Featured Post

Virus Hepatitis Pemusnah Hati

    Virus Hepatitis Pemusnah Hati .TAHUKAH anda mengapa kita dilarang berkongsi berus gigi dan pisau cukur, walaupun dengan adik beradik sendiri? Ia adalah saluran paling mudah untuk virus berjangkit.Dikelilingi beratus jenis virus dan bakteria mendedahkan kita kepada pelbagai jenis jangkitan...

Read More

Tahukah Anda Apakah Punca Strok??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Strok | Posted on 30-04-2014

0

Untitledzas

 

SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau punca Strok.

 

Jangan ada istilah tunggu sebentar apabila dikesan amaran awal itu kerana sikap melengah-lengahkan sebenarnya akan membawa kesan lebih buruk.

 

Perkara ini mungkin pernah berlaku kepada orang tua yang biasanya mahu menunggu anak pulang dahulu dari tempat kerja sebelum membawa mereka menjalani pemeriksaan selanjutnya di hospital.

 

”Rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan angin ahmar,” kata Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican.

 

Sehubungan itu, sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan angin ahmar yang kini menjadi pembunuh nombor empat di Malaysia.

 

Dr. Julia memberitahu, setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu.

 

Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan.

 

”Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

 

”Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness , hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan,” katanya.

 

Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya Serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

 

”Sekalipun gejala ini lazimnya hilang sepantas ia datang di mana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakan otak lebih teruk,” katanya.Punca Strok

 

Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remeh kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.

 

Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30-an, 40-an dan 50-an.

 

Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.

 

”Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes,” katanya.

 

Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

 

Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.

 

Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.

 

”Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,” katanya.

 

Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.

 

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.

 

Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.

 

”Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.

 

Sehubungan itu, kata Cecilia, terapi yang membantu kepada pertuturan juga akan membantu proses untuk menelan makanan kepada pesakit.

 

Tambahnya, ahli keluarga tidak perlu bercakap dengan nada yang kuat dengan pesakit sebaliknya gunakan perkataan yang senang dan mudah supaya dapat difahami dengan jelas oleh mereka.

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Modern Secara Semulajadi Untuk Merawat Strok Masa Kini Menggunakan Teknologi Alam Semulajadi. KLIK SINI !

Cara-Cara Mengatasi Masalah Kulit Kepala Berkelimumur

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Masalah Kelimumur | Posted on 29-04-2014

0

Untitledalki

 

Petua Menghilangkan Dan Merawat Kulit Kepala berkelimumur

 

Daun inai dan serbuk teh

 

Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang.

 

Air limau

 

Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang.Mengatasi Masalah Kulit Kepala Berkelimumur

 

Daun pandan

 

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi.

 

Santan

 

Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih lebat sihat dan kuat!

Untitledjj

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah kulit kepala berkelimumur. Selamat mencuba! Produk Kesihatan Masa Kini. KLIK SINI !

Apakah Punca-Punca Sakit Sendi Arthritis??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Sendi Arthritis | Posted on 28-04-2014

0

Untitledzxcc

 

 

Apakah Punca Sakit Sendi Arthritis? Rasa sakit yg mencucuk-cucuk di lutut. Rasa panas di pergelangan tangan dan tanpa anda sedari anda salah seorang dari Jutaan penghidap arthritis di dunia ini. Apa, bagaimana, kenapa dan macamana tentang arthritis. Ilmu ni berguna untuk kita ada pada bila-bila masa.

Bagi yang berumur awal 40-an masa inilah anda kena berwaspada kerana Arthritis ni mula nak bertindak terutamanya wanita kerana nisbah 3 wanita berbanding seorang lelaki menghidapi Arthritis. Bagi lelaki pula anda akan lebih cenderung untuk kena gout. Arthritis ni boleh terjadi di semua sendi yg terdapat di badan kita dan kerana itulah bahasa pasar dia ni sakit sendi. 

Arthritis boleh melumpuhkan dan mengakibatkan kerosakan yang nampak jelas secara fizikal dan kesakitan dalaman yg terpaksa di deritai pesakit. Kadangkala sampai berjalan pun rasa nak menangis akibat kesakitan yg teramat sangat. Tetapi masalahnya ramai yg tidak di dedahkan awal-awal lagi dengan punca serta pantang larang yg betul dalam menanganinya. 

Osteoarthritis adalah yang paling biasa di hidapi oleh kebanyakkan pesakit arthritis. Selalunya ia akan memberi kesan kepada sendi yang lebih besar seperti lutut, pinggang dan belakang badan. Dan semua ini jika anda perasan merupakan fizikal di bahagian bawah badan kita yang mana kesannya didapati akibat makan banyak dan tak bersenam serta hormone selepas kahwin yang banyak menjadikan wanita dah berkahwin jadi gemuk. Kena osteo ni macam kena protest dengan badan kita sendiri la…kaki tak larat nak bawak badan, pinggang tak dapat nak tahan perut dan sebagainya. Osteo ni lebih kepada wear and tear pada tulang rawan kita dimana semakin meningkat usia semakin lemah fungsi tulang kita. 

Rheumatoid Arthritis berlaku apabila terdapat kekacauan @ gangguan dari imun sistem kita yang menyerang tisu badan. Bukan setakat di sendi saja tetapi lain – lain fungsi badan turut berada di dalam bahaya. Ia memberi kesan kepada sendi-sendi kecil macam jari, siku, pergelangan tangan dan lutut dengan menghakis tulang dan menyebabkan struktur fizikal menjadi cacat seperti jari menjadi bengkok. Rheumatoid ini antara arthritis yang paling bahaya dan berdoalah anda tak kena kerana selain kesakitan yang amat sangat ia juga mampu membawa maut. 

Jadi kenapakah arthritis ni menyerang anda ? 

Bersenam tak.. makan main balun je.. apa lagi .. berat badan setiap tahun lepas kahwin bertambah 2 kilo.. 10 tahun kahwin dulu masa single berat 50 kg..sekarang tambah da 20 kg dah jadi 70 kg.. orang tua-tua kata makin bahagia la tu.. dulu makan sorang tak lalu.

 

Lagi apa masalahnya.

Makanan yg dimakan tu pulak tak sihat dimakan.. berprotin tinggi serta mengandungi bahan kimia. 20 thn lalu memang tak nampak kesan tapi kalau dah hari – hari makan benda yg tak elok, lama-lama terkumpul dalam badan akibatnya sekarang dah dapat sakit lutut, dah dapat diabetis dah lupa sebelum keluar rumah tadi dah tutup kipas ke belum merupakan Punca Sakit Sendi Arthritis.

Jadi bila diri kita sendiri sakit, hanya kita saja yang tahu cara merawatnya dan mengurangkan tahap kesakitan yang dialami. Eksperimen dengan diri anda sendiri. Bukan sahaja dengan ubat malahan dengan permakanan anda. Jika anda rasa sakit selepas makan sesuatu anda tahu bahawa benda itu harus di tinggalkan. 

Pemakanan

Pesakit Arthritis perlu mengelak makan daging merah dan mungkin juga produk berasaskan tenusu yang menghasilkan protin yang tinggi. Memang badan kita perlukan protin ni tetapi berlebihan ia akan menyebabkan terjadinya asid urik yang berlebihan. Dalam keadaan normal asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing @ apabila kita sahut nature calls tetapi lebihan akan berkumpul dan menyebabkan terjadinya arthritis. 

Tahukah anda Susu juga perlu dipilih sebaik mungkin. Sekarang ni memang terdapat pelbagai jenis susu di pasaran. Saya sendiri lebih sukakan susu Full Cream berbanding Low Fat Milk ( susu rendah lemak) dan saya nasihatkan anda elakkan mengambil susu yang tertulis untuk tulang, HL dan sebagainya. Jika nak khasiat ambil Full Cream kerana ia lebih kurang sama dengan susu yang segar. Anda perlu bijak dan juga berfikir secara rasional. Tak semua lemak adalah tak baik dan pernah tak anda lihat orang jadi gemuk sebab minum susu. Fikirlah sendiri.

Elakkan makanan yang diproses. Jangan salah faham ye. Bila kita katakan makanan yang diproses bukan setakat yang dalam tin tu saja malahan bahan runcit harian seperti gula, tepung, roti, garam dan sebagainya. Barang seperti gula dan tepung ni telah diproses dan menjadikannya tidak sihat untuk jangka masa panjang. Buat pengetahuan anda gula perang lebih berkhasiat dan tepung sepatutnya bewarna kekuningan sebelum ianya di bleach menjadi putih. Jadi bukan setakat makanan yang diproses tetapi sayur-sayuran juga perlu di makan berhati – hati. Kadangkala saya sendiri rasa lebih baik tak makan dari makan. Buat apa nak menambahkan toksik dalam badan kan.

Kekacang seperti kacang buncis, soya dan sebagainya. Tapi ada pesakit yang boleh makan tanpa sebarang kesakitan. Jadi eksperimenkan diri anda. 

Makanan bercengkerang ni memang no-no. Ketam dan udang terutamanya. Ia akan meningkatklan asid urik di dalam badan serta menambahkan kesakitan yang sedang anda alami. 

Elakkan juga sayuran yang sejuk seperti tomato, kentang, terung dan sebagainya. 

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Sakit Sendi Arthritis Melalui Teknologi Semulajadi Berasaskan Garam Laut & Cahaya Matahari Waktu Pagi. KLIK SINI !

7 Tanda-Tanda Migraine??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Migraine | Posted on 27-04-2014

0

Untitledzxc

 

 

Tanda-tanda migraine

 

 

  1. Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. 
  2. Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
  3. Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
  4. Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
  5. Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara.
  6. Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
  7. Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan.

 

Cara elak migrain.HINDARKAN:

 

 

  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Migraine Melalui Teknologi Semulajadi Berasaskan Garam Laut & Cahaya Matahari Waktu Pagi. KLIK SINI !

Cara Mengatasi Kolestrol Tinggi Dalam Darah

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kolestrol Tinggi | Posted on 26-04-2014

0

Untitledtyh

 

 

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah | Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

 

 

Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

 

 

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

 

 

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

 

 

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

 

 

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

 

 

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

 

 

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.Cara Mengatasi Kolestrol Tinggi Dalam Darah

 

 

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

 

 

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

 

 

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

 

 

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

 

 

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

 

 

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

 

 

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

 

 

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

 

 

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

 

 

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Kolestrol Tinggi Menggunakan Teknologi Modern Masa Kini Melalui Kaedah Semulajadi. KLIK SINI !

Tahukah Anda Tanda-Tanda Penyakit Buah Pinggang??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Buah Pinggang | Posted on 25-04-2014

0

Untitledty

 

Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang

1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. 
Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

 

2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

 

3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

 

4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.Tanda-Tanda Penyakit Buah Pinggang.

 

5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

======================================

 

APAKAH RAWATAN ALTERNATIF YANG ANDA ADA UNTUK SELAMATKAN BUAH PINGGANG ANDA?
——————————————-

 

BERITA BAIK BUAT WARGA MALAYSIA> SELIMUT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI CAHAYA MATAHARI DAN GARAM MERAWAT PESAKIT BUAH PINGGANG MELALUI TIDUR SAHAJA. 

Anda amat berpuashati terhadap tahap kesihatan anda.

Untitledjj

Memperkenalkan  Arternatif Masa Kini Merawat Sakit Buah Pinggang Menggunakan Teknologi Cahaya Matahari Waktu Pagi. KLIK SINI !

Tahukah Anda Tanda-Tanda Penyakit Hepatitis B??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Hepatitis B | Posted on 24-04-2014

0

Untitledzzzz

 

 

Penyakit Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin.Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

 

 

Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan oleh virus. Ia pada asalnya digelar “hepatitis serum” dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika. Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di  Asia.Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virus adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

 

Bagaimana Hepatitis B merebak?

 

 

Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.

 

 

Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;

 

 

  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.Tanda-Tanda Penyakit Hepatitis B.

Tanda-tanda jangkitan

 

 

Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.

 

 

Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:

 

 

  • mangsa kelihatan kekuningan
  • kencing gelap
  • najis keputihan
  • hati membengkak

Langkah pencegahan

Secara pasif

  1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
  2. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
  3. Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan

Secara aktif

Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah

  1. 3 kali suntikan, selamat secara umumnya
  2. dapatkan booster selepas 5 tahun

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Penyakit Hepatitis B Dengan Bio Velocity SleepMate Menggunakan Garam Laut & Cahaya Matahari Pagi. KLIK SINI !

Apakah Punca Penyakit Lemah Jantung??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Lemah Jantung | Posted on 23-04-2014

0

Untitledzzz

 

 

Jantung adalah organ yang berfungsi mengepam darah yang supaya terus beredar dalam badan tanpa henti.Punca Penyakit Lemah Jantung. Bahagian kiri jantung berfungsi mengepam darah yang kaya dengan oksigen daripada paru-paru ke semua anggota badan, manakala bahagian kanan jantung pula berfungsi membawa darah tanpa oksigen daripada anggota badan ke paru-paru.

 

 

Jika sistem pam jantung ini gagal berfungsi, pergerakan aliran darah terganggu dan menyebabkan cecair darah ‘bertakung.’ Inilah keadaan yang dinamakan sebagai lemah jantung.
Otot jantung menjadi lemah dan gagal mengepam darah dengan sempurna. Jika bahagian kanan jantung menjadi lemah, cecair darah akan bertakung pada kaki menyebabkan kedua belah kaki menjadi bengkak. Jika keadaan menjadi teruk, cecair akan bertakung pada bahagian perut menjadikan perut seakan buncit.
Jika bahagian kiri jantung menjadi lemah, cecair akan ‘bertakung’ dalam paru-paru menyebabkan pesakit menjadi sesak nafas dan seolah ‘lemas di darat’. Pesakit juga tidak boleh baring menggunakan sebiji bantal seperti biasa, biasanya mereka akan menggunakan dua biji bantal dan kepala akan ditinggikan sedikit. 

 

 

Selain itu, pesakit juga akan terjaga pada waktu malam kerana mengalami sesak nafas. Jarak perjalanan juga semakin pendek, mereka akan berhenti untuk berehat jika berjalan jauh. 

 

 

Jika keadaan ini berterusan, kematian berlaku disebabkan jantung berhenti mengepam darah ke seluruh anggota badan, lantas menyekat bekalan oksigen. Ini berlaku terutamanya jika kedua-dua bahagian jantung gagal berfungsi serentak.
Lazimnya, lemah jantung ini disebabkan oleh pesakit yang sememangnya mempunyai masalah salur darah jantung yang tersumbat dan pernah mengalami serangan atau sakit jantung. Punca Penyakit Lemah Jantung.
Selain itu, pesakit yang menghidap darah tinggi atau kencing manis terutamanya yang susah dikawal dan menghidap dalam jangka masa panjang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap lemah jantung. Masalah jantung bengkak yang disebabkan oleh pelbagai faktor menjadi penyebab selain masalah injap jantung yang tidak sempurna. 

 

Kebanyakan pesakit yang datang ke wad kecemasan boleh disahkan dengan pemeriksaan klinikal. Beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengenalpasti sebab dan kategori keadaan jantung yang lemah itu. 

 

Ini dapat dilakukan dengan beberapa ujian darah, X-ray dada, elektrokardiogram (ECG) dan yang paling utama echocardiogram atau echo. Ujian echo dapat menentukan berapa peratus kekuatan jantung yang berfungsi pada waktu itu.
Rawatan utama di bahagian kecemasan ialah dengan mengeluarkan cecair yang bertakung tadi dan memberi sokongan oksigen yang berpatutan. Cecair yang bertakung itu boleh dikeluarkan dengan suntikan ubat.
Jika terlalu banyak cecair yang bertakung dalam paru-paru dan rongga perut, ia dapat dikeluarkan menggunakan jarum khas yang ditebuk pada paru-paru dan juga perut.
Selain itu, punca yang menyebabkan jantung menjadi lemah perlu dikenal pasti agar rawatan dan jenis ubat akan diberikan untuk jangka masa panjang bagi mengelak kejadian berulang.
Jika keadaan jantung terlalu lemah, ada kemungkinan alat khas dimasukkan ke dalamnya dan jika gagal juga, pembedahan transplant jantung adalah pilihan terakhir.
Pesakit juga dinasihatkan supaya menjaga pemakanan selain menjaga jumlah air yang diminum seharian, kurangkan pengambilan garam dan makanan yang berminyak. 

 

Kencing manis dan darah tinggi hendaklah dipastikan terkawal untuk mengurangkan risiko lemah jantung berulang. Pesakit juga perlu mengurangkan aktiviti yang lasak dan terlalu aktif. Ini kerana aktiviti itu akan meningkatkan beban kerja jantung pesakit.

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Penyakit Lemah Jantung. KLIK SINI !

Punca-Punca Penyakit Gout??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Gout | Posted on 22-04-2014

0

Untitledzz

 

 

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

 

 

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

 

 

Peringkat Gout

 

 

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

 

 

1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

 

 

Punca gout antaranya ialah:

 

 

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.

 

 

Pencegahan

 

 

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

 

 

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru, ceri.atau manggis. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

 

 

Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut

 

 

1) Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2) Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
3) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
5) Elak memakan mi segera seperti mi maggi merupakan Punca Penyakit Gout.
6) Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
7) Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8) Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9) Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10) Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11) Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12) Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
13) Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
14) Elakkan tembikai dan tembikai susu.
15) Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16) Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17) Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18) Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19) Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20) Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21) Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22) Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23) Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24) Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25) Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26) Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27) Elakkan jering, petai dan kerdas
28) Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
29) Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
30) Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
31) Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
32) Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33) Elakkan sayuran jeruk
34) Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35) Elakkan telur masin
36) Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37) Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
38) Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39) Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40) Kurangkan makanan bersantan
41) Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
42) Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43) Kurangkan makanan bersantan
44) Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
45) Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
46) Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
47) Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48) Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
49) Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing.

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Penyakit Gout Dengan Kaedah Semulajadi Menggunakan Garam Laut & Cahaya Matahari Pagi. KLIK SINI !

Cara Menangani Demam Denggi??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Demam Denggi | Posted on 21-04-2014

0

Untitledasdftzayzye

 

Masyarakat sekeliling hendaklah peka cara Menangani Demam Denggi akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai Demam Denggi iatu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pebagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian.

 

 

Terdapat pelbagai tanda seseorang telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk.

 

 

Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom Demam Denggi yang turut menjangkiti bayi atau pun kanak–kanak yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair. Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sebagai langkah mencegah Demam Denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.

 

 

Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga sendi. Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda Demam Denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa.Menangani Demam Denggi.

 

 

Seterusnya, sebagai langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga mudah untuk memasuki tumah pada ketika itu. Perkara yang terpenting adalah memastikan longkat yang terdapat disekeliling rumah sentiasa bersih kerana kekotoran akan memudahkan pembiakan nyamuk Aedes.

 

 

Antara cara pencegahan yang lain adalah memastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi, memakai pakaian warna cerah adalah lebih baik daripada pakaian yang berwarna gelap. Kaedah seterusnya ialah menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada setiap tingkap di dalam rumah.

 

 

Kesimpulannya, Demam Denggi boleh membahayakan kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka akan tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk mencegahnya. Diharap melalui artikel ini ia dapat membantu kita mengenali serba sedikit sebanyak mengenai Demam Denggi.

Untitledjj

Memperkenalkan Arternatif Merawat Demam Denggi Menggunakan Teknologi Modern Masa Kini Dengan Garam Laut Dan Cahaya Matahari Waktu Pagi. KLIK SINI !