Featured Post

Petua Hilangkan Benjol

Petua Hilangkan Benjol .Bila sebut pasal benjol nie, teringat che petua masa kecik-kecik dulu… kalau ada kengkawan yang cergas sangat berlari sana-sini pas tu terjatuh atau terhantuk sampai bengkak atau naik benjol kat kepala.. hmmm.. mulalah lepas tu kitaorang start perli dia… Egg benjol satu..! Kesian...

Read More

Tahukah Anda Batuk Kering Disebabkan Oleh Jangkitan Kuman??

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Jangkitan Batuk Kering | Posted on 31-03-2014

0

Untitledjhay

 

DAPATKAN rawatan segera jika batuk yg boleh mengakibatkan Batuk Kering Disebabkan Oleh Jangkitan Kuman berpanjangan lebih sebulan ditambah pula dengan kahak berdarah. Anda mungkin dijangkiti penyakit kronik berpanjangan iaitu batuk kering atau tuberkulosis yang sering dipanggil tibi.

 

Pakar Perubatan Pusat Perubatan Kelana Jaya Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, penyakit ini disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru.

 

Bagaimanapun bakteria ini juga mampu menyerang sistem saraf tunjang, sistem kelenjar, sistem peredaran darah dan tulang.

 

Penyakit tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini antara tahun 1945 hingga 1957.

 

Dr. Malik berkata, tibi biasanya berjangkit melalui titisan cecair daripada orang yang telah dijangkiti seperti bersin, batuk atau bercakap.

 

“Titisan cecair yang terapung lebih kurang empat jam boleh menjangkiti mereka yang terhidu,” katanya semasa ditemui di pejabatnya.

 

Dianggarkan satu pertiga populasi dunia mempunyai bakteria tibi di dalam badan mereka tetapi tidak merbahaya dan menonjol.

 

Bakteria tibi boleh hidup diam di dalam badan dan kemungkinan besar tidak menyebabkan masalah kesihatan kecuali dalam keadaan yang sesuai.

 

Dr. Malik berkata, biasanya dalam keadaan imunisasi badan yang rendah seperti demam disebabkan virus, bakteria tibi akan muncul.

 

Pesakit diabetes yang tidak mengawal kandungan gula dalam darah menyebabkan imunisasi badan rendah boleh menyebabkan bakteria tibi menonjolkan diri.

 

Selain itu pesakit HIV dengan imunisasi badan rendah, mudah dijangkiti dengan bakteria tibi.

 

“Dianggarkan satu perempat pesakit HIV meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tibi,” katanya.

 

Biasanya penyakit tibi mudah tersebar di kawasan penempatan yang sesak dan sempit, kurang bersih, kurang nutrisi terutama di kawasan dengan sosio ekonomi yang rendah.

 

Pesakit tibi boleh didiagnos menggunakan sinar-X, ujian kahak berdarah dan ujian mantoux.Batuk Kering Disebabkan Oleh Jangkitan Kuman

 

Dr. Malik berkata, dianggarkan terdapat sembilan juta pesakit tibi di seluruh dunia setiap tahun.

 

“Kita boleh mengawal penyakit tibi dengan mengamalkan gaya hidup sihat, makanan bergizi dan memakai topeng muka apabila berhadapan dengan pesakit tibi,” katanya.

 

Ditanya sama ada tibi boleh sembuh, Dr. Malik berkata, kebanyakan pesakit tibi boleh sembuh dengan mengambil ubat selama enam bulan tanpa henti.

 

Bagaimanapun terdapat bakteria tibi yang resistan atau kebal terhadap ubatan biasa seperti multidrug resistance TB (MDRTB) yang memerlukan pesakit mengambil ubat selama dua tahun.

 

Terdapat juga MDRTB berubah kepada extreme drug resistance TB (XDRTB) di mana semua ubatan tidak lagi berkesan.

 

“Biasanya tibi biasa boleh berubah kepada MDRTB dan XDRTB apabila bakteria menjadi lebih kebal sebab tidak mengambil ubat secara berterusan atau secara semulajadi,” katanya.

 

Kaedah terbaik untuk menghalang jangkitan tibi adalah dengan suntikan imunisasi BCG bagaimanapun ia tidak melindungi sepenuhnya.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering.

 

Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk.

 

Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Untitledjj

Memperkenalkan Altenatif Merawat Batuk Kering Masa Kini Teknologi Saintis Korea Berasaskan Matahari Semulajadi.

Tips Utk Menghindari Sakit Kaki, Tumit Dan Lutut

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Tumit & Lutut | Posted on 30-03-2014

0

Untitledjhj

 

Sakit Sakit Kaki, Tumit Dan Lutut merupakan sakit yg sering berlaku dlm kalangan rakyat malaysia yg gemar berjalan terutama wanita. Manakala Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.

 

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

 

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

 

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?

 

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

 

Bagaimana mencegahnya ?

 

Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.

 

Untitledjha

 

Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit, sakit kaki,dn sakit lutut berlaku?

 

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

 

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?

 

  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics

 

Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?

 

Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.

Bagaimana melakukannya ?

  • balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
  • bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?

 

* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar

Untitledjj

Alternatif Merawat Sakit Sendi lutut, kaki dn tumit ialah dgn menggunakan selimut Bio Velocity SleepMate hasil kajian Saintis Korea daripada teknologi Semulajadi Cahaya Matahari Waktu Dhuha.

Tahukah Anda Pengambilan Ubat Yang Berlebihan Boleh Mengakibatkan Gangguan Perut

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Ubat Merbahaya | Posted on 29-03-2014

0

Untitled1222222222222222

 

Adalah amat membimbangkan Pengambilan Ubat Yang Berlebihan Boleh Mengakibatkan Gangguan Perut jika kita melihat kepada kecenderungan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan produk-produk keluaran mereka yang berupa ubat-ubatan tradisional, makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik dengan  bahan-bahan racun  (ubat terkawal).  Antara yang paling popular ialah:

 

  1. bahan aktif perangsang seks lelaki seperti  sildenafil, tadalafil, verdanafil atau analog-analog kepada bahan tersebut, 
  2. bahan aktif untuk mengurangkan selera makan seperti sibutramine dan analognya,
  3. bahan antiinflamatori seperti  dexamethasone dan bahan  kimiadari kumpulan `Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAID),
  4. kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan pemutih hydroquinone dan ubat jerawat tretinoin.

 

Sildenafil, tadalafil dan  verdanafil adalah ubat yang digunakan  untuk rawatan “erectile dysfunction”  yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor. Kesan sampingan ubat-ubat ini adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan seorang doktor di antaranya ialah; serangan jantung, strok, pendarahan  otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

 

Sibutramine merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan penurunan berat badan dengan bertindak secara mengurangkan nafsu makan. Penggunaan ubat ini hanyalah melalui diagnosis seorang doktor atau dibekalkan  oleh seorang ahli farmasi berlesen dengan preskripsi seorang doktor. Di antara kesan-kesan sampingan yang merbahaya terhadap pengambilan ubat ini ialah kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang dan kesan kardiovaskular.

 

Hydroquinone adalah bahan kimia yang dilarang dalam sebarang sediaan kosmetik dan memberi kesan toksik kepada kulit di antaranya penghitaman, kanser kulit, kering dan kegatalan. Dalam dos yang tinggi ianya juga boleh  menyebabkan kesesakan nafas dan serangan lelah. Tritinoine  biasa digunakan dalam rawatan jerawat. Di antara kesankesan sampingan bahan ini ialah terbakar pada kulit, gatal, menggelupas, kekeringan dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultraviolet.

 

Apa yang membimbangkan ialah apabila didapati terdapat juga pengilang-pengilang bertaraf  Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang terlibat sama dengan perbuatan jenayah farmaseutikal ini melalui penglibatan di kilang mereka sendiri ataupun  mereka bersekongkol dengan kilang-kilang yang diwujudkan secara haram melakukan kegiatan yang serupa tetapi berselindung sebagai kilang pengeluar bahan makanan kesihatan atau kosmetik.

 

Kegiatan mereka ini walaupun dibuat secara tersembunyi telah dapat dikesan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi yang terus membuat pemantauan pasaran, risikan dan  serbuan serta rampasan, Statistik serbuan dan rampasan bagi 3 tahun kebelakangan ini menunjukkan kegiatan ini  sentiasa berterusan. Jumlah dan nilai rampasan setiap tahun adalah tinggi di mana  sejumlah 4,617 produk bernilai RM5,719,851 telah dirampas dalam tahun 2007, 9,679 produk bernilai RM13,663,854 dalam tahun 2008, 10,458 produk bernilai RM6,756,315 dalam tahun 2009 dan dari Januari sehingga Jun 2010 sejumlah 6,632 produk bernilai RM4,546,906 telah dirampas.Pengambilan Ubat Yang Berlebihan Boleh Mengakibatkan Gangguan Perut.

 

Rampasan terbaru pada 1 Julai 2010 yang lalu mendedahkan sifat tidak bertanggung jawab  pengusaha produk haram ini di mana didapati dari satu sumber adunan bahan yang sama mereka telah mengeluarkan tidak kurang dari 23 jenama dari  pelbagai jenis produk  yang  jumlah nilai pasarannya mencecah RM4,933,760. Produk-produk itu dibuat dalam bentuk ubat tradisional, minuman seperti  kopi dan teh, gula-gula, dan juga makanan yang berasaskan susu dan kolagen. Melihat kepada pembungkusan dan label pada kotak produk-produk ini kelihatan begitu meyakinkan dengan  menggunakan ilustrasi yang begitu kreatif bertujuan semata-mata untuk mempengaruhi dan mengaburi orang ramai.

 

Peningkatan berbagai jenama produk-produk ini  menunjukkan bahawa kegiatan ini berupaya memberikan keuntungan yang besar melalui  kelicikan mereka menipu masyarakat yang kononnya keluaran mereka adalah bersumberkan herba atau bahan-bahan asli. Walhal ianya mengandungi bahan yang sebenarnya cukup berbahaya sekiranya diambil tanpa pengetahuan dan tidak mengikut arahan yang betul.

 

Selain dari kesan negatif kepada masyarakat Malaysia, produk-produk ini juga telah dieksport keluar negara dengan penyamaran sebagai ubat tradisional, makanan kesihatan dan kosmetik.  Dikhuatiri hasrat negara untuk menjadi hub kepada produk tradisional berasaskan herba akan terjejas dengan teruk apabila tahap kebolehpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap keluaran negara kita merudum dari perbuatan yang keji ini. 

 

Saya  ingin memberikan amaran kepada pihak-pihak yang terlibat dengan perbuatan ini supaya berhenti dengan serta merta dari kegiatan yang boleh membahayakan kesihatan orang awam  dan menjejaskan kepentingan negara ini.  Amaran ini juga ditujukan kepada pengedar-pengedar samada runcit ataupun melalui kaedah jualan langsung supaya tidak bersekongkol.  Mereka boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk mendapatkan kepastian status produk. 

 

Kawalan ke atas produk farmaseutikal dan produk-produk makanan atau minuman yang dicampurpalsu dengan dadah atau ubat yang terkawal adalah di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Sabit kesalahan ialah denda 
RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi seseorang individu dan denda RM50,000 bagi sesebuah syarikat.

 

Menyedari bahawa hukuman yang sebanyak itu tidak mungkin akan mendatangkan keserikan bagi mereka yang berupaya meraih keuntungan jutaan ringgit dalam masa singkat dari kegiatan ini, maka KKM juga sedang dalam proses menyemak semula undang-undang yang berkaitan di mana peruntukan dalam  akta  yang  baru akan lebih  setimpal dengan hukuman yang  amat keras untuk menggambarkan betapa perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Menggantikan Pengambilan Ubat Yang Berlebihan Boleh Mengakibatkan Gangguan Perut bagi Merawat Pelbagai Penyakit.

Tahukah Anda Kencing Kotor Merupakan Tanda Sakit Buah Pinggang

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Tips Cegah Kencing Kotor | Posted on 28-03-2014

0

Untitled122222222222222

Dalam kesibukan nak buat persediaan balik kampong mlm ni, mama sempat cari satu artikel nak masukkan dalam rumah utk general knowledge ni bagus.. Jom kita baca tentang kencing kotor, punca serta kaedah pencegahannya.

 

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir, tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin. Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betis/kaki dan juga jangkitan pada payu dara. Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.

 

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).  “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.  Jika jangkitan sudahmerebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.

 

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.

 

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

 

Pencegahan masalah kencing kotor:

  • Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  • Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap – membenarkan bacteria akarn dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  • Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibuibu  yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
  • Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bacteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  • Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Merawat Kencing Kotor Merupakan Tanda Sakit Buah Pinggang.

Tahukah Anda Strok Menyerang Akibat Masalah Gangguan Saraf

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Awas Bahaya Sengal-Sengal Saraf | Posted on 27-03-2014

0

Untitled12222222222222

MASALAH KEBAS (URAT SARAF)/ Strok Menyerang Akibat Masalah Gangguan Saraf

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah KEBAS ( numbness)

  • Antara punca utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Apabila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem saraf seterusnya kita akan mula berasa kebas tangan serta sesemut.
  • KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12. Paras mineral seperti KALSIUM, POTASSIUM dan POTASSIUM yang rendah juga menyebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.
  • Gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga menjadi punca kehilangan deria rasa pada tangan dan jari. Aktiviti yang berulang-ulang seperti menaip menjadi punca tangan kebas dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat dengan segera.
  • Jika anda mengalami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. Ini mungkin berpunca daripada pengumpulan plak yang bermula daripada masalah atherosclerosis dalam tangan.

 

Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut/Strok Menyerang Akibat Masalah Gangguan Saraf  :

Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka panjang atau sebentar sahaja. Walauapa pun, anda dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.

  • Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
  • Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana kesannya sangat hebat.
  • Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu.
  • Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Merawat Strok Menyerang Akibat Masalah Gangguan Saraf Masa Kini Melalui Saintis Korea.

Tahukah Anda Kos Rawat Tekanan Darah Tinggi Mencecah RM2k-5k Setahun

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Cegah Sebelum Terlambat | Posted on 26-03-2014

0

Untitled1222222222222

 

Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah jenis penyakit baru. Hampir semua orang pernah tahu atau bahkan mengalaminya. Tetapi, berapa banyak yang tahu pasti apa yang menjadi faktor penyakit darah tinggi pada seseorang?

 

Berikut adalah 10 faktor yang boleh meningkatkan resiko seseorang mengalami tekanan darah tinggi.

 

  • Faktor keturunan
    Bukan hanya warna kulit, ciri fizik atau sifat yang bisa diwarisi dari orang tua kita. Ternyata, penyakit pun bisa. Jika salah satu, atau kedua orang tua Anda mengalami tekanan darah tinggi, kemungkinan Anda pun berisiko tinggi mengalaminya.

 

  • Usia
    Seiring bertambahnya usia, kita semua semakin berisiko menderita tekanan darah tinggi. Mengapa? Kerana semakin kita bertambah tua, elastisitas pembuluh darah kita juga berkurang sehingga cenderung mengalami penyempitan pembuluh darah. Akibatnya, tekanan darah pun meningkat.

 

  • Gender
    Hingga usia 45, lelaki lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi. Pada usia 45 hingga 64, lelaki mahupun wanita memiliki tingkat risiko yang sama. Tetapi, pada usia di atas itu, wanita lebih berisiko.

 

  • Kurang gerak (Sedentary lifestyle)
    Biasanya, orang yang tinggal di kota besar cenderung memiliki gaya hidup kurang gerak. Bekerja di pejabat, dan terus menerus duduk, ditambah lagi kurangnya olahraga, akan cenderung meningkatkan risiko penyempitan atau penyumbatan di pembuluh darah. Akibatnya adalah meningkatnya resiko darah tinggi.

 

  • Pola makan
    Kalau Anda suka makan makanan tinggi kalori, lemak, dan gula, mungkin sudah saatnya Anda menguranginya untuk mengurangi risiko terkena penyakit darah tinggi. Dan, ini juga adalah fakta umum yang diketahui hampir semua orang: kurangi makanan bergaram kerana itu dapat menahan banyak cairan dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanan darah tinggi.

 

  • Berat badan berlebih
    BMI (Indeks Massa Tubuh) boleh menjadi salah satu ukuran risiko. Jika BMI Anda 25 hingga 30, atau bahkan lebih, Anda terhitung kelebihan berat badan, dan lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi.

 

  • Kebiasaan minum minuman beralkohol
    Mengonsumsi alkohol dapat meningkatkan kadar trigliserida dalam darah. Trigliserida adalah kolesterol yang jahat yang berpotensi menyebabkan tekanan darah meningkat.

 

  • Stres
    Stres dapat meningkatkan tekanah darah sewaktu. Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stres, dan itu bisa mengakibatkan jantung mengepam darah lebih cepat sehingga tekanan darah pun meningkat. Selain itu, pada saat stres biasanya pilihan makanan kita kurang baik. Kita akan cenderung melahap apa pun untuk merilekskan diri, dan itu boleh mengakibatkan secara tidak langsung pada tekanan darah kita.

 

  • Kondisi penyakit yang lain
    Menurut para ahli, gangguan kondisi kesihatan seperti Apnea tidur (Sleep Apnea) dapat menimbulkan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami gangguan ini sangat dianjurkan berkonsultasi dengan doktornya.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Merawat Tekanan Darah Tinggi Masa Kini Hasil Kajian Saintis Korea.

Tips Rawat Demam Campak!

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Kanak-Kanak Menjadi Mangsa | Posted on 25-03-2014

0

Untitled122222222222

 

Tanda-tanda Demam Campak : 

  • mata merah, bengkak
  • batuk (kerana bintik-bintik tumbuh di dalam)
  • peluh berbau hanyir..
  • bagi kanak-kanak (menangis lebih)

 

AMARAN!

 

  1. jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.
  2. selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
  3. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

Cara Merawat :

  • Selepas campak keluar, gunakan cara berubat ini.
  • Bagi pesakit minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.

 

Untitled122222222

 

Kelapa hijau (digunakn untuk berubat)

Untitled1222222222

Kelapa gading. (tidak digunakan untuk mengubati demam campak)

Tanda Demam Campak telah habis :

  • akan kelihatan bintik-bintik merah ditapak kaki

Jika tidak dapat menahan gatal :

  • jika tidak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak.
  • gunakan daun mamu @ mambu.
  • letakkn dibawah bantal, tilam, katil.
  • masukkn daun mamu dan pecah-pecahkan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air danmandi dengan air tersebut.

Untitled12222222222

 

Daun Mamu @ Mambu.

Pantang larang :

  • tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
  • tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)

Bagi menghilangkan parut hitam :

  • daun asam jawa dan bedak sejuk asli.
  1. tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi dan campurkan dengan bedak sejuk.
  2. sapukan diseluruh badan pada waktu malam sebelum tidur.
  3. pada pagi nya, mandi dengan air yang telah didoakn.
  4. amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Merawat Demam Campak Masa Kini.

Tahukah Anda Apakah Punca Penyakit Batu Karang?

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Sering Kali Menyerang Wanita! | Posted on 24-03-2014

0

Untitled1222

 

Penyakit batu karang terbentuk apabila perubahan belaku pada kira kira air garam, mineral dan bahan bahan lain yang di temui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi memalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh di warisi. 

Tanda sakit batu karang atau symtoms and sign of a kidney stone

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing. Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan/ atau sampingan pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing. Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersam-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan mengigil, perlu mendapat rawatan dengan segera.

 

Untitled122

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang pandun di bawah mungkin boleh membantu meningkatkan kesihatan.

 

Untitled12222

 

  • Minum banyak air masak/kosong/suam untuk membersihkan air kencing
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman bekabonat (banyak asid)
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli kentang keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tamato bayam lobak merah daging strawberi koko coklat dan teh.
  • Kekurangan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin,jeruk dan coklat
  • Banyak makan sayur sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangakan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurang minum kopi teh dan alkohol.

Penawar Batu Karang

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas.
Setelah sejuk tapis dan minum seperti air teh dan di ulangi sehigga beberapa hari.

Untitled122222

Nanas penawar sembuh penyakit batu karang.

Bagi penghidap penyakit batu karang , kupas sebiji nenas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau cuba cari salur nenas campur dengan gula batu. InyaALLAH boleh sembuh.

Untitled1222222

 

Lobak putih

Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali jangan diamalkan hari-hari sebab air 1/2 lobak putih adalah tajam.

Untitled12222222

Epal hijau, minyak zaitun

5hari yang pertama minum 4 gelas air epal hijau setiap hari, kalau makan 4 5 biji epal hijau pun boleh juga.
Jus epal ni melembutkan batu karang.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Rawatan Penyakit Batu Karang Masa Kini.

Punca Bayi Demam Panas

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Bahaya Bayi Demam Panas! | Posted on 23-03-2014

0

Untitled18

Punca Bayi Demam Panas  sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:

 

  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.

 

Mengapakah bayi saya sering demam?

 

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:

  • selsema
  • sakit tekak
  • jangkitan telinga
  • jangkitan salur kencing
  • masalah pernafasan
  • virus yang mengakibatkan ruam 

 

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

 

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). 

Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. 

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.  Fahami punca bayi demam panas.

Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

 

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

 

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam: 

 

  • Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu — susu badan dan susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih ataujus buah-buahan yg telah yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

 

Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. 

Hubungi pakar pediatrik anda jika:

  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih dan tidak menyusu.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah 3 bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

Untitledjj

Memperkenalkan Alternatif Merawat Bayi Demam Panas.

Ketahui Rahsia Merawat Penyakit Kronik!

Posted by BioVelocityLaris | Posted in Membunuh Berjuta Manusia Dalam 1 Tahun | Posted on 22-03-2014

0

Untitled1010

 

Terapi Garam Penawar Penyakit Kronik

 

 APA KAITAN GARAM DENGAN RAWATAN UNTUK KESIHATAN?
ADAKAH GARAM BULUH SESUAI UNTUK RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT?
TIDAKKAH GARAM ITU MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
 
1001 PERSOALAN MUNGKIN TIMBUL DALAM MINDA KITA. JADI, SAYA INGIN KONGSIKAN SUNNAH RASULULLAH UNTUK MENJAWAB SEMUA PERTANYAAN ITU?
 
Daripada Abdullah Bin Umar
 
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”
 
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
 
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda , “ Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam”.
 
Hadis riwayat Ibnu Majah,
 
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
 
Hadis riwayat Al – Bazzar.

AMALAN MEMAKAN GARAM ITU SUNNAH.

 

Berdasarkan amalan sunnah, ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.
 
Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).
Cara lain – ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong. Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
 
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan Menghindarkan perut dari menyerap racun.Garam merupakan rahsia merawat penyakit kronik masa kini.
 
 

APA ITU GARAM BULUH..???

 
 
Sehubungan itu, Garam Buluh juga adalah garam yang asalnya dari air laut, iaitu anugerah Allah s.w.t kepada kita semua. Air laut khususnya di Pantai Barat Korea yang terpelihara daripada unsur pencemaran aktiviti manusia telah diambil dan dijemurkan di bawah terik cahaya matahari.
Garam laut yang dijemurkan itu tadi dimasukkan ke dalam buluh yang berusia 3 tahun yang dipilih khas dan dibersihkan secara tradisional. Buluh yang sudah diisi dengan garam tadi akan disumbat dengan tanah liat kekuningan. Tanah liat ini pula diambil di kawasan pendalaman Korea yang jauh dari unsur pencemaran aktiviti manusia. Tanah liat yang digali ke dalam tanah sedalam 20-60 meter. 
 
Semua buluh yang mengandungi garam laut yang sudah ditutupi dengan tanah liat akan dimasukkan ke dalam relau bagas untuk dibakar dengan suhu yang tinggi sehingga mencecah 1000-1500 darjah celcius. Proses pembakaran dilakukan menggunakan kayu pokok pain dan resin [getah] pain untuk meningkatkan suhu panas. Buluh dan garam tadi akan hangus dibakar, kemudian mendidih mencair. 
Garam biasa berasid, mempunyai bahan aditif serta banyak natrium klorida yang memang akan menjejaskan kesihatan setiap pengguna. Inilah punca sebenar penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kanser, strok, ghout, gastrik dan sebagainya.Manakala Garam 
Buluh merupakan garam yang kaya dengan pelbagai mineral serta berunsur alkali yang mampu menguatkan fungsi badan serta menguatkan sistem imunisasi melawan punca penyakit. Sewajarnya 
Garam Buluh bermineral menjadi ramuan dalam setiap masakan serta produk 
Garam Buluh menjadi pilihan di kalangan pengguna serta seisi keluarga. 
Garam Buluh memang amat sesuai untuk kesihatan, mampu menjadi penawar untuk mencegah, merawat dan memulihkan banyak penyakit yang berpunca dari badan berasid.
Untitledjj
Memperkenalkan Alternatif Merawat Penyakit Kronik Melalui Garam Hasil Teknologi Saintis Korea.