.. air daun yg ibu Nurul petua minum tuh adalah yg asli.. maknanya tak dicampur dengan apa-apa bahan lain pun. Hanya air rebusan daun semata-mata.. Hmm.. sebab tu lah warna dia cam lain sikit.. warna kuning keperangan.. Setahu Nurul petua.. air ketum yg dijual tuh biasanya warna hijau kalau tak silaplah.. hmm.. mungkin hijau tuh sebab campur ngan ubat nyamuk lah tuh.. hehe..Petua Penawar Kencing Manis.

 

Ibu Nurul petua sebenarnya bukan minum air tuh setiap hari pun.. dia minum lama-lama sekali itu pun setengah cawan jer… Katanya bila dah rasa cam penyakit kencing manis tuh macam nak menjadi balik.. barulah dia minum.. Dan bila pegi check di hospital, memang terbukti pun kadar kandungan gula dalam darah dia dah turun… Cumanya penyakit tak lah pulih sepenuhnya.. cuma ia berkurangan jer dan tak lah terlalu  kronik atau serius sangat.

 

Korang tahu kan.. pengidap kencing manis yg serius nie ada yg sampai tahap nak kena suntik insulin setiap hari.. Ubat makan dah tak de kesan dah.. Pas tu kalau terhiris luka sikit pun… fuhh.. memang makan masa berbulan-bulan nak baik..

 

Okey.. citer punya citer.. nih che petua nak kongsi petua rawat kencing manis.. Petua nie adalah alternatif kepada mereka yg tak dapat cari air daun ketum asli.. hehe..

 

Petua Rawat Kencing Manis

 

Petuanya ialah amalkan makan pucuk pegaga sebagai ulam ketika makan nasi. Makan setiap hari lagi bagus. Amalan ini dapat membantu mengurangkan gula dalam air kencing.

 

Selain itu, air rebusan akar dan daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai minuman untuk mengurangkan penyakit kencing manis nie.

 

M.Onya rebus daun dan akar pucuk pegaga yg telah dibersihkan lebih kurang 30 helai. Rebus dengan dua cawan air. Selepas itu biar ia sejuk sendiri dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. InsyaAllah, jika diamalkan berterusan lama-lama akan terasa kesannya yang positif.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Petua Penawar Kencing Manis. KLIK SINI Untuk Merawat Kencing Manis !

Senaman Kawal Kencing Manis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kencing Manis | Posted on 22-07-2014

0

Untitledzd

 

Senaman Kawal Kencing Manis. Kencing manis kini ancaman besar kepada penduduk dunia terutama di Asia; dengan gaya hidup kita hari ini dan semua orang berpeluang mendapat kencing manis kerana risikonya bertambah dengan peningkatan umur. Kajian Kesihatan dan Morbiditi 2006 mendapati 14.9 peratus rakyat negara kita yang berumur 30 tahun ke atas menghidap kencing manis berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.

 

Antara kaedah terbaik mengawal kencing manis ialah bersenam dan menjaga pemakanan. Ramai pakar kesihatan bersetuju senaman perlu dijadikan preskripsi iaitu ia perlu diambil (dilakukan) setiap hari; bukan untuk pesakit saja bahkan semua orang. Ini kerana senaman boleh mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 66 peratus.
Jadi, kenapa perlu bersenam setiap hari dan tidak boleh ‘dikumpul’ untuk dilakukan pada hujung minggu? Menurut Dr Letchuman, kencing manis jenis 2 yang dihidapi 90 peratus pesakit disebabkan badan mungkin tidak menghasilkan cukup insulin (yang bertindak sebagai pengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel) atau badan hilang sensitiviti terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan terhadap insulin) dan mengakibatkan insulin tidak diguna dengan sebaik-baiknya. Kesannya, makin banyak gula terkumpul dalam darah.
“Bersenam mempunyai kesan legasi iaitu ia mampu mengurangkan kerintangan terhadap insulin dan kesan ini boleh berlanjutan sehingga 48 jam. Jadi, sensitiviti badan terhadap insulin meningkat dan boleh menggunakan insulin untuk mengangkut gula dari darah masuk ke dalam sel. Jadi, jumlah gula dalam darah akan menurun.

 

“Jika kita bersenam setiap hari, kesan legasi ini akan berterusan dan membolehkan paras gula darah sentiasa berada dalam julat normal. Inilah sebabnya kita tidak boleh tunggu hingga hujung minggu saja untuk bersenam. Setiap orang sepatutnya bersenam 30 minit sehari; lima hari seminggu atau jumlah terkumpul 150 minit seminggu jika ia dilakukan selang sehari,” katanya.

 

Menurutnya, perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan bersenam boleh melengahkan kemunculan penyakit kencing manis terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu yang mempunyai ibu dan ayah penghidap kencing manis serta mempunyai masalah berat badan berlebihan.

 

“Peningkatan harga gula bukanlah perkara buruk, ia mempunyai manfaat tersirat. Ia secara tidak langsung menyedarkan kita semua untuk mengurangkan penggunaan gula dalam semua makanan dan minuman yang sekali gus membantu memudahkan kawalan penyakit.

 

“Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu,” katanya pada bengkel Kawalan Glisemik dan Pengurangan Risiko Kardiovaskular anjuran GlaxoSmithKline (GSK) sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun.

 

Senaman membantu usaha mengawal kencing manis dengan:

 

  • Memperbaiki keupayaan badan menggunakan insulin;
  • Membakar lebihan lemak, sekali gus membantu mengurangkan berat badan. Pengurangan lemak badan akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin;
  • Memperbaiki kekuatan otot;
  • Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang;
  • Merendahkan tekanan darah;
  • Memperbaiki dan melancarkan aliran darah;
  • Mengurangkan paras kolesterol buruk dan meningkatkan kolesterol baik, sekali gus memberi perlindungan daripada penyakit jantung;
  • Mengurangkan tekanan dan merangsang penghasilan hormon yang membuat kita berasa tenang dan seronok.Senaman Kawal Kencing Manis. Dr Letchuman mengakui kencing manis adalah antara penyakit yang sukar dikawal di negara kita. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini seperti:
  • Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang bersenam;
  • Penyakit lewat dikesan. ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis kerana gejala awalnya tidak jelas. Ini menyebabkan 50 peratus pesakit lewat mendapatkan rawatan;
  • Pesakit bertindak merawat diri sendiri dengan mencuba pelbagai jenis ubat, rawatan alternatif dan persediaan tradisional;
  • Pesakit tidak mematuhi jadual pengambilan ubat; keberatan menjalani rawatan atau bimbang terhadap penggunaan insulin. Salah anggapan terhadap insulin menyebabkan ramai mencuba rawatan alternatif sedangkan insulin boleh membantu memperlahankan perkembangan penyakit;
  • Bimbang kesan sampingan ubat seperti dilihat pada pesakit lain. Pesakit tidak perlu gusar kerana ubat untuk setiap individu berbeza mengikut tahap penyakit masing-masing. Jika ada kesan sampingan, berbincanglah dengan doktor supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.Senaman apakah yang baik untuk pesakit kencing manis? Pesakit boleh melakukan semua jenis senaman aerobik mengikut kemampuan mereka. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana saja hatta di dalam rumah.

    Bagaimanapun, jika anda tidak pernah bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda dan dalam keadaan bagaimana anda tidak boleh bersenam atau perlu berhenti bersenam.

    “Apabila doktor kata anda perlukan suntikan insulin, jangan panik dan takut. Suntikan insulin bukan bermakna penyakit anda sudah sampai ke peringkat akhir. Ia boleh memperlahankan atau melengahkan perkembangan penyakit.

    “Jika doktor mencadangkan anda mengambil suntikan insulin, cuba untuk seminggu dan lihat perubahan yang berlaku pada anda. Jika suka boleh teruskan dan jika tidak, boleh kembali kepada ubat.

    “Berdasarkan pengalaman, kebanyakan pesakit berkata kualiti hidup mereka lebih baik selepas mengambil suntikan insulin. Mereka juga tidak lagi kerap bangun malam untuk membuang air kecil,” katanya.

    Mengawal kencing manis bukan saja membuatkan anda lebih selesa, juga mengurangkan risiko mendapat:

  • Penyakit jantung;
  • Strok;
  • Penyakit mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau kebutaan;
  • Kerosakan saraf pada tangan, kaki atau bahagian lain badan. Ia juga antara punca utama kaki pesakit dipotong kerana apabila saraf rosak, pesakit hilang sensitiviti terhadap rasa sakit. Malah ia juga kerap mengakibatkan pesakit lelaki mati pucuk atau erektil disfungsi.
  • Kegagalan buah pinggang;
  • Penyakit gusi yang menyebabkan kehilangan gigi;Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr Khoo Kah Lin; berkata kencing manis yang bertambah teruk boleh memberi kesan buruk kepada salur darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Jika salur darah besar yang terbabit; ia boleh mengakibatkan strok, serangan jantung dan masalah pada kaki (antara penyebab kaki pesakit terpaksa dipotong).

    Kerosakan salur darah halus akibat kencing manis biasanya berlaku pada mata (retinopati diabetes atau kebutaan), kegagalan buah pinggang dan saraf pada kaki.

    “Serangan jantung adalah pembunuh utama di kalangan pesakit kencing manis. Pesakit kencing manis mempunyai risiko meninggal dunia dua hingga tiga kali lebih tinggi akibat serangan jantung berbanding orang normal. Oleh kerana ramai pesakit lewat berjumpa doktor, biasanya ketika kencing manis dikesan, mereka sudah mengalami pelbagai masalah salur darah yang meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.

    “Selain pengambilan ubat, saya selalu beri preskripsi diet kepada pesakit kencing manis iaitu isikan separuh pinggan dengan sayur-sayuran, satu perempat untuk sumber karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti) dan satu perempat lagi untuk sumber protein sama ada ikan, ayam atau daging,” katanya.

Untitledjj

Berikut Adalah Info Mengenai Senaman kawal kencing manis. KLIK SINI Untuk Lebih Info Kesihatan !

Petua Langsing Selepas Bersalin

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kurus Selepas Bersalin | Posted on 21-07-2014

0

Untitledzsss

 

Petua Langsing Selepas Bersalin Dgn Premium Beautiful Corset. 

Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.

Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan sama ada pantang secara tradisional mahupun moden, terpulang kepada anda sendiri.

Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan.Selain dapat menjamin kesihatantubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, ikuti tip mudah di bawah :

1. Menyusui
Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.

2. Minum Banyak Air
Bagi ibu yang melahirkan sekali gus menyusu badan perlu banyak minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.

3. Makanan Seimbang
Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sembarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang mencakupi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuba ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.

4. Olahraga
Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan olahraga. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja latihan di rumah. Latihan dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan kereta sorong atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.

5. Makan Hanya Ketika Lapar
Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.

6. Sertai Kelas Olahraga Pasca Kelahiran
Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan olahraga khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat. Sebaiknya, susui bayi dahulu sebelum mula berolahraga.

UntitledjjBerikut Adalah Petua Langsing Selepas Bersalin. KLIK SINI Untuk Lebih Info Kesihatan !

Petua Bayi Putih Gebu

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Bayi Putih Gebu | Posted on 20-07-2014

0

Untitledzss
Sebagai ibu bapa, setiap orang pasti menginginkan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari bakal dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna. Selain itu, mendapat bayi yang comel dan berkulit putih gebu pasti menjadi bonus bagi pasangan suami isteri yang sedang teruja menanti tarikh untuk menimang cahaya mata. 
Seperti yang semua sedia maklum, ciri-ciri seseorang bayi banyak bergantung kepada ciri-ciri lahiriah kedua ibu dan bapanya. Bermakna jika si ibu atau bapa berkulit gelap, besar kemungkinan bayi yang bakal dilahirkan juga akan mewarisi warna kulit salah seorang ibu bapanya. Begitu juga ciri-ciri lain seperti rambut lurus atau kerinting, mata berwarna perang atau biru dan pelbagai lagi ciri-ciri luaran lain.
Namun begitu, anda masih boleh berusaha untuk mendapatkan bayi yang berkulit cerah. Petuanya mudah saja. Sebaik mendapat berita gembira tentang kehamilan anda atau isteri, si ibu perlulah meningkatkan mengamalkan memakan sayur-sayuran hijau terutama sekali bayam hijau. Selain itu, lebihkan juga memakan telur ayam kampung, sebaiknya sebiji setiap hari. Petua ini hendaklah diamalkan sehingga si ibu melahirkan. In Shaa Allah, anak yang bakal dilahirkan akan berkulit cerah.Petua Bayi Putih Gebu .
Petua di atas adalah petua secara traditional. Jika anda kurang gemar memakan sayur-sayuran hijau atau bayam hijau serta agak sukar bagi anda untuk memperolehi telur kampung khususnya bagi yang tinggal di kawasan bandar, anda masih boleh berikhtiar namun dengan cara yang lebih moden.
Kaedah ini juga tidak kurang mudahnya malah telah terdapat testimonial akan keberkesanannya. Caranya ialah mengamalkan BB PLUS COLLAGEN ketika mengandung dan juga selepas melahirkan. Selain daripada boleh menjadikan anak yang bakal dilahirkan berkulit cerah gebu, kulit anak juga akan jadi lebih halus, bersih dan mulus. 
Untitledjj
Berikut Adalah Petua Bayi Putih Gebu. KLIK SINI Untuk Lebih Mengenai Info Kesihatan !

Petua Hilang Jerawat Belakang Badan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Jerawat | Posted on 19-07-2014

0

Untitledzb

 

Petua Menghilangkan Jerawat Belakang Badan | Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung. Baca tips dan petua kami dan belajar bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang badan untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik.

 

Basuhan kerap

 

Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.

Pengelupasan

 

Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai badan yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.

 

Rawatan menggunakan ubat

 

Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.

 

Utamakan pakaian anda

 

Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.

Untitledjj

Berikut Adalah Petua Hilang Jerawat Belakang Badan. KLIK SINI Untuk Lebih Info Kesihatan !

Tuala Wanita Yg Sesuai Utk Cegah Kanser Rahim

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kanser Rahim | Posted on 18-07-2014

0

Untitledzadu

 

Tuala Wanita Yg Sesuai Utk Cegah Kanser Rahim. Salah satu punca Kanser Serviks

 

Percaya atau tidak, tuala wanita merupakan salah satu punca kanser serviks. Ini kerana, kebanyakan tuala wanita yang terdapat di pasaran sekarang menggunakan bahan-bahan mentah dari bahan pakai buang. Kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen, agen fluoresen (warna) merupakan bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai-buang di pasaran. Ini termasuklah kertas kitar semula, kertas tebal, kotak, pulpa kayu yang mengandungi bakteria-bakteria berbahaya. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksin yang dinamakan Dioksin akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. Dan seterusnya maka terhasillah produk-produk pakai buang tuala wanita dan pantiliner.

 

Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.Tuala Wanita Yg Sesuai Utk Cegah Kanser Rahim

Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai. 

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya. 

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya. 

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap. 

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar. 

“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya. 

 

Bio Seleza Pad yang bermutu ini diperbuat daripada:

Bahan mentah yang berkualiti dan selamat.

Tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan bahan lain yang merbahaya.
100% Liputan Kapas

UntitledjjBerikut Adalah Info Mengenai Tuala Wanita Yg Sesuai Utk Cegah Kanser Rahim. KLIK SINI Untuk Lebih Mengenai Info Kesihatan !

Punca Bayi Kerap Menangis

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Bayi Menangis | Posted on 17-07-2014

0

Untitledzjhhhhhh

 

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi Baru Lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu. 

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya. 

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontrak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis. 

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan 
Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga. 

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. 

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya. 

2. Saya perlukan keselesaan 
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa. 

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa. 

3. Saya perlu kehangatan – tidak terlalu panas atau terlalu sejuk 
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. 

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. 

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas. 

4. Saya perlu dipeluk 
Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. 

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.  

5. Saya perlukan rehat 
Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian – mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah – dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk “tutup suis” dan bertenang.

 

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, “Saya dah tak tahan lagi”. Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. 

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring. 

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. 

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

 

  • muntah-muntah
  • cirit-birit
  • sembelit

7. Saya perlukan sesuatu … tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 
Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. 

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega. 

 

Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda. 

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat 
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan. 

Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak ‘hingar putih’ yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.) 

Buai-buaikan bayi 
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendongan tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan 
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat  angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas. 

Biarkan dia menghisap sesuatu 
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. “Hisapan penyelesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang. 

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda 
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stress kebimbingan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya. 

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan: 

 

  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

 
Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti. 
UntitledjjBerikut Adalah Info Mengenai Punca Bayi Kerap Menangis. KLIK SINI Untuk Lebih Info Kesihatan !

 

Punca Utama Penyakit Kronik

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Penyakit Kronik | Posted on 16-07-2014

0

Untitledzzs

 

SAINTIS percaya, Punca Utama Penyakit Kronik adalah kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.

Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadiradikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:Punca Utama Penyakit Kronik

  • Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
  • Minuman beralkohol.
  • Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
  • Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikalbebas.
  • Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
  • Sinaran ultra ungu.
  • Pencemaran alam sekitar. 
  • Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.
Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.
 
Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikalbebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikalbebas.
Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.
 
Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.
 
Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
 
Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.
Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.

*dipetik dari Harian Metro,

oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
Untitledjj
Berikut Adalah Info Mengenai Punca Utama Penyakit Kronik. KLIK SINI Untuk Lebih Info Mengenai Kesihatan !