Featured Post

Strok Boleh Diubati Diperingkat Awal

Strok Boleh Diubati Diperingkat Awal. KAEDAH RAWATAN KECEMASAN ANGIN AHMAR Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini sautu hari...

Read More

Kenali Punca Migraine

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Migraine | Posted on 30-06-2014

0

Untitledzzxxxxxxx

Kenali PUNCA  MIGRAIN berlaku:

1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:Kenali Punca Migraine

1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus

Untuk mengelakkan MIGRAIN berlaku ELAKKAN daripada:
Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
Stress dan tekanan
Jadual tidur yang tak tetap
Melambat-lambatkan waktu makan dan membiarkan perut kosong terlalu lama

Untitledjj

Memperkenalkan Kaedah Merawat Migraine. KLIK SINI !

Adakah Selamat Menjalani X-ray Semasa Hamil?

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kesan X-ray | Posted on 29-06-2014

0

Untitledzzxxxxxx

 

Adakah Selamat Menjalani X-ray Semasa Hamil?

Ia bergantung kepada jenis X-ray yang anda perlukan dan jumlah sebenar radiasi yang anda terima. Lebih tinggi tahap radiasi, lebih besarlah risikonya terhadap bayi. Kebanyakan X-ray seperti X-ray pergigian tidak mendedahkan bayi kepada tahap radiasi yang cukup tinggi sehingga boleh menyebabkan masalah. 

Kekuatan X-ray diukur dalam rad. Rad ialah unit yang menunjukkan berapa banyak radiasi yang diserap oleh badan. Bayi dalam kandungan yang terdedah kepada lebih daripada 10 rad didapati berisiko tinggi mengalami masalah pembelajaran dan penglihatan. Tetapi anda tidak perlu risau. Kebanyakan X-ray jauh lebih rendah daripada ini. Jarang sekali bagi X-ray mempunyai kekuatan lebih daripada lima rad. 

Contohnya, jumlah radiasi yang mungkin terkena pada bayi jika anda menjalani X-ray pergigian hanyalah 0.01 milirad. Memandangkan satu rad bersamaan dengan 1,000 milirad, anda mungkin perlu menjalani 100,000 X-ray pergigian untuk bayi anda menerima satu rad sahaja. Berikut ialah jumlah radiasi bagi X-ray biasa yang lain:Adakah Selamat Menjalani X-ray Semasa Hamil?

 

  • 60 milirad bagi X-ray dada;
  • 290 milirad bagi X-ray abdomen;
  • 800 milirad bagi imbasan tomografi berkomputer (CT scan) (walaupun anda mungkin tidak dinasihatkan melakukannya jika anda sedang hamil).

 

Sebagai perbandingan, semasa dalam kandungan bayi anda akan terdedah kepada kira-kira 100 milirad radiasi semula jadi daripada matahari dan bumi. 

Walaupun risiko daripada X-ray adalah rendah, doktor anda mungkin menasihatkan supaya anda menangguhkan X-ray yang tidak perlu hingga selepas bayi anda lahir. Jika doktor anda merasakan bahawa X-ray diperlukan dalam situasi tertentu, jangan bimbang. Jumlah radiasi yang akan bayi anda terima tentu saja dalam lingkungan julat yang selamat. Pada hari ujian dilakukan, pastikan jururadiografi yang bertugas tahu bahawa anda sedang hamil supaya beliau boleh memberi perlindungan yang sesuai kepada anda. 

Jika tugas anda di tempat kerja mendedahkan anda kepada radiasi, bincanglah dengan majikan anda tentang cara-cara mengurangkan atau mengelak daripada terdedah. Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah memakai lencana filem yang boleh memantau jumlah radiasi yang anda terima. Lencana ini boleh diperiksa dengan kerap untuk memastikan anda dan bayi anda selamat. 

Jika anda menerima radiasi daripada terapi untuk barah sebelum anda tahu anda hamil, bincanglah dengan ahli onkologi anda mengenai jumlah radiasi yang bayi anda mungkin telah terima. 

Untitledjj

Berikut Merupakan Info Berkaitan Adakah Selamat Menjalani X-ray Semasa Hamil? KLIK SINI Untuk Produk Ibu Hamil !

Kesan Selepas Pembedahan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Pembedahan | Posted on 28-06-2014

0

Untitledzzxxxxx
Selepas pembedahan, pesakit boleh mengalami beberapa kesan sampingan Selepas Pembedahan .  Kesan sampingan ini kebanyakannya adalah bersifat sementara sahaja.  Antaranya:
Kebas Tangan
 
Semasa pembedahan untuk membuang lemak ketiak, terdapat beberapa urat saraf yang perlu dibuang.  Pembuangan urat saraf ini akan menyebabkan kawasan tangan akan merasa kebas.  Perasaan kebas ini biasanya akan beransur pulih dan mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan.
 
Bengkak Ketiak
 
Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan tiub untuk mengalirkan cecair dri kawasan pembedahan.   Cecair ini biasanya akan kering beberapa hari.  Kadangkala setelah tiub dibuang, cecair akan berkumpul semula.  Cecair yang bertakung ini perlu disedut keluar.  Keadaan ini biasanya tidak berpanjangan.Kesan Selepas Pembedahan
 
Gerakan Bahu Terbatas
 
Pesakit akan merasa sakit untuk menggerakkan bahu mereka selepas pembedahan.  Jika bahu tidak digerakkan untuk beberapa hari, bahu akan menjadi keras dan pergerakan akan menjadi terbatas.  Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas pembedahan.
 
Bengkak Tangan
 
Pesakit yang telah menjalani pembedahan pada ketiak atau barah yang telah merebak ke limfa ketiak mungkin mengalami bengkak pada tangan.  Komplikasi ini mungkin berlaku beberapa bulan sahaja selepas pembedahan atau muncul beberapa tahun selepas pembedahan.  Pesakit mesti berhati-hati.  Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi limfidema selepas pembedahan.
Untitledjj
Berikut Merupakan Kesan Selepas Pembedahan. KLIK SINI Untuk Lebih Info Kesihatan !

Punca Pedih Ulu Hati

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Pedih Ulu Hati | Posted on 27-06-2014

0

Untitledzzxxxx

 

Pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada…pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.
Apakah penyebab masalah pedih ulu hati??
masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid drpd perut ke dlm esofagus..bagi sesiapa yg pertama kali mendengar istilah esofagus..ianya adalah satu tiub atau saluran yg menghubungkan mulut dan perut anda…fungsi esofagus adalah menyalurkan makanan yg anda makan terus ke dalam perut.
Antara penyakit yg menjadi punca kpd masalah pedih ulu hati adalah:

  • penyakit refluks gastroesofagus- hampir semua org pernah merasakan pedih ulu hati, ttp sekiranya anda kerap mengalami masalah ini sekerap lebih dari 2 kali dlm seminggu, anda mungkin mengalami penyakit yg dinamakan refluks gastroesofagus..penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bhg bawah esofagus yg menghalang asid drpd perut naik ke esofagus anda gagal berfungsi dgn baik..akibatnya, asid drpd perut naik dan masuk ke dalam esofagus dan merosakkan dinding esofagus anda..selain drpd pedih ulu hati, pesakit yg mengalami refluks gastroesofagus juga mungkin mengalami gejala2 lain seperti masalah utk menelan makanan, terasa sakit apabila menelan makanan, penghasilan air liur yg banyak, dan juga sakit dada.
  • sakit jantung- masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati…di kalangan pesakit yg masuk ke hospital disbbkan pedih ulu hati, 0.6% drpd mereka telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yg boleh membawa kpd serangan jantung.
  • faktor2 lain seperti kehamilan, makanan dan ubat2an tertentu, stress, merokok, pengambilan alkohol dan  juga obesiti boleh menjadi punca kpd masalah pedih ulu hati

 

Seperti yg saya nyatakan di atas, masalah pedih ulu hati juga adalah merupakan gejala bagi masalah jantung atau serangan jantung..mungkin ada di antara anda di luar sana yg sudah khuatir ttg kenyataan ini..utk membezakan pedih ulu hati yg disebabkan masalah refluks asid dan pedih ulu hati yg disbbkan serangan jantung, mari kita kaji dgn lebih mendalam ttg karakter pedih ulu hati yg dimaksudkan..
 
Pedih ulu hati yg disbbkan refluks asid sllnya…
  • tidak merebak ke bhg bahu dan juga tangan seperti yg dialami oleh pesakit yg mengalami serangan jantung
  • berlaku selepas makan dan semasa baring. apabila anda makan, perut anda akan mengeluarkan asid utk pencernaan, pada masa ini lah asid tersebut akan naik dan masuk ke dalam esofagus.
  • gejala pedih ulu hati dpt di legakan dengan cepat apabila anda mengambil ubat yg meneutralkan asid seperti antasid..namun begitu 10% drpd pesakit serangan jantung juga merasa lega apabila diberikan antasid..
  • semasa anda mengalami pedih ulu hati, anda tidak atau jarang berpeluh seperti yg berlaku kpd pesakit serangan jantung

 

Antara ujian yg akan dijalankan oleh doktor bagi pesakit yg mengalami masalah pedih ulu hati ialah:
  • ujian antasid - pesakit yg diberikan antasid akan menunjukkan kelegaan pedih ulu hati selepas 5-10 minit.
  • sukatan pH esofagus- doktor akan memasukkan alat ke dlm esofagus anda melalui hidung utk menyukat pH dlm esofagus anda samada berasid atau tidak
  • endoskopi- prosedur ini adalah utk melihat lapisan esofagus anda samada berada dlm keadaan baik atau telah rosak disebabkan asid

 

RAWATAN:
adalah penting bg pesakit yg sering mengalami masalah pedih ulu hati utk mendapatkan rawatan doktor kerana sekiranya penyakit refluks gastroesofagus adalah punca kpd masalah ini, rawatan adalah utk mencegah lapisan esofagus anda drpd terus rosak dan hancur disbbkan asid yg masuk ke dlm esofagus tersebut..
rawatan adalah berbentuk modifikasi cara hidup atau lifestyle anda, ubat atau pembedahan..
Untitledjj
Berikut Merupakan Punca Pedih Ulu Hati. KLIK SINI Untuk Lebih Mengenai Info Kesihatan !

Punca Ulser Mulut

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Ulser Mulut | Posted on 26-06-2014

0

Untitledzzxxx
Punca terjadinya ulser mulut:
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

 

Cara untuk merawat ulser mulut:

 

  • elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air masak dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Untitledjj

Cuba ubat gigi Garam Buluh Dari Hai-O . InsyaAllah boleh atasi masalah ulser, mulut berbau dan macam-macam lagi. KLIK SINI !

 

Petua Merawat Kanser

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Merawat Kanser | Posted on 25-06-2014

0

Untitledzzxx

 

Makanan yang dapat menentang kanser:

Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.

Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.

Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.

Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.

Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.

Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.

Jangan makan makanan yang telah berkulat.
Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.

Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.

Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
Kulit ayam/itik mesti dibuang.
Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.

Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.

Beli sayuran organik jika mudah didapati.
Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.

Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.

Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.

Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% proteinsayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.

Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.

 

 

Betik dan Vitamin  B17

Buah betik atau ( Carica Papaya ) merupakan salah satu buah-buahan tropika yang sangat berhasiat dan ajaib dari sudut rawatan yang sangat luar biasa. Menurut kajian buah betik dan bijinya yang telah terbukti mempunyai hasiat antihypertensive, antioxidant, anti- amoebic, antiparasitic, antiseptic, penyembuhan luka luaran dan luka atau pendarahan dalaman.

Sebagai alat Contraceptive ( pencegah kehamilan ), sel kanser akan bertindak balas atau merebak selepas pembedahan. Sebab itu kimotherapy dianjurkan untuk di lakukan untuk membunuh sel kakser. Salah satu alemen yang di perlukan untuk sel kanser merebak adalah kehadiran astrogen Hormon pada luka pembedahan. Buah betik merupakan agen Contraceptive dan dapat menghalang estrogen dari pada berkumpul pada luka pembedahan tersebut.
Situasi ini akan menghalang sel kanser dari merebak dengan cara menghalang kehadiran estrogen pada luka pembedahan tersebut. Tanpa estrogen sel kanser tidak dapat merebak. Selain dari buah betik, batang buah nenas yang mengandungi bromalain juga mempunyai fungsi yang sama seperti buah betik.
Buah Betik merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A. Buah ini telah dipilih oleh WHO untuk meningkatkan kadar Vitamin A pada kanak-kanan di negara-negara miskin yang mengalami kekurangan Vitamin seperti Cameroon dan Sri Lanka.

Buah betik sangat terkenal dalam penggunaan rawatan Kanser di Mexico. Kajian menunjukan betik mempunyai sifat melawan kanser kerana mengandungi sebatiananti kanser carotenoids yang di kenali sebagai lycopene, beta-carotene dan cryptoxanthin. Benzyl isothiocyanate dijumpai dalam buah betik berfungsi untuk menginduksi apoptosis dalam pankreas, prostat, leukemia dan menghalang karsinogen pada kanser pundi kencing.

Kesembuhan Breast cancer ( kanser Payudara ) sangat rapat hubunganya dengan memakan betik. Benzyl isothiocyanate di temui dalam buah betik dan bijinya telah terbukti secara selectively induce apoptosis di dalam sel kanser payu dara tubuh manusia. Kadar carotenoid yang tinggi di temui dalam buah betik membuktikan pengambilan buah betik secara berterusan dapat membantu merawat dan melindungi seseorang dari terkena Penyakit kanser Payu Dara.

Sistem imun ( Pertahanan melawan penyakit ).
Siapapun yang mencermati sistem imun dan cara kerjanya, pasti ia akan mangatakan bahwa sistem pertahanan ciptaan Allah swt ini merupakan sistem pertahanan yang paling cangih , mengatasi kehebatan sistem pertahanan negara manapun di dunia. Ia bekerja dengan mekanisme yang sangat menakjubkan, untuk mendapat hasil pertahanan yang baik , patogen harus memasuki (port d’entre) pada bahagiaan tertentu.

Bila telah terjadi jangkitan penyakit, patogen akan segera direspon oleh sistem pertahanan tubuh non spesifik sebagai garis pertama sistem pertahanan tubuh, yaitu berupa kulit, selaput lendir, silia, batuk dan bersin, faktor larut yang terdiri dari faktor biokimia seperti lisozim , sekresi sebaseus, laktoferin dan neuraminik asid , faktor humoral seperti komplemen, interferon dan CRP.9 Sebagai wujud satu-kesatuan seluruh kerja sistem tubuh, disaat sistem pertahanan tubuh non spesifik bekerja, sistem pertahanan spesifik sudah diberi arahan untuk bertindak pada saat yang di perlukan.
Selanjutnya, faktor humoral, sel B dan faktor selular seperti Th (Th1, Th2, Ts, Tdth dan Tc) akan terangsang untuk menghasilkan anti bodi, yaitu sejenis protein yang bekerja menaklukkan secara spesifik patogen tertentu. Dan anti bodi yang terbentuk ini, selanjutnya dipertahankan tubuh untuk merawat penyakit yang serupa. Dengan istilah yang paling mudah, sistem pertahanan spesifik akan merakam segala jenis penyakit yang pernah kita hadapi dan bersedia untuk melawanya. Bagi penyakit yang tidak pernah kita hadapi sistem ini akan berusaha untuk merawat dengan cara mengeluarkan anti body yang dapat merawat penyakit tersebut.

 

 

Menurut kajian, khasiat epal hijau dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya yang mengandungi phytonutrient dipercayai mampu melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organic sewaktu bertindak balas dengan bakteria didalam usus.
Kandungan asidbutrik juga merupakan sember makanan sel usus yang terdapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh setaip manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang telah dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampi mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di jepun penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengatifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawak pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Mengamalkan epal hijau tidak akan mengundang tragedi buruk bahkan ia amat baik untuk untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasai tanda-tanda mendapat migraine seperti kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau. Menurut kata Alan Hirsh pengarah The Taste Research Foundation di Chicago epal hijau amat membantu pengidap migraine. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan mood ceria dan meredakan ketegangan yang di alami.
Selain itu, bagi golongan yang gemar berdiet selalunya anda mempunyai masalah sembelit. Kini tidak akan menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.
Meski pun ia bermanfaat mengatasi masalah sembelit buah epal ini juga mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam buku ciptaannya yang bertajuk Healing Foods. Menurut apa yang diterangkan didalam buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Dan mengikut kajian buah ini hampir dikatakan tidak mengandungi lemak dan juga kolestrol, dan ianya sangat sesuai dimasukkan dalam menu harian bagi wanita-wanita yang ingin berdiet.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Kelebihan epal hijau yang tidak anda ketahui :

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membrane paru-paru.
Membantu kesihatan tulanf dengan menambah bahan kimia ( boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko kanser.
Menghidu epal dapat menenagkan fikiran.

 

 

APA YANG PESAKIT KANSER TAK BOLEH MAKAN? 

1) Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak). 

2) Jangan ambil Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian 

3) Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain 

Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula. 

4) Jangan makan Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser) 

5) Jangan Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak) 

6) Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid. 

7) Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut) 

8) Say good bye bye pada Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. 

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikansalmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser). 

9) Pun tak boleh ! ->Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet. 

10) Jangan ambil Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan. 

11) Perlu dielakkan Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi. 

12) Jangan makan Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan) 

Untitledjj

Berikut Merupakan Petua Merawat Kanser . KLIK SINI !

Info Khas Mengenai Kanser Rahim

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kanser Rahim | Posted on 24-06-2014

0

Untitledzzx
Info Khas Mengenai KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIK)
 

Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).

 

 

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM 

 

Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah: 

 

  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

 

TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

 

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.Info Khas Mengenai Kanser Rahim

 

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut: 

  1. Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak

 

AKIBAT KANSER PANGKAL RAHIM

 

Apakah akibatnya jika kanser pangkal rahim tidak dirawat ataupun rawatan yang diberikan lewat? Kesan akibat kanser pangkal rahim terbahagi kepada 3  kesan utama:

 

1. Kesan Fizikal

2. Kesan Psikologi dan Sosial

3. Beban kepada ahli keluarga

 

 

APAKAH KAEDAH RAWATAN KANSER PANGKAL RAHIM.

 

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

 

a. Pembedahan

b. Rawatan Radioterapi

c. Rawatan Kemoterapi

 

Maklumat-maklumat lain yang patut anda ketahui adalah seperti berikut:

 

  • Jenis ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser pangkal rahim
  • Jenis pembedahan yang dilakukan
  • Rawatan selepas pembedahan
  • Rawatan Radioterapi
  • Rawatan Kemoterapi
  • Bagaimana mengesan kanser berulang
  • Langkah-langkah pencegahan kanser berulang
  • Imej-imej yang jelas mengenai aspek-aspek penting kanser pangkal rahim.   

Untitledjj

Berikut Merupakan Info Khas Mengenai Kanser Rahim. KLIK SINI Untuk Mendapat Produk Yang Membantu Proses Penyembuhan Kanser!

6 Cara Mengawal Selera Makan

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Selera Makan | Posted on 23-06-2014

0

Untitledzzzzzzzzz

 

Mengawal Selera Makan, Semua orang mempunyai nafsu makan. Nafsu makan ini yg menjadikan salah satu kenikmatan hidup jika tuntutan nafsu makan dapat ditunaikan. Namun jika nafsu terlalu diikutkan bakal memberikan kemudaratan pada kesihatan diri seperti obesity. Terdapat beberapa cara yg boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan:

1. Utamakan minum air 

Minum air sebelum makan makanan berat. Minum air selalu (not less than 2 Litre) akan membuatkan anda sentiasa kenyang, membantu untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Minum air sentiasa akan memudahkan penghadaman, memudahkan pembuangan air kecil dan besar. 

2. Makan buah sebelum makan makanan berat

Adalah lebih baik jika didahulukan dengan memakan buah sebelum mengambil sebarang carbohydrate, kerana ia akan memudahkan proses penghadaman berlaku, malah membantu utk mengurangkan pengambilan calorie dlm makanan berat.Mengawal Selera Makan.

3. Kurangkan makanan dan minuman manis

Makanan dan minuman manis akan menaikkan kadar insulin, yg akan mengakibatkan anda cenderung untuk makan lebih. Makanan dan minuman manis selalunya mempunyai calorie yg tinggi, dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.

4. Mengunyah berulang kali

Anda perlukan masa 20 minit untuk merasa kenyang. Untuk mencapai 20 minit, kurangkan pengambilan makanan dan mengunyahnya sehingga berulang-ulang kali. Setelah 20 minit, akan mencapai mesej pd perut telah merasa kenyang. Kunyah berulang kali juga elok untuk penghadaman yang bagus. Sebaik-baik mengunyah adalah sebanyak 40 kali.

5. Tekanan menjurus memakan berlebihan

Untuk mengawal nafsu makan, elakkan diri daripada merasa tekanan. Hal ini kerana tekanan diri boleh mengeluarkan hormone Cortisol yg mempengaruhi kenaikan insulin dan selera makan.  Anda boleh melepaskan tekanan dengan melakukan senaman aktif yang menghiburkan. 

6. Makan makanan bersumberkan protein

Memakan protein lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yg enak. Tapi sebaiknya adalah sumber protein yg original supaya dapat mengelakkan daripada pengambilan calorie berlebihan dan lemak tepu. Contohnya, ayam.

Untitledjj

Berikut Merupakan 6 Cara Mengawal Selera Makan. KLIK SINI  Untuk Info Produk Kesihatan Yang Lain.

Teknik Yang Betul Mandikan Bayi

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Teknik Mandikan Bayi | Posted on 22-06-2014

0

Untitledzzzzzzzz

 

Teknik Yang Betul Mandikan Bayi. Bersiap Sebelum Bermula

 

Sediakan tuala, pakaian bersih, produk penjagaan bayi, napkin atau diapers. Tutupkan aircond atau kipas dan pastikan barang keperluan berada berdekatan sebelum memandikan baby.
 
 
Jangan Tinggalkan Baby Bersendirian Dalam Bilik Air
Huh siapalah yang sengal sangat nak buat macam ni…bahaya ok? Baby tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan walaupun hanya beberapa saat. Mereka boleh lemas dalam air yang hanya 15cm. If ada phone call atau terpaksa beredar ke dapur, tualakan baby danbawa bersama uolss…Kalau tak biarkan jer dulu… Abah Ash call pun iolss tak angkat ok? Biaq pi dulu, lepas tu bila dah settle baru text or call balik…

 
Rilex dan Berseronok Bersama
Baby akan rasa stress or pressure if uolss cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa seperti memasak, bercakap di telefon, memperlahankan televisyen, mengeluarkan pakaian dari washing machine dan lain2. Semuanya boleh dilakukan kemudian. Terdapat banyak buku2 penjagaan baby yang memberikan penerangan terperinci tentang cara yang betul untuk memandikan baby, biasanya bermula dengan membasuh muka dan rambut baby sebelum memasukkan baby ke dalam tab mandi. Tiada cara yang betul atau salah, uolss akan melakukannya dengan mudah lama-kelamaan, trust me…

 
Yang penting ialah perkara2 asa seperti berikut…

 
SEDIAKAN AIR SUAM
Walaupun dalam cuaca panas, baby perlu dimandikan dalam air suam sebab badan baby menjadi sejuk dengan cepat. Gunakan tangan uolss untuk merasa suhu air sebelum memasukkan baby ke dalam tab. Teknik Yang Betul Mandikan Bayi.

 
SABUN BABY
Penggunaan sabun tidak diwajibkan, tetapi ia memberikan bau segar yang berpanjangan pada baby. Gunakan sabun hipo-alergi dan sentiasa berhati2 supaya tak terkena pada mata baby. 

 
PEGANG BABY DENGAN BETUL
Cara yang betul untuk memegang baby semasa mandi ialah mengendongnya dengan satu tangan dan membiarkan satu tangan lagi bebas untuk menyiram ai, menggosok sabun dan mencapai towel bila dah settle mandikan baby. Ini memerlukan sedikit practice..tapi akan jadi senang bila uolss dah biasa…  

 
JANGAN MANDIKAN BABY TERLALU LAMA
Baby memanglah rasa seronok kalau mandi, tapi 5-8 minit dah cukup untuk bergembira sebelum air mulai sejuk dan baby mengelatok kesejukkan. Cara nak tau air tu dah sejuk ke tak bila baby uolss dah mula bersin…Haaachoo!!! Haihhhh… itu cara Ash bersin…wakakakaka…

 
KERINGKAN BABY SEBELUM MENGENAKAN PAKAIAN
Keringkan bahagian belakang telinga, di celah jari, ketiak, dagu dan bahagian di antara perut dan pangkal peha sebelum mengenakan pakaian untuk mencegah ruam. Ha ha ha, Ash geli bila usik perut dia…  

 
URUT BABY UOLSS
Lepas dan pakaikan diapers, luangkan sedikit masa untuk sesi mengurut sebelum mengenakan pakaian untuk baby. Ash suka kena urut uolss…diam jer dia pandang mummy… Cukup dengan hanya menggosok lotion atau minyak baby di seluruh kaki atau badan untuk beberapa minit.

 
BERAPA KALI SEHARI???
Some parents bertegas yang baby mesti mandi sekali sehari, biasanya di waktu pagi, diikuti dengan mengelapnya dengan kain basah pada waktu petang untuk mengelakkan baby dari demam. Ada juga yang mandikan baby 2 kali sehari atau lebih kerap semasa cuaca panas apabila baby berpeluh dna melekit. Ikutlah keadaan semasa dan keperluan baby… uolss lagi faham baby uolsss…
Untitledjj
Berikut Mengenai Info Teknik Yang Betul Mandikan Bayi. KINI Memperkenalkan Produk Untuk Bayi Tidur Lebih Lena & Mengelakkan Jaundis. KLIK SINI !

10 Cara Mengawal Stress Dengan Betul

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Stress | Posted on 21-06-2014

0

Untitledzzzzzzz

 

Mengawal Stress Dengan Betul. Salah satu masalah paling kerap berlaku dalam kehidupan kebanyakkan populasi manusia adalah “STRESS” tidak kira dalam apa jua keadaan,sama ada sebagai seorang pelajar, seorang pekerja, seorang suami dll. Saya sebagai seorang mahasiswa yang terpias dek STRESS dalam pelajaran terpanggil untuk berkongsi cara yang terbaik untuk mengawal STRESS dalam kehidupan seharian. Perkongsian ini berdasarkan ilmu yang dituntut semasa menuntut ilmu sebagai “Customer Service” Selama 3 bulan. Disini terdapat 10 cara yang mudah untuk diamalkan.

1. Bercakap/berbual !! jangan menyembunyikan semua perasaan anda dalam hati kecil. Berbincang la tentang perasaan anda, tentang stress yang anda hadapi dengan seseorang yang anda percayai yang boleh mendengar luahan hati anda tanpa memberi sebarang tanggapan awal atau memberi pendapat awal tentang anda tanpa mendengar apa masalah atau perasaan anda. Walaupun anda tidak dapat mengubah situasi STRESS anda secara mendadak, minta la pertolongan dari sesiapa yang rapat dengan anda.

2. ACT!! bersedia mengambil risiko dan membuat perubahan, tak kira la sekeciil mana masalah yang dihadapi, cubalah untuk mengubah keadaan STRESS ataupun sebahagian kecil daripadanya kerana tindakan ini akan dapat membantu anda dalam mengatasi keadaan yang lebih besar. setiap tendakan yang dilakukan, berfikirlah secara posiitif.

3.Memahami Diri Sendiri!! jika anda tahu bagaimana diri anda bertindak balas keatas STRESS, anda juga memahami bagaimana untuk melawan STRESS secara effective. Belajarlah memahami isyarat diri anda dan cari cara untuk mengurangkan STRESS anda. walaubagaimanapun hanya “Taking five” untuk menenangkan kembali fikiran anda.

4.Menjadi Ketua untuk DIri anda!!Mendalami apa yang dikehendaki oleh diri anda untuk membuatkan diri anda berasa selesa dan dapatkannya ketika anda berasa STRESS. terdapat cara lain untuk mengurangkan stress adalah dengan mencari minat terhadap sesuatu , hobi atau aktiviti yang membolehkan anda melepaskan STRESS anda dan bergembira.Mengawal Stress Dengan Betul.

5.Jangan Terlalu Memaksa Diri!!Jika anda terlalu STRESS dan tidak dapat mengawalnya.mintala sebarang pertolongan dari individu terdekat.

6.PRIORITIZE!! Anda mungkin tidak dapat menerima semua tanggungjawab yang diberikan kepada anda tetapi anda boleh belajar untuk melengkapkan atau menjalankannya dengan sebaik mungkin dan pilihlah cara yang terbaik untuk menganturkannya.

7.Tonjolkan Diri Anda!!Bentuklah kehidupan yang terbaik anda dengan membuat terbaik untuk kehidupan orang lain.VOLUNTEER!!,berfikirlah secara positif.

8.Make Success happen!!jika anda tidak dapat mengubah dunia,ubahla diri anda,belajarlah mencintai diri anda sebagaimana diri anda dan majulah kehadapan untuk mencapai matlamat yang diindamkan.

9.Get Away!!CUba untuk melupakan seketika apa yang dihadapi.

10.Sosial!!Luangkan masa bersama keluarga, orang yang tersayang dan kawan-kawan yang terdekat. jangan takut untuk mengembirakan diri anda. Hargailah perhubungan yang terjalin dan tunjukkan lah kepada mereka yang anda mengahargai kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

Untitledjj

Berikut Mengenai Info 10 Cara Mengawal Stress Dengan Betul. KLIK SINI Untuk Merawat Stress !